Luno mengumumkan perubahan kepimpinan

logo luno

Artikel asal telah diterbitkan di SINI pada 22 Mac 2023.

Luno teruja untuk mengumumkan bahawa pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Marcus Swanepoel kini telah menggalas jawatan baru sebagai Pengerusi Eksekutif, manakala Ketua Pegawai Operasi, James Laningan, yang telah bersama Luno selama lima tahun, kini dilantik sebagai CEO untuk menggantikan Marcus. Selaku Pengerusi Eksekutif, Marcus akan terus bekerjasama rapat bersama James untuk memimpin beliau ke arah visi dan strategi Luno, sambil memberi fokus dalam memperluaskan senarai-senarai pelabur Luno, agar ia dapat menyokong perkembangan syarikat bagi fasa seterusnya.

“Menjadi pengasas bersama dan juga CEO bagi Luno sejak sepuluh tahun lepas merupakan satu penghormatan yang terbaik dalam kerjaya saya, dan saya teruja untuk fasa seterusnya dalam usaha meletakkan kuasa kripto dalam genggaman semua orang,” menurut Marcus. “Peluang kripto kini semakin besar dan lebih cerah daripada sebelumnya, dan James adalah seorang pegawai yang berpengalaman serta pemimpin yang hebat dengan rekod kejayaan meluas dalam perniagaan fintech seluruh dunia. Saya amat yakin dengan James, di mana beliau akan terus memperkukuhkan lagi kepercayaan pelanggan dan pihak-pihak yang terlibat, serta memacu syarikat Luno serta industri kripto agar terus maju.”

James yang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi telah berjaya membangunkan Luno sebagai satu jenama terkemuka di pelbagai pasaran, membina pasukan tempatan di Afrika, Eropah dan Asia Pasifik, dan beliau juga telah mengembangkan portfolio produk Luno, agar kripto lebih senang untuk diakses. Menerusi perkhidmatannya, James bertugas untuk menyelia jabatan Operasi, Komersial, Countries, Produk, Pemasaran dan Sokongan Pelanggan. Sebelum beliau menyertai Luno pada tahun 2018, James telah memegang jawatan kanan dalam bidang komersial, operasi dan pemasaran di pelbagai industri. Jawatan terakhir yang dipegang beliau ialah Ketua Pegawai Pemasaran di Bookatable – yang kini dikenali sebagai TheFork, merupakan platform penempahan restoran secara atas talian yang terkemuka di dunia, dan juga diperoleh oleh Michelin pada tahun 2016.

“Adalah satu keistimewaan untuk berkhidmat bersama-sama pengasas dan pemimpin yang teguh seperti Marcus, yang amat mengambil berat dalam mewujudkan impak positif terhadap pelanggan dan kakitangan,” menurut James. “Saya amat bersemangat untuk terus membantu Luno membina produk dan perkhidmatan yang membantu pelanggan dalam setiap langkah perjalanan kripto mereka dengan penuh tanggungjawab, sambil mengekalkan dedikasi Luno terhadap kepercayaan, keselamatan dan pematuhan.”

“Kami mula-mula melabur ketika Luno dalam fasa pusingan benih pada tahun 2014, diikuti dengan pemerolehannya pada tahun 2020, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Marcus untuk kempimpinan dinamiknya serta minat yang amat besar terhadap lanskap kripto, atas usahanya mengubah Luno menjadi kuasa besar aset digital,” menurut Barry Silbert, Pengasas dan CEO DCG. “Dengan kemimpinan James serta usaha kerjasama strategik daripada Marcus sebagai Pengurusi Eksekutif baru, kami berharap akan menyokong cita-cita Luno dalam perjalanannya untuk terus berkembang.”

Did you find this useful?

8
0