Glosari
Belajar dan fahami istilah-istilah yang digunakan dalam dunia kripto. Glosari ini akan menerangkan istilah-istilah yang mungkin anda akan temui sepanjang perjalanan anda dalam dunia kripto.
Belajar dan fahami istilah-istilah yang digunakan dalam dunia kripto. Glosari ini akan menerangkan istilah-istilah yang mungkin anda akan temui sepanjang perjalanan anda dalam dunia kripto.
Matawang kripto yang bukan Bitcoin. Terdapat beribu-ribu jenis altcoins dengan pelbagai nilai serta penggunaan.
Program aplikasi antaramuka (API) ialah satu set rutin, protokol dan pekakas untuk membina aplikasi perisian.
Strategi dagangan atau pembelian atau penjualan serentak sekuriti, matawang atau komoditi di kawasan pasaran berbeza untuk mendapatkan perbezaan harga bagi aset yang sama.
Aset digital ialah apa-apa sahaja yang wujud dalam bentuk data binari. Ia bersifat boleh disimpan sendiri, boleh dikenalpasti dengan unik dan mempunyai nilai atau kebolehan untuk digunakan.
Pesanan jual.
Transaksi atas rantaian atau on chain transaction merujuk kepada transaksi rantaian blok yang berlaku pada rantaian blok – yang ada pada rekod rantaian blok – dan kekal bergantung pada keadaan rantaian blok tersebut bagi kesahihannya.
Bekalan edaran merujuk kepada jumlah saham atau matawang yang ada dalam pasaran.
Bekalan maksimum matawang kripto merujuk kepada jumlah maksimum token atau koin yang akan dicipta. Sebaik sahaja bekalan maksimum dicapai, tiada lagi koin yang akan dilombong, di-mint atau dikeluarkan dalam apa bentuk atau kaedah sekalipun.
Pesanan beli.
Matawang kripto pertama yang dibina pada rantaian blok serta terhad kepada 21 juta unit. Dicipta oleh Satoshi Nakamoto pada tahun 2009, Bitcoin merupakan matawang kripto asli.
Matawang kripto yang telah melalui proses hard fork daripada Bitcoin pada 1 Ogos 2017. Ia mempunyai saiz blok yang lebih bear dan berfungsi untuk membolehkan pelombong membuat lebih transaksi dalam setiap blok.
Blok mengandungi maklumat transaksi. Blok boleh dianggap sebagai halaman dalam sebuah lejar.
Blok pertama pada rantaian blok.
Apabila harga sesuatu aset mengalami inflasi dan melepasi nilai sebenar aset tersebut. Apabila buih ‘pecah’, harga akan turun secara drastik.
Satu terma yang sering digunakan oleh komuniti Bitcoin untuk menjangkakan harga Bitcoin dan rekod tertingginya – “ke bulan”.
Tempat di mana penjual dan pembeli bertemu untuk membeli dan menjual sesuatu aset seperti Bitcoin, syer atau derivatif.
Bursa masa depan atau futures ialah bursa kewangan pusat dimana pedagang boleh melabur kontrak masa depan standard yang ditetapkan oleh bursa.
Bursa tidak berpusat, atau decentralised exchange ialah bursa matawang kripto yang beroperasi secara tidak berpusat, iaitu tanpa pengkuatkuasa pusat. Bursa tidak berpusat membolehkan dagangan peer-to-peer matawang kripto berlaku.
Pelombong akan menerima ganjaran blok apabila menyelesaikan blok. Selain itu, pelombong juga menerima caj sukarela yang dibayar oleh individu yang ingin menghantar koin. Ini memberi insentif kepada pelombong untuk memasukkan transaksi dengan caj tertinggi ke dalam blok, apabila rangkaian sesak.
Cap Masa Dipercayai ialah proses penjejakan sebarang masa penciptaan dan modifikasi bagi apa-apa dokumen. Fungsi ini membolehkan mana-mana pihak yang berminat untuk tahu, tanpa ragu-ragu, bahawa dokumen yang berkenaan wujud pada masa dan tarikh tertentu. Transaksi Bitcoin turut menyertakan sekali tarikh dan masa, dan disimpan dalam rantaian blok.
Carta batang lilin ialah sejenis carta harga yang digunakan dalam analisis teknikal. Carta ini memaparkan harga sekuriti yang tinggi, rendah, buka dan tutup untuk satu tempoh yang spesifik.
Cold Storage bermaksud dompet yang disimpan secara luar talian. Ini merupakan langkah keselamatan yang dibuat untuk mengelakkan akses tidak sah.
Kaedah perdagangan aset menggunakan dana yang disediakan oleh pihak ketiga.
Singkatan untuk aplikasi tidak berpusat atau Decentralised Application. DApp mempunyai kod pada bahagian backend dalam rangkaian peer-to-peer tidak berpusat.
Dompet atau wallet merupakan perisian yang digunakan untuk menerima dan menghantar matawang kripto. Koin-koin tersebut disimpan pada rantaian blok, manakala dompet pula mengandungi kunci peribadi yang mengesahkan pemilik telah menghantar koin ini ke dompet lain.
Sejenis dompet yang tidak selamat dan lapuk, di mana kunci peribadi dan maklumat alamat Bitcoin dicetak/ditulis pada sekeping kertas.
Satu alternatif bagi dompet matawang kripto biasa anda. Dompet perkakasan, atau hardware wallet ialah satu peranti fizikal khas untuk menyimpan kunci peribadi (biasanya di luar talian untuk lebih keselamatan).
Bermaksud “Lakukan Kajian Anda Sendiri” atau Do Your Own Research.
Merujuk kepada Explain Like I’m 5 atau Terangkan Seperti Saya Berusia 5 Tahun. Ia bermaksud individu yang meminta penerangan itu mempunyai pemahaman terhad terhadap sesuatu isu.
ERC-20 ialah protokol rasmi untuk mencadangkan naiktaraf terhadap rangkaian Ethereum (ETH). ERC bermaksud Ethereum Request for Comment manakala 20 ialah petunjuk cadangan. Ini merupakan standard biasa untuk mencipta token pada rantaian blok Ethereum.
ERC-721 ialah standard bebas dan terbuka yang menerangkan bagaimana untuk membina token unik atau tidak terpiawai pada rantaian blok Ethereum. Tiada satu pun token ERC-721 yang sama.
Matawang kripto yang dijana oleh platform Ethereum, dan digunakan sebagai ganjaran terhadap penggunaan nod pelaburan dan pengkomputeran.
Ethereum dicipta oleh Vitalik Buterin dan ia merupakan platform perkomputeran teragih, rantaian blok yang dibina untuk memproses transaksi dan maklumat lain seperti kontrak pintar.
Fasa benih, fasa pemulihan benih atau fasa benih sandaran ialah satu senarai perkataan yang menyimpan semua maklumat yang diperlukan untuk mengembalikan dana Bitcoin atas-rantaian (on-chain). Perisian dompet biasanya akan menjana fasa benih dan mengarahkan pengguna untuk menulisnya di atas kertas.
Wang konvensional, matawang tempatan, atau yang telah dikeluarkan oleh kerajaan sah sesebuah negara.
Jaminan atau gerenti bagi transaksi matawang kripto yang terlibat tidak boleh diubah, diterbalikkan atau dibatalkan selepas ia diselesaikan. Tahap kependaman rantaian blok akan memberi kesan terhadap kadar finaliti rantaian.
FOMO bermaksud fear of missing out, atau dalam bahasa pasar ialah “takut terlepas bas/tren”. FOMO ialah faktor emosi yang berdasarkan ketakutan. Biasanya ia memberi kesan terhadap pedagang dan membuatkan mereka berada dalam dilema sama ada untuk jual atau beli kerana takut mereka akan terlepas peluang potensi keuntungan.
Fork berlaku apabila sekumpulan pelombong menjalankan versi protokol yang berbeza. Jika versi terbaru bersesuaian dengan versi lama (jika ia boleh menggunakan data daripada versi rantaian blok terdahulu), maka ia merupakan soft fork dan semua pelombong akan kekal pada rantaian blok yang sama. Jika versi terbaru tidak bersesuaian dengan rantaian blok yang sedia ada, ia merupakan hard fork dan rantaian blok akan berpecah kepada dua rantaian berbeza.
‘FUD’ bermaksud fear, uncertainty and doubt atau ketakutan, ketidaktentuan dan keraguan. Terma ini digunakan apabila terdapat individu cuba untuk menyebarkan kegusaran mengenai masa depan matawang kripto.
Program FullNode ialah program yang mengesahkan sepenuhnya transaksi dan blok. Hampir kesemua FullNode turut membantu rangkaian dengan menerima transaksi dan blok daripada FullNode lain, mengesahkan transaksi dan blok tersebut, kemudian menghantarnya ke FullNode lain.
Koin baru yang diberikan kepada pelombong apabila mereka berjaya melombong satu transaksi blok pada rangkaian Bitcoin (atau matawang kripto lain).
Anggaran setiap empat tahun, ganjaran yang diterima oleh pelombong Bitcoin dipotong separuh, sebagai tindakan untuk memastikan Bitcoin yang dikeluarkan tidak menyebabkan inflasi.
Caj atau nilai harga yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu transaksi, atau untuk melaksanakan kontrak pada platform rantaian blok Ethereum.
Perbezaan di antara harga pesanan yang dijangka dengan harga pesanan yang dilaksanakan.
GitHub ialah platform berasaskan laman web yang membolehkan pembangun perisian mengawal dan berkolaborasi. GitHub, yang disampaikan melalui model perniagaan software-as-a-service atau SaaS, dimulakan pada 2008 dan diasaskan pada Git, sebuah sistem pengurusan kod sumber terbuka yang dicipta oleh Linus Torvalds untuk menjadikan pembinaan perisian lebih pantas.
Gwei ialah singkatan bagi gigawei, atau 1,000,000,000 wei. Wei ialah unit terkecil bagi Ether, sama seperti Sen kepada Ringgit, atau Satoshi kepada Bitcoin. 1 Ether = 1,000,000,000 gwei (109). 1 gwei = 0.000000001 ether. Sama seperti 1 sen = RM 0.01.
Peristiwa halving pada Bitcoin berlaku dalam setiap empat tahun. Ketika peristiwa ini berlaku, ganjaran perlombongan Bitcoin akan dipotong separuh. Peristiwa ini juga memotong kadar inflasi Bitcoin dan kadar Bitcoin baru memasuki edaran.
Hard Fork merupakan satu protokol yang menjadikan blok tidak sah yang sebelumnya menjadi sah, atau sebaliknya. Hard fork memerlukan semua nod atau pengguna untuk mengemaskini perisian protokol mereka ke versi terkini.
HODL bermaksud “untuk pegang” (cth: tidak jual) matawang kripto. Terma ini menjadi popular pada tahun 2010 apabila terjadi satu typo di sebuah forum Bitcoin, dan menjadi tular. Kesalahan ejaan ini kemudian dijadikan sebagai akronim untuk “Hold on for dear life“.
Sebarang dompet matawang kripto yang dihubungkan dengan internet.
Tawaran koin awalan atau initial coin offering (ICO) ialah penjualan token pada rantaian blok sebelum ia dikeluarkan. Orang awam boleh membayar token-token ini pada ICO dan ia akan dikeluarkan kepada pengguna pada satu masa lain.
Pengenalpasti unik yang digunakan untuk mengenalpasti transaksi tertentu.
Tawaran tukaran awalan, atau initial exchange offering (IEO) ialah penjualan token yang diuruskan oleh bursa matawang kripto. IEO tersedia secara eksklusif kepada pengguna bursa, walaupun beberapa IEO mungkin dilakukan di beberapa bursa berlainan. Sama seperti ICO, IEO membolehkan pelabur mendapatkan matawang kripto baru (atau token) sambil mengumpul dana bagi pelaksanaan projek-projek kripto.
Jurang luar kawalan, ataupun pasaran luar kawalan, ataupun runway gap terjadi apabila aktiviti perdagangan melangkau titik harga berturutan, yang biasanya dipacu oleh minat pelabur yang amat kuat. Secara asasnya, tiada perdagangan yang berlaku dan ia ditakrifkan sebagai pertukaran pemilikan sekuriti di antara titik harga di mana jurang luar kawalan mula berlaku, dan di mana ia berakhir.
Kadar hash mengira kuasa mesin pelombong. Secara spesifik, ia mengukur jumlah fungsi hash yang boleh dikira per saat. Jangkaan keuntungan pelombong adalah berkadar terus dengan kadar hash. Kadar hash juga mengukur jumlah kuasa komputer yang melindungi rantaian blok spesifik.
Kadar hash mengukur kuasa perkomputeran pelombong matawang kripto, contohnya, pelombong Bitcoin. Secara spesifik, kadar hash mengukur jumlah fungsi hash yang boleh dikira per saat. Jangkaan keuntungan pelombong adalah berkadar terus dengan kadar hash. Kadar hash juga digunakan untuk mengukur kuasa perkomputeran yang diperlukan untuk melindungi rantaian blok yang spesifik.
Kecairan atau liquidity merujuk kepada kemudahan sesuatu aset, atau sekuriti, boleh ditukarkan kepada wang tunai tanpa memberi kesan terhadap harga pasaran.
Penipuan “penggodaman manusia” yang menggunakan taktik manipulasi psikologikal untuk memperdayakan mangsa mendedahkan data, menyebarkan malware, dan memberikan akses ke maklumat atau harta benda sulit.
Kertas putih atau whitepaper ialah satu dokumen rasmi yang biasanya dikeluarkan oleh projek-projek rantaian blok baru sebelum proses Penawaran Koin Awalan (ICO). Kertas putih ini biasanya mempunyai maklumat mengenai teknologi, metodologi, produk atau perkhidmatan yang akan dilancarkan.
Jumlah usaha yang diperlukan untuk melombong blok. Setiap matawang kripto mempunyai kaedah yang berbeza untuk menetapkan kesukaran melombong bloknya. Bagi Bitcoin, kesukaran perlombongan akan diselaraskan dalam setiap dua minggu untuk memastikan perubahan dalam jumlah pelombong tidak meningkatkan pengeluaran Bitcoin baru dengan drastik.
Ketinggian blok untuk setiap satu blok ditakrifkan dengan jumlah blok sebelumnya dalam rantaian blok.
Kewangan tidak berpusat merujuk kepada aset digital dan kontrak pintar kewangan, protokol dan aplikasi tidak berpusat (DApps) yang dibina pada Ethereum.
Kontrak masa depan ialah satu perjanjian standard sah untuk membeli atau menjual sesuatu pada harga yang telah dipra-tetap pada masa yang spesifik di masa depan, di antara pihak yang tidak mengenali antara satu sama lain. Transaksi aset biasanya merupakan komoditi atau instrumen perniagaan.
Satu program untuk perisian yang dicipta pada rantaian blok dan boleh di identitikan dengan penggunaan alamat unik. Transaksi pada rantaian blok boleh melaksanakan kontrak tersebut melalui pelbagai kaedah, sebagai contoh, dengan menghantar sedikit matawang kripto atau data ke alamat kontrak tersebut. Jika dilaksanakan, kontrak pintar boleh menghantar lebih transaksi atau melaksanakan kontrak pintar lain.
Teknik untuk melindungi komunikasi dalam kehadiran pihak ketiga yang dipanggil adversari. Dalam konteks matawang kripto, kriptografik mengesahkan dan melindungi maklumat transaksi.
Kunci awam ialah kod digital unik bagi dompet pada rantaian blok; contohnya alamat dompet. Inilah alamat yang anda berikan kepada individu lain apabila mereka ingin menghantar matawang kripto kepada anda.
Kunci peribadi atau private key ialah kod digital seperti kata laluan yang digunakan untuk mengesahkan transaksi matawang kripto pada rantaian blok. Kod ini perlu dirahsiakan kerana ia akan mengesahkan pemiliknya untuk menghantar koin ke dompet yang spesifik.
Know-your-customer atau kenali pelanggan anda (KYC) ialah satu proses pematuhan yang dilakukan untuk mengesahkan identiti klien perniagaan, sama ada sebelum atau selepas mereka memulakan perniagaan bersama-sama. Undang-undang memerlukan institusi kewangan untuk melakukan proses KYC apabila menerima klien-klien baru.
Ladang perlombongan atau mining farm ialah pusat data, yang dilengkapi dengan pekakas untuk melombong Bitcoin atau matawang kripto lain. Ladang perlombongan muncul sebagai hasil daripada kesan berterusan terhadap proses perlombongan yang memerlukan lebih sumber teknikal, tenaga dan kewangan.
Lejar merupakan rekod transaksi.
Pangkalan data bear yang dikongsi dengan persetujuan serta diseragamkan menerusi pelbagai tapak, institusi atau geografi. Ia membolehkan transaksi untuk mempunyai “saksi-saksi” awam, oleh itu menjadikan serangan siber lebih sukar.
Litecoin ialah sejenis matawang kripto bersifat peer-to-peer dan merupakan satu projek perisian sumber terbuka. Penciptaan dan pemindahan koin ini adalah berdasarkan protokol kriptografik sumber terbuka dan tidak diuruskan oleh penguatkuasa pusat.
Transaksi luar rantaian atau off-chain transaksi merujuk kepada transaksi yang berlaku pada rangkaian matawag kripto, yang menggerakkan nilai ke luar rantaian blok.
Malware merupakan sebarang perisian yang direka khas untuk menyebabkan kerosakan kepada komputer, server, klien atau rangkaian komputer. Terdapat pelbagai jenis malware, termasuklah virus komputer, worm, kuda Trojan, ransomware, spyware, adware, perisian rogue dan scareware.
Masa pengesahan bermaksud tempoh yang telah berlalu di antara masa transaksi rantaian blok dihantar ke rangkaian dengan masa ia direkodkan sepenuhnya ke dalam blok yang telah disahkan.
Sebarang matawang digital yang menggunakan kriptografik untuk mengesahkan dan melindungi transaksi.
Mekanisme konsensus ialah mekanisme yang digunakan oleh komputer dan sistem rantaian blok untuk mencapai persetujuan penting mengenai nilai data tunggal, atau keadaan tunggal rangkaian dalam proses pengagihan atau sistem agen pelbagai.
Data yang menyediakan maklumat mengenai data-data lain. Sebagai contoh, gambar yang diambil menggunakan telefon pintar anda mempunyai metadata – masa dan tarikh ia diambil, saiz fail, dan lokasi. Gambar tersebut ialah data, dan metadata bagi gambar tersebut ialah semua maklumat mengenai gambar tersebut.
Nod ialah sebuah peranti dengan salinan rantaian blok. Ia berkongsi maklumat dengan nod-nod lain, merentasi seluruh rangkaian. Nod tidak semestinya melombong matawang kripto, tetapi ia menyumbang kepada ketidakberpusatan dan keselamatan rantaian blok itu sendiri. Semua pelombong adalah nod, tetapi bukan semua nod adalah pelombong.
Dalam istilah matawang kripto, nonce ialah nombor arbitrari yang hanya boleh digunakan sekali sahaja dalam komunikasi kriptografik. Nonce biasanya mengandungi nombor yang rawak atau pseudo-rawak yang dikeluarkan pada protokol pengesahan untuk memastikan komunikasi terdahulu tidak boleh digunakan semula dalam serangan replay. Ia juga berguna sebagai pengawalan vektor dan dalam fungsi hash kriptografik.
Output Transaksi Tidak Dibelanja atau Unspent Transactional Output (UTXO) dalam istilah matawang kripto ialah pengabstrakan wang elektronik. Setiap UTXO mewakili satu rantaian pemilikan yang dilaksanakan sebagai rantaian Tandatangan Digital, dimana pemilik akan menandatangani satu mesej mengenai pemindahan pemilikan UTXO mereka ke Kunci Awam penerima.
“Over the counter” atau OTC ialah proses bagaimana sekuriti didagangkan kepada syarikat yang tidak disenaraikan pada bursa utama, seperti Bursa Malaysia. Sekuriti yang didagangkan secara over-the-counter itu akan didagangkan menggunakan rangkaian broker-dealer, berlawanan dengan bursa berpusat.
Rangkaian Peer-to-peer (P2P) atau rakan-ke-rakan ialah sistem komputer yang disambung di antara satu sama lain melalui internet. Fail boleh dikongsi secara terus di antara sistem pada rangkaian, tanpa memerlukan server pusat.
Pasaran bear berlaku apabila harga saham dalam pasaran menjatuh, menggalakkan penjualan.
Pasaran apabila harga meningkat, menggalakkan pembelian.
Pelayar blok atau block explorer ialah sejenis pekakas yang digunakan untuk memaparkan semua transaksi kripto secara atas talian. Secara spesifiknya, ia membolehkan pengguna menyemak semua transaksi semasa dan lepas pada rantaian blok. Ia memberikan maklumat kepada pengguna mengenai kadar hash bagi rantaian blok, kadar perkembangan transaksi maklumat-maklumat berguna lain.
Dalam istilah teknologi kripto, fungsi pelbagai tandatangan atau MultiSig merujuk kepada keperluan pelbagai pengesahan (biasanya daripada beberapa orang) untuk memastikan transaksi pada rantaian blok berjaya dihantar. Sebagai contoh, anda mempunyai 5 individu untuk mengesahkan penghantaran Bitcoin ke dompet MultiSig, dan anda perlu sekurang-kurangnya 3 daripada 5 individu untuk meluluskan transaksi tersebut sebelum ia disahkan.
Pelombong application-specific integrated circuit atau ASIC ialah satu peranti yang dibina untk tujuan perlombongan Bitcin. Juga boleh dianggap seperti komputer melombong khas untuk Bitcoin.
Penawaran Token Sekuriti atau Security Coin Offering (STO) ialah apabila koin kripto atau token yang mewakili pelaburan, dikeluarkan kepada pelabur. Fungsinya sama seperti penawaran koin awalan (ICO).
Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) ialah satu set undang-undang, peratusan dan prosedur yang digunakan untuk mengelakkan penjenayah menyembunyikan dana yang diterima secara haram kepada pendapatan sah.
Individu yang bertanggungjawab untuk mengesahkan transaksi pada rangkaian blok.
Pengesahan Dua-faktor juga dirujuk sebagai ‘2FA’. Ia merupakan satu lagi lapisan keselamatan, biasanya sebagai tambahan kepada kata laluan. Pengesahan Dua-faktor biasanya akan menggunakan peranti kedua (cth: telefon pintar anda) untuk menjana kod sekali guna. Kata laluan dan kod sekali guna unik ini digunakan untuk mengesahkan log masuk, atau sebarang transaksi.
Secara kasarnya dalam setiap 10 minit (bagi Bitcoin – rantaian blok lain mungkin mempunyai masa yang berbeza), blok baru akan dicipta dan ditambah ke rantaian blok melalui proses perlombongan. Blok ini mengesahkan dan merekodkan sebarang transaksi baru. Oleh kerana blok seterusnya dipautkan dengan blok yang sebelumnya, setiap blok seterusnya berfungsi sebagai pengesah bagi blok sebelumnya. Sebagai contoh, jika transaksi dimasukkan dalam blok 101, dan blok paling terkini ialah 110, transaksi dikatakan mempunyai 10 pengesahan. Dengan cara ini, transaksi tersebut dikatakan telah disahkan oleh rangkaian Bitcoin.
Penyerahan atau capitulation ialah apabila pelabur menyerahkan sebarang keuntungan terdahulu dalam sebarang sekuriti atau pasaran dengan menjual posisi mereka ketika tempoh menurun. Penyerahan boleh berlaku pada bila-bila masa, tetapi biasanya berlaku ketika perdagangan bervolum tinggi dan kejatuhan sekuriti yang berpanjangan. Pembetulan pasaran atau bear market biasanya menyebabkan pelabur untuk melakukan penyerahan atau penjualan panik.
Penyulitan atau encryption merupakan kaedah di mana maklumat ditukar kepada kod rahsia yang melindungi maksud sebenar maklumat tersebut. Sains penyulitan dan penyahsulitan maklumat dipanggil kriptografi.
Perbelanjaan berganda ialah kelemahan berpotensi dalam skema wang digital. Ini boleh berlaku apabila token digital tunggal boleh dibelanjakan lebih dari sekali.
Perisian sumber terbuka atau open-source software ialah sejenis perisian komputer yang mempunyai kod sumber diterbitkan dibawah lesen, dimana pemilik hakcipta memberikan kebenaran kepada pengguna untuk mempelajari, menukar, dan mengagihkan perisian tersebut kepada mana-mana individu dan untuk sebarang kegunaan.
Tindakan yang dibuat oleh komputer untuk memproses transaksi pada rantaian blok (Bitcoin atau lain-lain). Pelombong melakukannya untuk menerima ganjaran melombong dan keuntungan.
Permodalan pasaran, atau market cap ialah nilai pasaran bagi saham syarikat tertunggak yang didagangkan secara awam. Permodalan pasaran adalah bersamaan dengan harga pasaran didarabkan dengan jumlah saham tertunggak.
Arahan untuk berdagang (beli atau jual) melalui bursa (cth: pasaran saham). Untuk lebih spesifik, kita menukar Bitcoin untuk matawang tempatan, seperti yang dilakukan di Luno Exchange.
Pesanan had ialah pesanan yang diletakkan dengan amaun dan harga yang spesifik untuk didagangkan. Bergantung pada harga yang ditetapkan, pesanan had mungkin akan didagangkan secepatnya berbanding pesanan yang sedia ada pada buku pesanan (dalam kes ini, ia menjadi taker order), atau mungkin akan dimasukkan ke dalam buku pesanan – untuk menunggu pesanan lain berdagang dengannya (dalam kes ini, ia menjadi maker order).
Pesanan ini sama ada pesanan had beli di bawah harga pasaran atau pesanan had jual di atas harga pasaran. Pesanan akan menunggu dalam buku pesanan, oleh itu ia dianggap sebagai pembuat atau ‘maker’ dalam pasaran.
Pesanan yang diletakkan dengan hanya menetapkan jumlah yang anda ingin dagangkan. Pesanan tersebut akan dilaksanakan segera pada kadar tersedia terbaik dalam pasaran. Dalam erti kata lain, pesanan pasaran akan dipadankan dengan pesanan sedia ada yang menunggu dalam buku pesanan. Pesanan pasaran adalah sentiasa taker order.
Pesanan taker ialah sama ada pesanan beli pada/di atas harga pasaran atau pesanan jual pada/di bawah harga pasaran. Pesanan ini dilaksanankan segera, tanpa perlu menunggu dalam buku pesanan. Oleh kerana ia sepadan dengan pesanan maker dan mengambilnya keluar daripada pasaran, pesanan ini dikatakan sebagai pesanan taker atau ambil.
Phishing ialah cubaan haram untuk mendapatkan maklumat sensitif seperti nama pengguna (username), kata laluan (password) dan maklumat kad kredit dengan cara menyamar sebagai satu entiti yang boleh dipercayai melalui komunikasi elektronik.
Protokol Proof-of-History atau Pembuktian Sejarah ialah satu turutan langkah-langkah dimana cop masa ditambah ke blok, dan ia akan mencipta satu rekod yang mengesahkan transaksi telah berlaku pada satu masa yang spesifik. Ini bermaksud melalui pengesahan awam, pelombong boleh terus melombong tanpa kelewatan.
Protokol Proof-of-Stake ialah satu mekanisme konsensus di mana seorang individu itu boleh melombong atau mengesahkan blok transaksi berdasarkan jumlah koin yang dimiliki. Ini bermaksud, lebih banyak Bitcoin, atau Altcoin yang dimiliki oleh pelombong, lebih banyak kuasa melombong yang dimiliki.
Sistem proof-of-work (atau protokol, atau fungsi) ialah satu mekanisme konsensus. Sistem ini menghalang daripada serangan penafian perkhidmatan dan penyalahgunaan perkhidmatan seperti penghantaran spam terhadap rangkaian. Halangan ini berfungsi dengan permintaan lebih kerja daripada peminta perkhidmatan, biasanya ia bermaksud masa pemprosesan oleh komputer.
Rangkaian Lighting ialah protokol pembayaran “Lapisan 2” yang beroperasi di atas matawang kripto yang berasaskan rantaian blok. Ia membolehkan transaksi yang lebih pantas dilakukan dalam kalangan nod yang turut serta, dan dilihat sebagai penyelesaian terhadap permasalahan kebolehskalaan dalam Bitcoin.
Rangkaian tidak berpusat yang merekodkan transaksi, sama seperti lejar tradisional. Transaksi ini boleh menjadi sebarang pergerakan matawang, barangan atau data yang dilindungi.
Terma slanga untuk wrecked (hancur) yang digunakan apabila pedagang telah kehilangan sejumlah wang yang besar.
Ripple ialah satu rangkaian pembayaran digital untuk transaksi kewangan yang menggunakan matawang kripto XRP sebagai medium penyelesaian.
(individu) Satoshi Nakamoto ialah individu yang dikreditkan dalam penciptakan Bitcoin. Ia merupakan nama samaran dan identiti sebenar pencipta Bitcoin masih lagi tidak diketahui.
(unit) Satoshi merupakan unit terkecil bagi Bitcoin. 1 Satoshi = 0.00000001 Bitcoin.
SegWit ialah satu fungsi untuk beberapa protokol rantaian blok (termasuklah Bitcoin dan Litecoin), yang memindah keluar sebahagian daripada data transaksi daripada blok utama, menyebabkan saiz keberkesanan transaksi tersebut akan dikurangkan. Hasilnya, ia akan membolehkan memuatkan lebih transaksi ke dalam satu blok tunggal tanpa perlu meningkatkan saiz blok.
Terma ‘senarai putih’ atau whitelist bermaksud satu senarai individu, institusi, program komputer atau alamat matawang kripto yang telah disahkan.
Sentimen pasaran merujuk kepada perasaan subjektif mengenai keadaan pasaran. Ia merupakan situasi emosi yang dihadapi oleh pedagang dan pelabur terhadap keadaan harga sesuatu aset.
Sepiawai atau fungibility ialah unit individu dalam sesuatu aset itu secara asasnya boleh ditukar, dan setiap bahagiannya tidak boleh dibezakan daripada bahagian-bahagian lain. Sebagai contoh, matawang tempatan RM 1 mempunyai nilai yang sama dengan nilai RM 1 yang lain.
Serangan Dusting ialah sejenis aktiviti jahat yang dilakukan oleh penggodam dan penipu. Mereka akan membuat cubaan mengganggu keselamatan Bitcoin dan pengguna matawang kripto dengan menghantar jumlah koin yang amat sedikit ke dompet peribadi mereka. Kemudian, penyerang akan menjejak aktiviti dalam dompet-dompet ini. Penipu serta penggodam akan menjalankan analisis pengumpulan pelbagai alamat, dan ini membolehkan mereka untuk mengenalpasti pemilik dompet.
Serangan terhadap rantaian blok oleh sekumpulan pelombong terhadap 50% daripada kadar hash rangkaian, atau kuasa perkomputeran.
SHA (Secure Hash Algorithm) yang digunakan oleh Bitcoin. Lihat hash.
Tindakan menggunakan propaganda untuk mempromosi sesuatu sebagai insentif kewangan. Terma ini sering dilihat sebagai negatif apabila terdapat individu mempromosikan sesuatu agar mereka boleh menjana wang.
Skim pelaburan palsu yang membayar keuntungan kepada pelabur awal dengan dana daripada pelabur-pelabur baru, serta memerlukan ahli untuk merekrut pelabur baru.
Sejenis aktiviti penipuan yang mana kejayaan mereka dibiayai oleh pembayaran pulangan segera kepada pelabur terawal daripada wang yang dilaburkan oleh pelabur kemudian.
Tahap sokongan kripto ialah nilai yang kepercayaan bahawa matawang kripto tidak akan jatuh ke bawah. Tahap ini biasanya disokong oleh sejumlah besar aktiviti permintaan dan pembelian kerana pedagang pecaya yang aset tersebut adalah dibawah nilai.
Perbezaan (atau jurang) di antara harga pesanan beli tertinggi (lihat bid) dan harga pesanan beli terendah (lihat ask). Spread yang lebih rendah ialah petanda pasaran yang stabil atau sihat.
Stablecoin ialah cubaan satu kelas baru matawang kripto untuk menawarkan kestabilan harga dan disandarkan dengan aset rizab. Sebagai contoh, stablecoin mungkin ditambat pada matawang seperti Dolar AS, atau pada harga komoditi, seperti emas.
Tindakan mengunci koin atau token individu lain, untuk membantu mengesahkan transaksi matawang kripto melalui mekanisme konsensus proof-of-stake (PoS). Staker, atau individu yang melakukan stake akan menerima ganjaran apabila mereka menyediakan perkhidmatan ini.
Kerintangan, atau tahap kerintangan (resistance level) ialah sejenis harga, apabila harga aset yang diberikan tekanan ketika menaik disebabkan oleh kemunculan sejumlah penjual yang ingin menjual pada harga tersebut.
Kod digital (dijana dan disahkan oleh kunci awam nyahsulit) yang dilampirkan bersama dengan dokumen digital untuk mengesahkan kandungan serta identiti pengirim.
Testnet ialah satu alternatif bagi rantaian blok Bitcoin untuk digunakan khas untuk ujikaji. Koin-koin testnet diasingkan dan berbeza daripada Bitcoin yang sebenar, dan tidak mempunyai sebarang nilai. Ini membolehkan pembangun aplikasi atau para penguji Bitcoin untuk bereksperimen, tanpa perlu menggunakan Bitcoin sebenar, atau bimbang mereka akan merosakkan rantaian blok utama Bitcoin.
Protokol tadbir urus, yang berciri-cirikan pengagihan kawalan dan penguatkuasaan dalam kalangan peserta. Bitcoin merupakan satu sistem yang tidak berpusat kerana terdapat banyak pelabur melindungi rangkaian tersebut. Sebaliknya, sistem perbankan menggunakan sistem yang berlawanan, iaitu protokol berpusat, di mana satu pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia akan membuat keputusan.
Immutable atau tidak berubah ialah terma yang bermaksud tidak berubah sepanjang masa, atau tidak boleh diubah.
Secara amnya, token ialah matawang kripto yang tidak disandarkan dengan rantaian bloknya sendiri, namun ia memberikan fungsi terhadap matawang rantaian blok lain. Sebagai contoh, token ERC20 disediakan oleh kontrak pintar pada rantaian blok Ethereum.
Token kripto yang berinteraksi dengan kontrak pintar rantaian blok untuk memberikan kuasa pengundian kepada pemilik untuk menerima atau menolak cadangan perubahan terhadap pengaturcaraan rantaian blok tersebut.
Token tidak terpiawai atau non-fungible token ialah token kriptografik yang mewakili sesuatu yang unik. Ini bermaksud NFT tidak boleh bertukar antara satu sama lain, walaupun ianya kelihatan sama. Sebagai contoh, seni digital, item dalam permainan boleh menjadi NFT.
Token kripto yang tidak boleh dilombong dan membenarkan pengguna untuk melakukan tindakan spesifik pada rangkaian tertentu.
TPS merujuk kepada jumlah transaksi yang boleh diproses oleh rangkaian dalam satu saat.
Dalam istilah kewangan, volatiliti ialah tahap variasi harga dagangan sepanjang masa, biasanya diukur dengan sisihan piawai (standard deviation) bagi pulangan logaritma. Votaliti sejarah mengukur satu siri masa harga pasaran terdahulu.
Volum ialah jumlah keseluruhan untuk apa-apa sahaja yang didagangkan dalam satu tempoh tertentu. Bursa biasanya menunjukkan volumnya sendiri untuk setiap kripto – jumlah kripto yang didagangkan pada bursa tersebut, biasanya dalam tempoh 24 jam lepas; melainkan ia menyatakan satu tempoh masa yang lain.
Lelaran baru berkonsepkan World Wide Web, tetapi ia berasaskan teknologi rantaian blok yang memasukkan konsep-konsep seperti ketidakberpusatan dan ekonomi berasaskan token.
Entiti atau individu yang memegang jumlah matawang digital yang amat besar.
Perkhidmatan pembayaran bagi rangkaian Ripple, xRapid menggunakan matawang kripto ini, XRP, yang berdasarkan dengan lejar XRP. Matawang kripto ini digunakan untuk melancarkan transaksi pada rangkaian Ripple. Ripple dan XRP sering digunakan bersama, tetapi dari sudut teknikal, Ripple merupakan platform pembayaran dan XRP ialah aset digital yang beroperasi secara bebas daripada Ripple.