Setahun lagi sebelum halving, dan apakah kesannya terhadap harga Bitcoin?

Apa yang terjadi ketika investor mengambil posisi long atau short pada Bitcoin?

Anggaran dalam setiap empat tahun, ganjaran Bitcoin yang diberikan kepada pelombong akan dipotong separuh untuk memastikan bekalan Bitcoin tidak memberi kesan menurun terhadap nilainya. Peristiwa ini dikenali sebagai halving, dan mengikut sejarah, setiap peristiwa halving yang berlaku memberikan impak besar terhadap harga Bitcoin itu sendiri.

Halving pertama telah menunjukkan kenaikan harga lebih dari 8,000% daripada tahap sebelum halving. Nilai Bitcoin juga meningkat lebih kurang 3,000% dalam kitaran halving kedua pada tahun 2016. Halving terakhir pada tahun 2020 telah diikuti dengan bull run yang merekodkan harga tertinggi hampir $69,000.

Adakah halving keempat pada bulan April 2024 akan memberikan hasil yang sama?

Apakah sebab berlakunya halving

Peraturan bekalan dan permintaan menyatakan bahawa satu-satu aset dengan bekalan yang terhad, secara amnya, boleh dianggap lebih bernilai berbanding aset yang bekalannya tidak terhad.

Perkara ini benar bagi emas, berlian, karya seni, dan menurut teori, beberapa jenis matawang kripto. Bekalan Bitcoin hanya terhad sehingga 21 juta unit sahaja dalam edaran, dan tiada lagi koin baru yang akan dikeluarkan apabila had ini dicapai pada tahun 2140.

Jika bekalan Bitcoin terus meningkat sepertimana dahulu, bekalan yang terhad ini akan memacu kenaikan harga disebabkan pelabur sanggup untuk membayar lebih untuk baki-baki koin yang tinggal.

Pencipta Bitcoin telah memberi bayangan sebab-sebab politik mereka dalam penciptaan protokol dengan meninggalkan satu klu dalam penciptaan blok pertama – sebagai tajuk utama dalam sebuah akhbar “The Times 03/Jan/2009 Chancellor on brink of second bailout for banks” atau “The Times 03/Jan/2009 Canselor berada di ambang nasihat kedua untuk bank”. Adakah bekalan terhad Bitcoin boleh dilihat sebagai ‘ubat’ terhadap polisi monetari kerajaan yang biasanya menuju ke arah inflasi? Ramai yang bersetuju.

“Tujuan halving ialah untuk mengekalkan keterhadan Bitcoin dan mengelakkan inflasi,” menurut Blockchain Council. “Keterhadan ini merupakan sebab mengapa Bitcoin sentiasa dibandingkan dengan emas sebagai nilai simpanan.”

Menurut JP Morgan baru-baru ini, halving pada tahun depan telah menarik minat pelabur baru terhadap koin tersebut. “Secara mekanikal, [Peristiwa halving] akan menggandakan kos pembuatan Bitcoin sekitar $40,000, dan akan menghasilkan kesan psikologi positif,” menurut bank tersebut, menerangkan yang kos penghasilan BTC, mengikut sejarah, telah bertindak sebagai halangan rendah yang efektif terhadap harganya.

Apakah kesan halving

Pelombong akan mengesahkan satu blok transaksi pada rantaian blok dalam setiap 10 minit dan menerima 6.25 BTC sebagai ganjaran. Halving pada tahun 2024 akan memotong ganjaran mereka kepada 3.125 BTC.

Kiraan ringkas 

  • Anggaran 114 blok ditambah pada rantaian blok pada setiap hari
  • Ini bermaksud 900 BTC dilombong setiap hari
  • Pemotongan separuh daripada jumlah akan menyebabkan supply shock – kesan daripada halving

Psikologi pasaran juga mempunyai peranan. Sebaik sahaja naratif deflasi tersebut diterima dan lebih ramai orang membeli Bitcoin, ia akan menyebabkan kenaikan permintaan, yang mana ia akan menjadikan bekalan semakin terhad. Berdasarkan tulisan Bitcoin Magazine, “Tesis utama kami ialah halving menyebabkan peristiwa peningkatan permintaan dalam Bitcoin, disebabkan oleh peserta pasaran menjadi lebih peka terhadap sifat Bitcoin yang terhad.”

Apakah kesan terhadap harga Bitcoin daripada kitaran halving lepas?

Pasaran dahulu mengambil sedikit masa untuk memproses peristiwa halving, dan kelewatan di antara 6 hingga 12 bulan sering diilihat di antara peristiwa halving dengan kenaikan harga yang signifikan.

Kami telah menyenaraikan harga BTC ketika halving berlaku dan kemuncaknya pada setahun selepas halving berlaku. Kenaikan-kenaikan ini biasanya diganggu oleh turun naik harga dan tidak semestinya kekal pada tahap kenaikan ini. Tapi yang pastinya, tiada kejatuhan nilai harga BTC sejak dari satu halving ke satu halving seterusnya.

Halving pertama (November 2012) 

Ganjaran yang dipotong: 50 ke 25

Harga ketika halving: $12

Kenaikan BTC tertinggi tahun seterusnya: $1,152 

Halving kedua (Julai 2016) 

Ganjaran yang dipotong: 25 ke 12.5

Harga ketika halving: $650

Kenaikan BTC tertinggi tahun seterusnya: $19,118

Halving ketiga (Mei 2020)

Ganjaran yang dipotong: 12.5 ke 6.25

Harga ketika halving: $8,500

Kenaikan BTC tertinggi tahun seterusnya: $67,549

Halving keempat (jangkaan April 2024)

Bitcoin telah dilihat mengalami kenaikan dan penurunan serius sejak 2009, dan harganya terus meningkat daripada satu halving ke satu halving seterusnya. Pelabur dan penganalisis sering mengatakan yang sejarah tidak berulang tetapi, ia seirama. Menurut sejarah, peristiwa halving tidak boleh dielakkan, namun adakah ia akan memberikan kesan yang sama di masa depan?

Soalan lazim 

Bagaimana halving berlaku? 

Halving dikodkan dalam perisian yang menggerakan rangkaian Bitcoin.

Bagaimana tarikh halving seterusnya ditentukan? 

Halving berlaku bagi setiap 210,000 blok yang dilombong pada rantaian blok. Bitcoin direka untuk menyelaraskan kesukaran untuk melombong blok baru sebagai respons terhadap jumlah pelombong yang aktif dalam rangkaian tersebut. Ini dibuat untuk memastikan blok baru yang ditambah pada rantaian berada pada kadar yang tetap – satu blok dalam setiap 10 minit. Maksudnya, mustahil untuk menetapkan tarikh sebenar bagi halving seterusnya, tetapi mengikut perkadaran, ia dijangka akan berlaku pada akhir bulan April 2024.

Halving Bitcoin pertama terjadi pada 210,000 ketinggian blok. Halving kedua berlaku pada 420,000 ketinggian blok manakala halving ketiga berlaku pada 630,000 ketinggian blok. Halving seterusnya dijangka akan berlaku pada nombor blok mencecah 840,000.

Adakah halving akan mengganggu simpanan BTC saya? 

Selain daripada naik turun harga, halving tidak akan memberi kesan terhadap jumlah dan sifat BTC yang anda miliki.

Jika tiada lagi Bitcoin baru, bagaimana pelombong akan diberi ganjaran? 

Selepas 21 juta koin dilombong, pelombong akan diberikan ganjaran dengan caj rangkaian. Ganjaran akan menjadi lebih banyak jika rangkaian semakin sibuk.

Adakah masih relevan dari segi kewangan jika ganjaran Bitcoin dipotong dalam setiap empat tahun?

Ya, menurut teori dan berdasarkan sejarah, kenaikan harga dengan setiap halving telah menyeimbangkan kerugian daripada slashing. Teknologi perlombongan telah menjadi lebih efisyen saban tahun, dan lebih murah untuk dilaksanakan. Maka, evolusi ini dijangka akan terus berlaku pada masa depan.

Adakah artikel ini berguna?

9
0