5 perkara untuk dipertimbangkan apabila melabur dalam matawang kripto

Liburan Bebas Stres? Ini 5 Tips Mengatur Budget Liburan!

Pelaburan bukanlah hanya carta rumit dan terma-terma kewangan yang sukar difahami. Selalunya, pelaburan ialah pembangunan cara-cara untuk mencapai matlamat dan kekal fokus.

Berikut merupakan beberapa pertimbangan utama apabila anda merancang perjalanan pelaburan kripto. Ingat, tiada jaminan pada mana-mana strategi pelaburan yang ia akan membuahkan hasil yang dirancang, dan senarai pertimbangan di bawah adalah sekadar panduan untuk menguruskan risiko yang terlibat dalam pelaburan matawang kripto.

Lakukan kajian anda sendiri

Sebarang rancangan pelaburan perlu bermula dengan kajian yang betul, sama ada anda membeli rumah, saham dalam syarikat atau melabur dalam matawang kripto.  

Apa yang patut saya kaji?

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilihat apabila anda membuat kajian mengenai satu-satu projek matawang kripto, tetapi, penting untuk mengetahui yang tidak semestinya projek tersebut akan berjaya walaupun semua kotak-kotak kriterianya ditanda. Juga, jika ada beberapa kotak kriteria yang tidak ditanda, tidak semestinya projek tersebut tidak sahih.

Baca kertas putih

Kertas putih biasanya dipenuhi dengan pelbagai maklumat rumit. Jangan risau jika anda tidak memahami semua teknikaliti, tetapi kertas tersebut akan menyediakan maklumat berharga mengenai penggunaan matawang kripto tersebut, masalah yang ingin diselesaikan dan potensinya untuk dilaburkan.

Kertas putih Bitcoin menerangkan bentuk wang digital baru yang boleh dihantar di antara pihak-pihak berbeza, tanpa memerlukan bank atau sebarang pihak tengah. Penggunannya dilihat sebagai revolusioner dan sahih, merupakan sebab Bitcoin menjadi kripto terkemuka berdasarkan permodalan pasaran.

Lihat penerangan yang teliti dan jelas, serta road map jelas untuk pembangunan masa depan.

Pasukan dan penasihat

Kaji pasukan yang menjayakan projek tersebut, termasuklah latar belakang, pengalaman dan rekod jejak mereka. Cari penasihat yang boleh dipercayai, yang dikenali dalam industri serta mempunyai reputasi yang baik.

Penerimaan dan kerjasama 

Penerimaan yang meluas serta kerjasama dengan syarikat serta organisasi yang terkemuka dan boleh bereputasi ialah satu petunjuk baik yang viabiliti dan potensi perkembangan projek tersebut di masa depan.

Persekitaran kawal selia dan undang-undang

Cari pelaburan yang mematuhi dengan undang-undang dan kawal selia sedia ada, dan juga komitmen terhadap ketelusan dan akauntabiliti.

Kesihatan kewangan

Semak kesihatan kewangan projek matawang kripto yang anda ingin melabur, termasuklah ekonomi token, pengagihan token serta sumber dana. Cari model kewangan mampan yang boleh menyokong daya maju protokol untuk jangka masa panjang. Coingecko ialah sumber yang baik untuk mencari maklumat seperti ini.

Belajar dengan Luno

  • Daily Briefing – Artikel mesra pembaca ini menerangkan satu persatu pergerakan dalam industri matawang kripto. Ini termasuklah angka-angka penting serta metrik yang digunakan oleh pelabur untuk mendapatkan sentimen pasaran. *tersedia dalam Bahasa Inggeris sahaja
  • Portal pembelajaran – Sama ada anda pemula atau pakar, kami menyediakan pelbagai artikel yang penuh maklumat mengenai matawang kripto, rantaian blok dan pelaburan.

Purata Kos Dolar (DCA)

Purata kos Dolar ialah cara yang mudah untuk mula melabur dalam matawang kripto, kerana ia menyingkirkan banyak ketidakpastian yang terlibat dalam cubaan menjangka pasaran.

Dengan kaedah purata kos dolar, anda melabur dengan jumlah yang tetap pada selang masa yang tetap, dengan matlamat untuk pelaburan jangka panjang. Dengan melabur secara berkala, pelabur akan membeli lebih kripto apabila harga jatuh dan kurang kripto apabila harga menaik. Selepas satu tempoh masa, kos pelaburan tersebut akan setara. Teknik DCA juga menggalakkan tabiat menyimpan dan mempunyai potensi untuk mengubah volatiliti pasaran kepada satu peluang. Ini juga merupakan salah satu cara untuk melebarkan risiko pelaburan, oleh itu ia akan meratakan volatiliti pasaran selepas satu tempoh masa.

Contoh

  • Sarah ingin melabur $100 dalam Bitcoin
  • Berbanding dari membeli Bitcoin bernilai $100 pada harga $25,000 untuk satu Bitcoin, Sarah melabur $10 setiap bulan selama 10 bulan.
  • Pada masa ini, harga Bitcoin naik turun di antara $16,000 dan $25,000, namun dengan membuat purata kos dolar untuk semua pelaburannya sepanjang 10 bulan tersebut, Sarah boleh membeli lebih Bitcoin berbanding dari jika dia mencuba untuk menjangka pasaran dan terus melabur dengan jumlah yang besar.
  • Prinsip yang sama terpakai jika Sarah terus melakukan DCA. Dengan melabur amaun yang sama pada selang masa yang sama, Sarah boleh menyamaratakan untung rugi sepanjang perjalanan pelaburannya.

DCA dengan Luno 

Menetapkan belian ulang dengan Luno membolehkan anda membeli kripto pada selang masa yang sama – bulanan, mingguan atau harian. Belian ulang boleh diakses pada semua tahap pelaburan.

Kepelbagaian

Berbanding dari meletakkan semua telur dalam satu bakul, anda boleh pertimbangkan untuk mempunyai percampuran matawang kripto terkemuka. Ini akan membantu anda melebarkan risiko pada matawang kripto.

Contoh

  • Jay melabur sebanyak $100 dalam matawang kripto – Kripto A. Nilainya jatuh menjadi separuh dalam satu malam, jadi nilai portfolio Jay kini ialah $50
  • Stephanie juga melabur sebanyak $100, TETAPI dia mempelbagaikan pelaburannya secara sama rata kepada tiga jenis matwang kripto – Kripto A, Kripto B dan Kripto C.
  • Harga Kripto A menjatuh menjadi separuh, harga Kripto B kekal sama dan harga Kripto C naik sekali ganda. 
  • Ini bermaksud pelaburan dalam portfolio Stephanie masih bernilai $100 kerana kerugian pada Kripto A telah menyeimbangkan pelaburannya dengan matawang kripto lain.

Pelbagaikan pelaburan anda dengan Luno

Belian pelbagai membolehkan anda membeli semua matawang kripto popular kami, atau semua matawang kripto Luno dengan satu pembelian.

Atau anda boleh memilih koin-koin yang ingin dibeli dan jumlahnya akan dibahagikan secara sama rata pada semua matawang kripto yang dipilih. Dengan ini, anda telah melebarkan risiko pelaburan kripto anda.

Jangan buat pembelian atau penjualan panik

Salah satu kesalahan terbesar yang dibuat oleh pelabur baru ialah membeli atau menjual berdasarkan naik turun pasaran jangka pendek. Ini dipanggil pembelian panik dan penjualan panik.

Ketika penjualan panik, pelabur berisiko untuk menjual saham atau matawang kripto pada harga yang lebih rendah berbanding nilai asal yang dibayar sebelumnya. Bagi pembelian panik pula, pelabur biasanya membeli aset apabila harganya melampau, yang juga dikenali sebagai buying the top. Anda boleh mengurangkan risiko pembelian panik dan penjualan panik melalui rancangan pelaburan jangka panjang dan menggunakan kaedah DCA.

Faedah kompaun

Faedah kompaun ialah faedah pada faedah yang diterima dari jumlah pelaburan awal. Lebih lama anda mengekalkan pelaburan, lebih banyak pulangan yang akan dikumpul dan berkembang. Ini bermaksud, walaupun anda bermula dengan satu pelaburan kecil, dalam satu tempoh, ia akan berkembang besar jika anda terus sabar dan berdisiplin.

Contoh

  • Wendy melabur $1,000 dan menerima purata 5% faedah kompaun selama 10 tahun
  • Pada akhir tahun pertama, jumlahnya ialah $1,050
  • Pada akhir tahun kedua, jumlahnya ialah $1,102.50.
  • Pada akhir tahun kesepuluh, jumlahnya akan menjadi lebih kurang $1,629.

Bagaimana untuk menerima ganjaran dengan kripto?

Sama seperti melabur dalam saham syarikat, anda tidak menerima faedah terus daripada pelaburan matawang kripto. Tetapi, anda boleh menjadikan kripto bekerja untuk anda dengan membuat pertaruhan dalam rangkaian matawang kripto yang menggunakan mekanisme proof-of-stake untuk melindungi rangkaian dan mengesahkan transaksi. Dengan membantu dalam melindungi rangkaian, anda akan menerima ganjaran daripada amaun yang ditaruh.

Koin-koin yang ditaruh diletakkan di dompet istimewa yang membantu melindungi dan mengesahkan transaksi dalam rangkaian matawang kripto. Anda boleh mempertaruhkan koin secara individu, atau menyertai kolam pertaruhan, di mana ramai individu akan menggabungkan koin-koin mereka untuk memberi impak yang lebih besar pada rangkaian.

Did you find this useful?

6
0