Apa itu PYUSD dan apakah rancangan PayPal bagi stablecoin miliknya?

Memahami pola-pola candlestick pada grafik harga kripto

PayPal telah melancarkan stablecoin yang ditambat dengan Dolar — PYUSD; yang memfokuskan pasaran AS pada bulan Ogos tahun ini. Ia merupakan pelancaran stablecoin yang berjaya oleh firma tradisional. Mengapa PayPal ingin memasuki pasaran di mana kripto-kripto natif seperti USDC dan USDT sudahpun mempunyai bahagian perkongsian pasaran yang besar? Dan adakalh industri kripto benar-benar memerlukan satu lagi stablecoin yang ditambatkan dengan Dolar?

PayPal mengatakan yang capaian ekosistem PayPal ialah pembeza, begitu juga Paxos Trust, pengeluar PYUSD yang dikawal selia.

Terdapat juga pertikaian yang PYUSD hanyalah sejenis matawang kripto versi PayPal, “perwakilan digital wang rizab yang dipegang oleh syarikat”. Jadi, apa matlamatnya? Pakar pengalisis senior di Mizuho Bank, Dan Dolev memberi komen kepada Reuters yang “Ia sesuatu yang positif”.

Mari kita lihat apakah di sebalik PYUSD, dan apakah kata-kata dari syarikat tersebut mengenai tawaran kripto terbaru mereka.

Mengapa PYUSD? 

Stablecoin ialah “penggunaan terhebat dalam rantaian blok ketika ini,” menurut José Fernández da Ponte, Pengurus Besar Rantaian Blok, Kripto dan Matawang Digital PayPal kepada Unchained Podcast. Beliau juga menyatakan: “Kami merupakan syarikat pembayaran dan kami amat mengambil berat tentang penggunaannya.”

Beliau turut menerangkan yang walaupun ramai pakar kripto memfokuskan pada kos transaksi rantaian blok yang lebih murah vs penyelesaian pembayaran tradisional, “penggunaan terbaik” ialah penyelesaian yang lebih pantas. “Kepantasan bermaksud murah,” menurut Da Ponte. Walaupun penggunaan e-commerce domestik adalah dalam beberapa tahun lagi, beliau mengakui yang untuk masa ini PayPal akan memfokuskan beberapa penggunaan seperti kiriman wang dan peruncitan dalam permainan, penjualan barang dalam permainan atas talian — tempat di mana penyelesaian pantas benar-benar diperlukan.

Rizab sandaran dan kawal selia

PYUSD disandarkan dengan rizab yang dipegang dalam bentuk deposit Dolar AS, perbendaharaan AS dan nilai tunai yang setara, sama seperti USDT dan USDC, walaupun Tether, pengeluar USDT juga memegang kripto dan aset-aset lain yang tidak diperincikan.

Paxos Trust ialah pengeluar PYUSD, dan syarikat itu dikawal selia oleh New York Department of Financial Services (NYDFS), yang juga bermaksud para pelaburnya dilindungi jika Paxos memfailkan kebankrapan.

Circle, syarikat di sebalik USDC, mengatakan yang rizab USDCnya ialah “jauh dari kebankrapan”. Ini bermaksud rizabnya dipegang secara berbeza dari dana pengoperasian Circle dan “mereka dilindungi di bawah undang-undang AS dan tidak akan terpisah dari estet pemiutang, jika berlaku kebankrapan terhadap Circle.” Tether pula mengatakan yang ia memegang berbilion-bilion Dolar rizab lebihan, yang asasnya keuntungan syarikat yang diletakkan di atas 100% rizabnya.

Pada rangkaian blok apakah PYUSD dikeluarkan?

Sama seperti USDC dan USDT, PYUSD dikeluarkan pada rantaian blok Ethereum seperti token ERC-20. ERC-20 ialah satu piawaian dalam bentuk satu set peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua matawang kripto yang dikeluarkan pada rantaian blok Ethereum. “Memang satu keputusan yang jelas bagi PayPal untuk memilih Ethereum, memandangkan komuniti pembangun sudahpun wujud di situ,” menurut Da Ponte kepada Laura Shin, hos kepada Unchained Podcast.

Bayangkan matawang ERC-20 sebagai satu sel dalam Excel Spreadsheet. Setiap sel mewakili jenis matawang kripto yang spesifik, dan mematuhi satu set peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan-peraturan ini ialah seperti formula yang boleh digunapakai pada sel, menetapkan bagaimana ia akan memberi hasil dan bagaimana ia akan berinteraksi dengan sel-sel lain. Matawang kripto ERC-20 mempunyai fungsi standard yang memastikan ia sedang digunakan dan ditukar dalam keadaan yang konsisten dalam ekosistem rantaian blok.

Apakah rancangan PayPal terhadap PYUSD?

“Visi PayPal sentiasa ingin menjadi jambatan di antara wang fiat dan Web3, dan kami boleh memberikan penerimaan besar terhadap sistem,” menurut Da Ponte kepada Shin.

PYUSD akan dilancarkan melalui Venmo, satu syarikat pembayaran yang dimiliki oleh PayPal dan hanya tersedia untuk pelanggan di AS. Dengan Venmo, pelanggan PayPal boleh melakukan perkara-perkara berikut

  • Pindahkan PYUSD di antara PayPal dan dompet luaran yang bersesuaian
  • Hantar pembayaran dari individu-ke-individu
  • Membayar pembelian dengan PYUSD
  • Tukar sebarang matawang kripto yang disokong oleh PayPal ke PYUSD dan sebaliknya

Apakah komen dari pesaing? 

Da Ponte mengatakan yang terdapat ruang yang cukup untuk semua pemain bergerak dalam pasaran stablecoin, manakala CTO Tether, Paolo Ardoino mengatakan yang mereka tidak menjangkakan sebarang impak pada USDT kerana stablecoin ini tidak difokuskan pada pasaran AS.

CEO Circle, Jeremy Allaire, menghantar satu ucapan tahniah kepada PayPal di X. “Inilah yang berlaku apabila kita mula mendapatkan penjelasan kawal selia, dan dengan Akta Pembayaran Stablecoin, ia boleh membuka satu pasaran bebas dan kompetitif bagi pengeluar stablecoin Dolar dengan pengawasan yang kukuh. Ini membolehkan AS bersaing dengan Dolar digital yang selamat, telus, cair dan diawasi dengan standard Rizab Persekutuan,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

*Maklumat ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan untuk melabur. Semua pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain disediakan sebagai komentari pasaran am untuk tujuan maklumat dan bukan sebagai nasihat pelaburan atau cadangan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas anda sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.

Did you find this useful?

42
0