Luno membuat pelarasan jumlah kakitangan dalam menempuhi musim sejuk kripto

Ini adalah versi terjemahan petikan mesej dalaman yang dikongsi dengan kakitangan Luno pada hari ini:

Hai para Lunaut,

Seperti yang disebut dalam January Kick-Off awal tadi, dengan penuh kekesalan, saya perlu mengumumkan yang kita akan mengurangkan jumlah kakitangan Luno sebanyak 35%, dan ini akan memberi kesan kepada para Lunaut di semua negara.

2022 merupakan tahun yang amat sukar bagi industri teknologi dan khususnya pasaran kripto. Sayangnya Luno tidak kebal dengan kekucar-kaciran ini dan ia telah memberi kesan terhadap pertumbuhan menyeluruh dan jumlah pulangan kami.

Kesannya, kami terpaksa melaraskan semula fokus dalam mengekalkan posisi kami dalam pasaran teras, dan terus meletakkan asas yang kuat namun mampan terhadap syarikat, sambil kami bersedia untuk keluar dari kitaran ini dalam keadaan yang amat kukuh.

Keputusan ini akan memberi kesan terhadap beberapa individu paling bijak, paling baik dan paling rajin yang pernah saya kenali, yang telah memberikan usaha terhebat untuk membantu kami membina industri, syarikat dan budaya yang terbaik. Hati saya teramat sedih untuk berpisah dengan ramai individu hebat yang telah banyak menyumbang, dan keutamaan kami sekarang ialah untuk menguruskan pemergian ini dengan empati, simpati dan rasa terima kasih yang layak diterima oleh para Lunaut yang terkesan ini.

Bagaimana perkara ini terjadi?

Seperti yang anda tahu, sejumlah peristiwa yang tidak dijangka dan sangat ekstrim telah terjadi dan memberi kesan terhadap industri sejak beberapa bulan lepas. Ini termasuklah kemelesetan ekonomi global dan juga kemerosotan yang lebih besar dalam sektor industri. Juga, kali ini bukanlah musim sejuk kripto yang ‘biasa’, tetapi satu siri kejutan melibatkan Luna, Three Arrows dan FTX yang kesemuanya telah memberikan kesan bertindih terhadap industri ini.

Kesemua peristiwa ini telah memberi kesan kepada kami secara tidak langsung dalam beberapa sisi: sisi permodalan, persekitaran pembiayaan yang jauh lebih terhad, dengan fokus pasaran kini berubah dari pelaburan jangka masa panjang kepada keuntungan jangka masa pendek. Manakala dari sisi pengoperasian, terdapat impak negatif yang berterusan pada sentimen pasaran, pertumbuhan serta keuntungan syarikat kami, termasuklah dengan semua rakan dan pesaing.

Sementara kami menjangkakan kemelesetan sambil terus merancang perniagaan dan model pembiayaan yang boleh menjadi kebal daripada faktor-faktor ini secara proaktif, skala dan kelajuan peristiwa ini berlaku, dan semuanya berlaku pada masa yang sama, telah memberikan kesan yang jelas terhadap rancangan asal kami.

Ini bermaksud selain daripada memperkemas strategi untuk menumpukan terhadap kekuatan teras kami, kami juga perlu mengurangkan kos asas dengan ketara – termasuklah jumlah kakitangan di dalam semua pasaran kami – agar kami bersedia untuk maju ke hadapan.

Walaupun perkara ini tidak memberi kesan terhadap pelanggan atau operasi, disebabkan oleh sensitiviti dan kesilapan maklumat dalam pasaran sekarang, saya percaya yang penting untuk dijelaskan kepada semua orang yang wang milik pelanggan adalah selamat dan operasi akan terus bergerak secara normal walaupun dalam keadaan yang amat mencabar ini.

Kemanakah kita seterusnya?

Saya sedar yang berita ini mungkin akan mengejutkan ramai daripada anda, dan saya memohon maaf kerana meletakkan anda dalam posisi ini, sama ada anda terkesan terus atau tidak secara terus. Kita semua telah bersama-sama melalui perjalanan kripto ini, dan saya ingin mengucapkan terima kasih dengan setiap seorang dari anda atas sumbangan anda selama ini.

Yang penting, setiap minit yang diluangkan untuk menjayakan misi ini adalah bahagian penting dalam membina infrastruktur untuk sistem kewangan generasi seterusnya. Juga, anda semua telah bekerja keras dalam membina budaya dalaman yang amat hebat, dimana kita boleh menjumpai keseimbangan di antara cita-cita dan prestasi yang tinggi di sebelah bahu, dan kemanusiaan serta kebaikan pada bahu sebelah lagi.

Sama ada anda akan melangkah keluar dari Luno atau terus kekal bersama, kita masih sebahagian daripada pasukan yang membina semuanya bersama-sama – sesuatu yang anda boleh merasa bangga.

Walaupun hari ini merupakan hari yang sedih untuk ramai orang, penting untuk kita mengingati tujuan kita berada di sini: Sistem kewangan kini lebih ‘rosak’ daripada sebelumnya, dan dengan peningkatan gangguan dari sudut politik dan sosial yang dilihat di seluruh dunia, dan keperluan untuk wang yang lebih stabil serta sistem kewangan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Terima kasih kepada sesiapa yang telah membantu kami mencapai sejauh ini, dan juga kepada semua yang akan terus memacu misi kritikal kita dalam meletakkan kuasa kripto dalam genggaman semua orang.

Marcus 

Semak di sini jika anda ingin membaca hantaran asal dalam versi Bahasa Inggeris.

Did you find this useful?

0
0