Ringkasan Minggu Lepas: Ulang tahun kertas putih yang ke-15, kecerdasan buatan dalam pembangunan

Berita Kripto Mingguan: Hari jadi ke-15 white paper Bitcoin

Kami menampilkan sorotan-sorotan padat dan ringkas, mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam industri kripto.

Berita menarik minggu lepas

Kertas putih Bitcoin menyambut ulang tahun ke-15  

  • Pada minggu lepas, 15 tahun dahulu, Satoshi Nakamoto menerbitkan kertas putih Bitcoin. Sejak hari itu, Bitcoin mula berevolusi dari rangkaian bayaran alternatif, menjadi nilai simpanan.
  • “Rangkaian ini teguh dalam kesederhanaan yang tidak berstrukturnya” tulis Nakamoto dalam kertas putih Bitcoinnya.
  • 15 tahun kemudian, rangkaian teguh dan tidak berpusat ini terus mencabar persepsi masyarakat dalam kewangan.
  • “Protokol Kebolehoperasian Merentas Rantaian (CCIP) Chainlink digunakan untuk mengurangkan ketidakcekapan dalam ekosistem perdagangan global,” menurut The Defiant.
  • Kerjasama ini melibatkan syarikat telekomunikasi gergasi Vodafone, Chainlink Labs, Sumitomo Corporation dan InnoWave.
  • “Penglibatan penyedia infrastruktur berkelas dunia seperti Vodafond DAB terhadap ekosistem pengoperasian nod rangkaian Chainlink membantu memberikan lebih banyak data luar rantaian dan komputasi yang selamat terhadap Rangkaian Chainlink untuk menyokong ekonomi rantaian blok yang lebih luas,” menurut Thomas Trepanier, Ketua Pasaran Modal Chainlink Labs.

Biden menandatangan arahan eksekutif untuk menguruskan pembangunan kecerdasan buatan

  • “Untuk merealisasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan mengelakkan risiko, tatakelola kerajaan terhadap teknologi ini adalah diperlukan,” menurut Joe Biden, Presiden AS pada minggu lepas, sebelum menandatangan arahan mengenai pengurusan kemajuan pembangunan kecerdasan buatan.
  • “Arahan ini ialah langkah awal untuk memastikan teknologi tersebut boleh dipercayai dan berguna, berbanding digunakan untuk penipuan dan kemusnahan,” lapor AP.

Bank pusat AS mengekalkan kadar faedah

  • Jerome Powell, pengerusi Rizab Persekutuan AS mengatakan bahawa mereka akan mengekalkan kadar faedah. Ia merupakan hasil dari semua mesyuarat yang dijalankan sebelumnya.
  • “Sejak pelancaran siri-siri kenaikan faedah yang agresif selama 4 dekad pada Mach 2022 dalam usaha untuk membanteras inflasi, Rizab Persekutuan membuat keputusan untuk menaikkan kadar sekali sahaja sejak Mei,” lapor AP.
  • Nilai Bitcoin meningkat lebih dari 2% pada hari seterusnya, serta nilai altcoin turut meningkat – nilai Solana meningkat lebih kurang 12% dalam satu malam.

Pengurangan angka pekerjaan di AS mungkin menyebabkan pengurangan kenaikan faedah, menurut pakar penganalisis

  • Angka pekerjaan di AS menunjukkan kenaikan perkembangan pekerjaan dengan satu amaun yang kecil sejak Jun 2021.
  • Kenaikan angka ini menyebabkan ramai pakar penganalisis percaya bahawa Bank Rizab Persekutuan tidak berkemungkinan untuk meningkatkan kadar faedah dalam beberapa bulan seterusnya.
  • “Hasil dari bon meurun, dan pedagang kontrak yang terikat dengan kadar polisi Rizab Persekutuan kini melihat hanya terdapat 10% peluang kenaikan kadar faedah pada Januari, yang sebelum ini menunjukkan 30%,” lapor Reuters.
  • Angka pekerjaan merupakan petunjuk penting terhadap kesihatan keseluruhan ekonomi. Peningkatan kadar pekerjaan menunjukkan ekonomi yang kukuh dengan potensi untuk peningkatan perbelanjaan pengguna dan perkembangan ekonomi, yang mana boleh mempercepatkan penggubal polisi untuk menimbangkan kenaikan kadar faedah dalam mengelakkan inflasi. Sebaliknya, pengurangan angka pekerjaan boleh menunjukkan cabaran ekonomi, menyebabkan penggubal polisi mengurangkan kadar faedah dan menggalakkan pinjaman dan ansuran untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti ekonomi.

Bacaan panjang

Kalendar ekonomi: peristiwa penting bulan November


Rangkuman prestasi dan angka

3.70% – Kadar inflasi semasa di AS.

7.1% – Kadar inflasi di AS pada Nomember tahun lepas.

32 – Baki jumlah keseluruhan Bitcoin Halving, dengan 29 halving lagi seterusnya. Halving seterusnya dijangkakan akan berlaku pada April 2024.

22.3 billion – Jumlah koin ADA semasa yang dijadikan Stake.


Trivia kripto

5 kaedah untuk menyimpan selain akaun simpanan


Lindungi kripto anda

Langkah pertama untuk melindungi diri anda terhadap scam ialah kekal peka terhadap kaedah-kaedah baru penjenayah ini melakukan kerja jenayah mereka. Kami di sini sedia membantu anda.

Apa itu penipuan di media sosial?

*Maklumat ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan untuk melabur. Semua pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain disediakan sebagai komentari pasaran am untuk tujuan maklumat dan bukan sebagai nasihat pelaburan atau cadangan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas anda sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.

Did you find this useful?

0
0