Kalendar kripto April

Economic calendar

Mac direkodkan dengan pemulihan tentatif. Bitcoin mencecah $74K sebelum tekanan geopolitik dan keputusan Rizab Persekutuan AS menyebabkan harga pasaran berlegar-legar ke arah sisi. Jika bulan Mac merupakan bulan pelabur berhati-hati, kemungkinan April adalah bulan momentum. Dengan kemaskini besar Solana, musim keuntungan high-stake, dan Rizab Persekutuan AS mengalami penurunan data angka buruh, pergerakan besar pasaran mungkin akan berlaku. Adakah anda bersedia? 

Imbas semula Mac

Mac memulakan harga Bitcoin sekitar $65-68K, hampir mencecah $73-74K pada pertengahan bulan dan kembali pada harga $69K. Jika dilihat semula, situasi ini dianggap ‘tidak terlalu buruk’ apabila dibandingkan dengan kerugian pada bulan Januari dan Februari.

Jumlah permodalan pasaran kripto dilihat dalam berada dalam julat terhad sebanyak $2.3-2.6 trillion, manakala aliran masuk ETF Bitcoin hampir bernilai $2.5 billion.

Punca dominan adalah disebabkan konflik Iran, yang memberi kesan besar terhadap pasaran sepanjang bulan Mac. Harga BTC meloncat naik seketika selepas pengumuman oleh Iran, digabungkan pula dengan pengumuman perbincangan Iran-AS oleh Presiden Trump pada 23 Mac.

Kadar FOMC kekal namun meningkatkan unjuran inflasi, sekaligus menaikkan perhatian para pelabur. ETH kekal di bawah paras $2,200 walaupun aktiviti rangkaian Ethereum kekal pada rekod aktiviti ~2 juta alamat sehari.

Perkara penting bulan ini 

  • Adakah Rizab Persekutuan AS akan memaksa naratif “higher-for-longer” atau kelemahan pasaran buruh akan memberi kejutan kepada para pelabur?
  • Solana akan dikemaskini, dan berpotensi boleh melonjakkan kelajuan rangkaian dengan lebih lagi. Semak harga $SOL ketika kemaskini dibuat.
  • Bank Jepun dijangka akan mengekalkan kadar faedah namun terdapat khabar angin mengatakan akan berlaku kejutan kenaikan kadar faedah. Apa akan berlaku pada Yen?

Apa akan berlaku pada bulan April? 

Kemaskini rangkaian Solana 

April 

Kemaskini SIMD-266 bermatlamat untuk mengurangkan kos data sebanyak 98%, membebaskan sehingga 12% lebih ruangan untuk transaksi. Jika berjaya, kemaskini ini berpotensi mengurangkan caj dan melonjakkan kelajuan rangkaian. Solana Foundation mengesahkan kemaskini akan dikeluarkan pada bulan April, namun awasi pergerakan harga $SOL apabila kemaskini dikeluarkan.

Kadar pengangguran AS

3 April   

Angka pengangguran terkini AS menunjukkan peningkatan kadar pengangguran dari 4.4% ke 4.3%. Adakah penyejukan pasaran buruh akan menyebabkan pelabur akan beralih ke aset selamat berbanding sebelumnya?

Minit-minit FOMC

8 April   

Minit-minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS dijangka akan menerangkan keputusan ahli jawatankuasa mengenai pengekalan kadar. Para pelabur perlu mengawasi tona “hawkish” yang mengukuhkan polisi “higher for longer”, atau kejutan “dovish” berasaskan kelemahan penggajian, yang mungkin akan meningkatkan harapan pemotongan kadar faedah.

Kadar inflasi AS

10 April

Kadar inflasi AS CPI kekal pada 2.4% tahun demi tahun, sepadan dengan bulan Januari dan kekal di atas sasaran 2% Rizab Persekutuan AS. Inflasi mungkin menyokong pendirian Rizab Persekutuan AS terhadap mengekalkan kadar faedah tidak berubah. 

Undian Cadangan Perbendaharaan Cardano

14 April

Undian Cadangan Perbendaharaan Cardano bagi Orion Fund (pengeluaran 50 juta ADA ke Draper Dragon) dijangka akan selesai pada 14 April 2026. Jika diluluskan, dana tersebut akan diagihkan sebagai bahagian pertama kepada Orion Fund, satu inisiatif kerjasama permodalan yang diuruskan bersama dengan Draper Dragon.

Dana akan menjadi asas kepada jumlah dana sebanyak $80 juta, yang menyasarkan pada projek-projek permulaan ekosistem Cardano, dengan pulangan akan disalurkan semula ke perbendaharaan untuk melonjakkan rangkaian.

Keputusan kadar faedah Bank Jepun

28 April

Bank Jepun mengekalkan kadar dasar jangka pendeknya pada paras 0.75% pada bulan Mac, namun beberapa penganalisis berpendapat bahawa bank tersebut mungkin akan menaikkan kadar pada masa akan datang bagi mendahului potensi inflasi yang berpunca daripada gangguan bekalan susulan konflik di Iran. Persoalannya, bilakah ia akan berlaku? Dan adakah ini akan mendorong lebih banyak pembalikan yen carry trade?

Keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan

29 April 

Rizab Persekutuan pula mengekalkan kadar faedah semasa mesyuarat bulan Mac, dalam keadaan inflasi yang masih degil serta kejutan harga minyak global akibat konflik Iran. Kelemahan data pasaran buruh dan kebimbangan terhadap harga minyak yang semakin reda mungkin memberi harapan kepada pelabur untuk penurunan kadar pada masa hadapan. Namun buat masa ini, kira-kira 95% pelabur dalam pasaran hadapan menjangkakan kadar akan kekal tidak berubah pada bulan April, berdasarkan harga kontrak hadapan Fed Funds 30 hari.

*Maklumat ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan untuk melabur. Semua pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain disediakan sebagai komentari pasaran am untuk tujuan maklumat dan bukan sebagai nasihat pelaburan atau cadangan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas anda sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.

Adakah artikel ini berguna?

8
0