Panduan asas carta matawang kripto

Konten artikel ini hanya bertujuan untuk pengetahuan dan bukanlah nasihat pelaburan atau sebarang bentuk cadangan atau ajakan. Luno sentiasa menasihai anda untuk mendapatkan nasihat kewangan sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.
Dunia matawang kripto boleh menjadi sangat mencabar jika anda baru sahaja bermula. Terdapat berjuta-juta istilah untuk difahami, dan elok sahaja anda mula memahaminya, datang pula carta matawang kripto. Carta yang takkan pernah habis.
Jika anda ingin menjadi pedagang kripto yang sepenuh masa, carta-carta ini boleh menjadi peralatan paling bermanfaat jika digunakan dengan betul. Ilmu adalah kuasa, dan bagi ramai pedagang, carta ialah asas bagi proses membuat keputusan bagi mereka.
Apa itu carta kripto?
Carta kripto ialah satu perkakas visual yang memaparkan data yang relevan dengan cara tertentu untuk membantu anda memahami pergerakan harga matawang kripto.
Cara data diletakkan boleh membantu anda melihat paten dalam pergerakan pasaran, mengenalpasti trend kerana ia membentuk dan membantu anda menggambarkan keseluruhan momentum pasaran – sama ada bullish (pembelian berlaku dan harga sedang menaik) atau bearish (penjualan berlaku dan harga menurun). Mengikut teori, cara ini boleh membantu untuk menjangkakan hala tuju pasaran dan harga di masa hadapan supaya anda tahu bila untuk jual, atau bila untuk HODL.
Terdapat dua format utama carta harga yang digunakan: carta garisan atau carta lilin. Kita mulakan dengan carta garisan.
Bagaimana carta garisan berfungsi?

Carta garisan ialah carta kripto paling asas. Carta garisan menunjukkan titik-titik sejarah harga bagi sesuatu aset. Anda boleh melihat garisan hijau pada carta di atas. Garisan tersebut berkait pada skala di sebelah kanan, yang mewakili harga BTC dalam USD (matawang tempatan lain juga boleh dipaparkan). Untuk matawang kripto, carta ini biasanya mengandungi harga penutupan harian dalam tempoh masa tertentu. Bingkai masa (time frame) untuk melihat carta juga boleh dipaparkan mengikut keutamaan anda, sama ada minit, jam, hari, minggu, bulan atau tahun. Jika anda seorang pedagang yang berpengalaman, anda mungkin mahu menfokuskan pada paparan minit dan jam. Jika anda seorang HOLDer yang mencari pelaburan jangka panjang, paparan bulanan adalah lebih bersesuaian.
Penting juga untuk anda mengetahui bahawa carta garisan datang dengan dua skala yang berbeza: Linear dan logarithmik. Anda boleh menukar skala dengan mudah (bahagian sudut atas kanan pada atas graf, mungkin terdapat perbezaan). Pada carta linear, skala harga dibahagikan kepada bahagian yang sama rata. Pada carta log, harga kripto diskalakan mengikut perubahan persen, oleh itu, jika terdapat dua perubahan harga yang berbeza dari segi nilai mutlak tetapi sama dari sudut peratus, kedua-duanya akan diwakili oleh anjakan menegak yang sama pada skala log. Kedua-dua carta mempunyai kegunaannya sendiri. Dengan carta linear, anda boleh lebih menilai kelajuan perubahan harga, manakala anda boleh mengenal pasti trend dengan senang pada carta log.

Pada bahagian kiri carta, anda dapat melihat paksi bagi modal pasaran (market cap) Bitcoin. Ini diwakili oleh garisan biru. Modal pasaran Bitcoin merujuk kepada jumlah nilai semua Bitcoin yang telah dikeluarkan. Nilai ini dikira dengan mendarabkan jumlah Bitcoin dalam edaran dengan harga Bitcoin. Kaedah ini adalah salah satu indikator yang bagus tentang bagaimana pandangan pelabur terhadap Bitcoin.
Pada bahagian bawah carta, anda boleh melihat garisan hitam yang mewakili sejarah volum dagangan 24j. Ini boleh menjadi indikator berguna sama ada lonjakan harga boleh dikekalkan atau tidak. Volum yang rendah bermaksud kurangnya keyakinan pada pasaran dan lonjakan harga dibina pada asas yang lemah, oleh itu harga berkemungkinan untuk terus runtuh. Sebaliknya, volum tinggi akan meningkatkan kemungkinan akan adanya momentum perubahan harga yang menaik.
Apa yang terdapat pada carta lilin?
Carta lilin ialah perkakas dagangan lanjutan yang mengandungi maklumat berguna tambahan. Ia lebih popular dalam kalangan pedagang kripto untuk kegunaan analisis teknikal. Anda boleh baca lagi mengenai analisis teknikal di sini.

Carta lilin mungkin kelihatan sukar pada mulanya tetapi carta ini mudah difahami apabila anda boleh membacanya. Masa boleh dilihat pada paksi x dan harga pada paksi y, sama seperti carta garisan. Perbezaan yang terbesar ialah pada bahagian lilin.
Carta ini dipanggil carta lilin kerana setiap titik yang diletakkan pada graf kelihatan seperti lilin. Titik ini berbentuk segi empat merah (atau merah jambu) atau hijau, dan mempunyai garisan yang keluar dari bawah atau atas; seperti sumbu lilin. Saiz lilin, sumbu dan warna memberikan pelbagai jenis maklumat.

Bentuk empat segi tersebut memaparkan ruang di antara baki pembukaan dan penutupan koin tertentu ketika anda melakukan pencarian. Lilin hijau menunjukkan nilai kripto tertentu meningkat, oleh itu harga pembukaan di bawah dan harga penutupan di atas. Lilin merah (atau merah jambu) menunjukkan kejatuhan harga kripto, oleh itu harga pembukaan di atas dan harga penutupan di bawah. Anda mungkin akan melihat satu simbol yang kelihatan seperti palang atau tambah selain daripada lilin. Simbol ini dipanggil doji, dan ia bermaksud harga pembukaan dan penutupan bagi hari tersebut adalah sama.
Bagi ‘sumbu’ pula, ia boleh dilihat sama ada di atas atau di bawah lilin. Sumbu ini menunjukkan julat harga tertinggi dan terendah bagi hari tersebut. Sebagai contoh, dalam tempoh 24 jam, sesuatu koin mungkin dibuka pada $100 dan ditutup pada $2000. Namun begitu, pada titik tertentu pada hari tersebut, harga mungkin jatuh sehingga $500 dan meningkat sehingga $3000. Ini memberikan anda idea bagaimana ketidaktentuan pasaran yang sebenar. Mengikut daripada perspektif analisis teknikal, lebih tinggi ketidaktentuan sesuatu pasaran itu, lebih tinggi peluang keuntungan (atau kerugian) koin bagi sepanjang hari tersebut, dan akan terus, atau diperbaiki pada hari dagangan seterusnya. Ini kerana ia menunjukkan pasaran sedang mengembang ke bawah lebih daripada ia mengembang ke atas, atau sebaliknya.
Bayangkan satu situasi dimana sumbu pada atas lilin sangat pendek. Ini menunjukkan bahawa koin tersebut didagangkan dengan baik dan penutupan diakhiri dengan harga rekod tertinggi pada hari tersebut. Jika sumbu di atas adalah panjang, ia menunjukkan pada satu titik dalam hari tersebut, harga koin adalah lebih tinggi, tetapi pengguna mula menjualnya untuk keuntungan. Ini bermaksud pasaran akan menjunam atau bearish. Dalam erti kata lain, pedagang mahu membeli kripto pada nilai terendah dan itulah masanya. Situasi ini boleh diterjemahkan sebagai pergerakan menaik masa depan.
Sebaliknya, jika sumbu di bahagian bawah lilin adalah pendek, ia menunjukkan pengguna masih menjual koin tersebut. Penjualan ini akan menambahkan bekalan dan menyebabkan harga mungkin akan lebih berkurangan. Namun begitu, jika sumbu di bahagian bawah agak panjang, ia menujukkan harga koin tersebut telahpun menjunam dan pengguna sudah mula membelinya sekali lagi, berharap untuk membelinya pada nilai terendah. Ini mungkin akan mengakibatkan pergerakan ke atas pada hari seterusnya. Perkara ini boleh dilihat pada paten lilin tukul (hammer candlestick pattern) di bawah. Paten lilin tukul berbentuk segi empat yang pendek dengan sumbu yang memanjang ke bawah dan boleh dilihat pada bahagian bawah trend menurun (downwards trend).

Satu contoh paten lilin bearish ialah hanging man. Bentuknya sama seperti tukul, tetapi ia boleh ditemui pada hujung trend menaik (upwards trend), oleh itu harga penutupan dalam kes ini adalah lebih rendah daripada harga pembukaan.

Purata pergerakan
Akhir sekali, satu lagi garisan yang penting anda akan temui apabila menganalisis carta kripto ialah petunjuk purata pergerakan. Garisan ini berdasarkan purata harga penutup bagi sesuatu koin pada tempoh masa yang tertentu. Petunjuk ini berguna untuk melihat paten dan membantu untuk menentukan trend dan signal bagi posisi keluar dan masuk.
Contohnya, anda akan mengira purata pergerakan 50 hari dengan menambah harga penutup sesuatu koin bagi setiap 50 hari dagangan sebelum hari tersebut dan dibahagikan dengan 50.

Untuk lebih mudah, katakan anda mahu purata pergerakan 5 hari. Harga pada sepanjang 5 hari sebelumnya ialah RM10, RM8, RM12, RM15, dan kemudian RM20. Purata pergerakan ialah jumlah kesemua harga ini, dibahagikan dengan 5, iaitu 13.
Jadi, itulah asas carta matawang kripto. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai perkara di atas, hubungi kami melalui Twitter. Pada siri blog seterusnya, kami akan memberikan lebih maklumat mengenai bagaimana untuk menggunakan carta ini untuk menjangkakan pergerakan harga di masa hadapan menggunakan analisis teknikal, fokus kepada garisan trend, tahap rintangan dan banyak lagi.