Panduan komprehensif: Fahami perjalanan risiko anda sebagai pelabur

Memaksimalkan profit dengan swing trading

Pelaburan memerlukan pelbagai pertimbangan terhadap faktor-faktor peribadi tersendiri, bermula dengan berapa matlamat keuntungan yang ingin dicapai dalam satu tempoh yang anda sendiri tetapkan. Matlamat-matlamat ini akan memberi kesan terus kepada jumlah risiko yang ingin diambil sepanjang perancangan perjalanan pelaburan anda.

Sebagai contoh, bagi individu yang hampir bersara, mereka akan mempunyai profil risiko yang berlainan berbanding dari individu yang baru sahaja memulakan kerjaya pertama. Mereka bermatlamat untuk mengekalkan dana yang ada untuk tahun-tahun mendatang, apabila pelaburan itulah yang akan menjadi punca pendapatan mereka. Bagi individu yang baru memulakan kerjaya, perjalanan pelaburan mereka mungkin lebih bermatlamat untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi, jadi, mereka mungkin boleh mengambil lebih risiko disebabkan terdapat lebih masa untuk menempuhi liku-liku kitaran pasaran yang seterusnya.

Persoalan berapa banyak risiko yang anda perlu ambil adalah satu perkara yang agak sukar untuk ditentukan, kerana ia berkait rapat dengan matlamat dan sesuaian anda, tetapi berikut merupakan beberapa panduan untuk membantu dalam merancang strategi pelaburan anda.

Sila ambil maklum bahawa maklumat di bawah adalah tidak berniat atau membentuk satu nasihat kewangan atau pelaburan. Sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan yang melibatkan kewangan, anda digalakkan untuk berunding dengan Penasihat Kewangan yang berlesen. Maklumat dan konten yang dipaparkan oleh Luno di bawah ialah maklumat awam. Walaupun setiap usaha dan maklumat telah disediakan dengan rapi untuk mengekalkan ketepatan maklumat, Luno tidak menjamin kesesuaian, ketepatan atau potensi nilai bagi sebarang maklumat yang dipaparkan di bawah.

Faktor utama yang memberi kesan terhadap kesesuaian risiko pelabur

Garis masa 

Lebih lama garis masa pelaburan anda, lebih lama pelaburan anda perlu pulih dari kejatuhan pasaran tetapi akan lebih menguntungkan apabila masanya tiba.

“Lebih panjang horizon masa, anda boleh menjadi lebih agresif,” menurut Denis Poljak, CFP untuk syarikat Poljak Group Wealth Management. Horizon masa mempunyai impak signifikan terhadap jumlah risiko yang boleh ditanggung oleh pelabur.

Matlamat jangka pendek biasanya memerlukan lebih strategi konservertif, disebabkan pelaburan perlu pulih dari kejatuhan harga pasaran dalam tempoh masa yang terhad, dan sebaliknya jika anda mempunyai matlamat jangka panjang.

Anggap matlamat pelaburan anda sebagai proses memasak makanan sihat. Lebih kuat api yang digunakan, lebih cepat makanan anda akan masak, tetapi terdapat risiko yang lebih tinggi untuk makanan anda terlebih masak atau hangus.

Matlamat

Portfolio pelaburan dipelbagaikan untuk melebarkan risiko menerusi beberapa jenis pelaburan, tetapi matlamat peribadi pelabur akan memberi kesan terhadap jumlah bahagian yang diagihkan pada pelaburan yang lebih berisiko, tetapi mempunyai lebih potensi untuk pulangan.

Sebaliknya, matlamat yang kurang agresif bermasud portfolio dibina dengan beberapa pelaburan yang stabil, kurang risiko, namun kurang potensi pulangan.

Kewangan 

Jumlah wang yang dijana dan boleh digunapakai akan memberi kesan terhadap jumlah yang boleh digunakan untuk matlamat pelaburan anda. Pelabur yang mempunyai pendapatan yang lebih besar (dan boleh digunakan) boleh menanggung lebih risiko.

Pelbagai kajian akademik telah membuktikan perkaitan ini. “Individu yang mempunyai pendapatan lebih tinggi mempunyai sumber yang cukup untuk memenuhi komitmen asas. Memandangkan mereka melabur wang lebihan, mereka mempunyai kapasiti yang lebih untuk menanggung risiko,” menurut satu kajian. Kajian yang sama, tetapi memetik dari kajian-kajian lain, menyimpulkan yang “terdapat hubungan positif di antara pendapatan dan tahap toleransi risiko.”

Tetapi, anda tidak semestinya perlu menunggu sehingga anda mempunyai wang yang amat banyak untuk mula melabur. Ramai pakar menyatakan yang jumlah untuk melabur untuk pendapatan bersih ialah sekitar 15%. “Secara ideal, anda akan melabur dalam sekitar 15% – 21%, selepas cukai pendapatan ditolak,” menurut Mark Henry, pengasas dan CEO bagi Alloy Wealth Management, kepada Forbes. Namun, ia masih lagi bergantung kepada individu. Semuanya berdasarkan bagaimana anda mengutamakan keperluan kewangan dan berapa banyak anda boleh melabur tanpa mengganggu komitmen kewangan anda yang lain. Bil-bil bulanan, bayaran balik hutang dan simpanan kecemasan perlu diambil kira dalam membuat keputusan pelaburan.

Kesesuaian peribadi

Terdapat pepatah dalam bidang kewangan di mana jika tidur anda tidak lena disebabkan pelaburan anda, masanya sudah tiba untuk anda menilai semula risiko dalam portfolio anda. Dalam erti kata lain, jika anda terus risau dengan kejatuhan pasaran sehingga anda tidak dapat tidur dengan lena, mungkin masanya sudah sampai untuk anda menukar portfolio pelaburan terbesar anda kepada sesuatu yang kurang terkesan dari volatiliti pasaran; sama ada kripto, saham atau pasaran lain.

Pergerakan pasaran biasanya mempunyai jangka masa pendek dan pelaburan yang lebih berisiko seperti saham, telah dibuktikan yang ia akan pulih dalam satu jangka masa panjang, tetapi ada sesetengah pelabur yang lebih mudah untuk menjadi risau, dan juga pelabur yang kurang terkesan dengan turut naik jangka pendek ini.

Jenis-jenis kesesuaian risiko

Agresif 

Apresiasi modal merupakan panggilan bagi portfolio pelaburan agresif.  

Institut Kewangan Korporat memberikan contoh pelabur yang mengikuti pendekatan pelaburan agresif, contohnya, 75% atau lebih daripada portfolio mereka adalah saham, dan bakinya adalah pelaburan lain seperti bon yang kurang terdedah pada volatiliti pasaran.

Beberapa penasihat kewangan juga telah melihat pada pengagihan satu bahagian kecil dari pempelbagaian portfolio pelaburan kripto. Penasihat Forbes telah merujuk pada laporan CFA Institute Research Foundation yang melihat pada impak Bitcoin pada portfolio yang dipelbagaikan di antara Januari 2014 hingga September 2020. “Dalam tempoh ini, pengimbangan semula setiap suku sebanyak 2.5% terhadap Bitcoin menaikkan pulangan Bitcoin berbanding portfolio tradisional, dengan sehingga 24%,” menurut penerbitan tersebut.

“Lebih kurang 15% dari pejabat-pejabat pengurusan kewangan keluarga di seluruh dunia telah mempunyai pendedahan terhadap kripto,” menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh Goldman Sachs. Pejabat-pejabat pengurusan kewangan ini merupakan firma kewangan yang khusus untuk pengurusan pelaburan berkaitan keluarga, termasuklah pengagihan aset dan percukaian. Separuh dari pejabat pengurursan kewangan keluarga yang ditinjau pada tahun ini menyatakan yang mereka ada mempertimbangkan untuk melabur matawang kripto di masa depan.

Sederhana 

Pendekatan sederhana ini juga dikenali sebagai strategi seimbang. “Strategi yang seimbang merujuk pada pendekatan pengagihan portfolio yang bermatlamat untuk mendapatkan keseimbangan di antara risiko dan keuntungan,” seperti yang dinyatakan oleh Moneyzine. “Portfolio pelaburan yang seimbang biasanya mengandungi campuran ekuiti dan sekuriti pendapatan yang tetap.” Pelabur yang mempunyai tahap risiko sederhana biasanya akan menyeimbangkan pelaburan yang lebih berisiko dengan pelaburan yang lebih selamat seperti bon atau tunai, yang lebih bermatlamat untuk pengekalan dana.

“Matlamat mereka andalah untuk menyeimbangkan peluang dan risiko,” menurut penasihat kewangan, Justin Pritchard dari Approach Financial. “Klien sering menyatakan yang “Saya ingin pulangan tinggi dengan risiko yang rendah”. Sayangnya, ianya mustahil. Pempelbagaianpastinya boleh meningkatkan peluang anda, tetapi akhirnya anda perlu memutuskan sama ada anda ingin mengutamakan perkara lain (atau jika anda gembira dengan tahap risiko sederhana),” menurut Pritchard.

Portfolio yang seimbang mungkin akan dibahagikan sama rata dengan ekuiti dan bon, menurut Robin Bowerman, ketua Perhubungan Korporat di Vanguard Australia, dalam satu hantaran blog.

Konservatif 

Pelabur yang ingin mengekalkan kekayaan mungkin lebih menggemari pendekatan pelaburan konservatif yang lebih cenderung kepada bon dan tunai, dengan anggaran separuh dari portfolio merupakan bon, dan selebihnya merupakan ekuiti dan tunai, menurut Forbes.

Dana pelaburan konservatif Discovery di Afrika Selatan, contohnya, bermatlamat untuk menyediakan pulangan yang mengatasi inflasi (4-6%) dengan 2%, dengan penanda aras 5-tahun sekitar 6%.

Semak dan laraskan

Pelaburan ialah satu proses berterusan yang memerlukan semakan dan pelarasan berkala. “Faktor kejayaan utama, dari pandangan saya, bukanlah gerak hati, bakat atau nasib,” menurut Dirk Steinhoff, Ketua Pegawai Pelaburan di BFI Capital, sebuah syarikat pengurusan kekayaan, dalam satu hantarannya pada laman web syarikat. “Faktor utama ialah penetapan terhadap proses pelaburan yang jelas dan terus dipertingkatkan.”

Did you find this useful?

0
0