Ringkasan Minggu Lepas: SWIFT dan EU menetapkan rangka kerja terbaru bagi matawang digital

Sorotan berita, angka dan peristiwa yang berlaku dalam industri kripto.

Berita terbesar minggu ini

SWIFT telah menetapkan rangka tindakan bagi rangkaian matawang digital bank pusat

Penyedia sistem pemesejan kewangan SWIFT telah mengeluarkan rangka tindakan bagi rangkaian matawang digital bank pusat global (CBDC).

Eksperimen yang melibatkan bank pusat Perancis dan Jerman telah melihat bagaimana CBDC boleh digunakan dalam ruang antarabangsa. Menurut pengiraan CBDC Atlantic Council, terdapat 105 negara yang mewakili 95% GDP dunia sedang berminat dengan CBDC.

EU telah menetapkan rangka kerja sah bagi Bitcoin dan matawang kripto

Kesatuan Eropah (EU) telah bersetuju pada rangka kerja sah bagi Bitcoin dan matawang kripto yang dikenali sebagai Markets in Crypto Asset Regulation (MiCA), menurut CoinDesk.

Peraturan kripto EU ini “akan memastikan keharmonian pasaran, menyediakan kepastian bagi penerbit aset kripto, menjamin ruang kerja yang adil untuk penyedia perkhidmatan dan memastikan piawaian yang tinggi terhadap perlindungan pengguna,” kata Stefan Berger, ketua penggubal undang-undang tentang peraturan tersebut.

India bercadang untuk melancarkan projek perintis matawang Rupee dalam bentuk digital

Reserve Bank of India (RBI) bakal melancarkan projek perintis bagi matawang Rupee dalam bentuk digital yang disokong oleh bank pusat, berdasarkan kertas konsep yang dikeluarkan minggu lepas.

Hasil dari projek perintis ini akan dilaksanakan pada rekaan terakhir dan berfokuskan untuk melengkapkan berbanding menukar terus bentuk wang sedia ada. Usaha ini akan menambah kaedah pembayaran terhadap pelanggan, memberikan pelanggan lebih pilihan untuk membuat bayaran.

Brazil mencapai rekod tertinggi bagi jumlah syarikat yang mengisytiharkan pegangan matawang kripto

Brazil telah merekodkan jumlah tertinggi bagi syarikat yang mengisytiharkan pemilikan matawang kripto pada bulan Ogos, menurut angka yang dikeluarkan oleh Penguatkuasa Cukai Brazil (RFB).

RFB akan melaporkan mengenai pergerakan jumlah pernyataan mandatori tentang pemilikan kripto kepada pasaran setiap bulan. Pada bulan Ogos, lebih 12,000 syarikat telah didaftarkan, berbanding hanya 11,360 pada bulan Julai.

_____________________________________________________________________

Bacaan Panjang

Solana ialah sebahagian dari rantaian blok kontrak pintar generasi ketiga. Tetapi, siapakah tunjang utama bagi rangkaian yang baru dianggap setahun jagung ini?

_____________________________________________________________________

Rangkuman angka dan prestasi

240.208 TH/s – Anggaran jumlah terahashes per saat (TH/s) pada rangkaian Bitcoin, yang telah mencapai all-time high pada minggu lepas. Kadar hash perlombongan merujuk kepada kuasa pengkomputeran yang digunakan untuk melombong dan menguruskan transaksi pada rangkaian Bitcoin. Data terbaru ini menunjukkan yang pelombong Bitcoin secara asasnya tidak terkesan dengn musim sejuk kripto yang sedang berlaku.

83% – Kadar inflasi di Turki, paling tinggi dalam tempoh 24 tahun.

5,000 BTC – Kapasiti terkini bagi penyelesaian layer-2 Bitcoin, iaitu Rangkaian Lightning. Ia kini bernilai lebih dari $100 juta, 25% peningkatan dalam masa empat bulan.

_____________________________________________________________________

Kapsul masa kripto

____________________________________________________________________

Trivia Kripto

Apakah perbezaan di antara Solana dan Ethereum?

Kedua-dua platform ini kelihatan sama dari segi perkhidmatan yang ditawarkan, tetapi bagi mana-mana syarikat yang sedang bersaing pada pasaran yang sama, pastinya terdapat perbezaan di antara kedua-duanya.

_____________________________________________________________________

Berbaloi untuk ditonton

Apakah perbezaan di antara proof-of-work dan proof-of-stake? Jason Lowery, penyelidik sekuriti dari Jabatan Pertahanan (Department of Defense), menerangkan bagaimana kaedah-kaedah ini menjadi tulang belakang matawang kripto. Tonton *temubual di sini.

*Video adalah dalam Bahasa Inggeris

Did you find this useful?

1
0