Apa itu staking?

‘Staking’ atau Pertaruhan ialah salah satu kaedah untuk mendapatkan matawang kripto yang lebih dengan membantu mengesahkan transaksi matawang kripto. Anda boleh mempertaruhkan matawang kripto dalam projek-projek yang menggunakan konsensus mekanisme proof-of-stake untuk memproses transaksi, seperti Ethereum atau Cardano.
Mekanisme konsensus proof-of-stake memerlukan peserta untuk aktif dalam meletakkan matawang kripto mereka agar rangkaian matawang kripto tersebut selamat. Untuk membolehkan kebolehan mengesahkan transaksi dan menerima ganjaran, anda perlu meletakkan sedikit amaun matawang kripto sebelum anda boleh menyertainya.
Kaedah ini berkesan sebagai deposit untuk memastikan anda mengesahkan transaksi yang betul. Jika anda melakukannya dengan betul, anda akan mendapat ganjaran. Jika anda mengesahkan data yang tidak sah atau palsu, anda akan kehilangan pertaruhan anda sebagai penalti.
Apa itu pengesah?
Apakah matawang kripto yang menggunakan proof-of-stake?
Bagaimana untuk bertaruh matawang kripto?
Apa akan jadi pada wang yang dipertaruhkan?
Apa itu pengesah?
Setiap matawang kripto mempunyai satu pangkalan data yang menyimpan semua transaksi — dan ini dikenali sebagai rantaian blok. Rantaian blok perlu boleh menjejak dan merekodkan semua transaksi yang dibuat menggunakan matawang kripto dengan selamat dan secara kronologikal. Perkara ini hanya boleh berlaku jika peserta rangkaian bersetuju yang setiap blok transaksi adalah sah.
Apabila anda mempertaruhkan matawang kripto, anda akan menjadi pengesah. Untuk melayakkan diri anda sebagai pengesah bagi rangkaian matawang kripto yang menggunakan mekanisme proof-of-stake, pengesah perlu ‘lock-up’ atau bertaruh sejumlah matawang kripto sebagai cagaran.
Jika pengesah cuba melakukan perkara yang mencurigakan seperti mengesahkan transaksi palsu, rangkaian boleh mengenakan penalti dengan memusnahkan pertaruhan mereka yang dipanggil sebagai ‘slashing’, walaupun terdapat kaedah-kaedah lain dalam penalti. Secara mudah, rangkaian ini akan ‘menghukum’ peserta yang melanggar peraturan dan memberi ganjaran jika mereka mengesahkan transaksi yang sah – ini memastikan intergriti rantaian blok tersebut kekal selamat.
Perkara yang berbeza pula bagi matawang kripto yang menggunakan proof-of-work seperti Bitcoin. Pada rantaian blok PoW, pihak-pihak yang mengesahkan transaksi (yang dikenali sebagai pelombong) akan bersaing untuk menyelesaikan soalan matematik kompleks dalam usaha mengesahkan transaksi dan mencipta blok baru, yang selalunya diselesaikan menggunakan kaedah ‘blunt force’, yang memerlukan kemampuan komputer untuk menjadi yang pertama dalam menyelesaikan soalan tersebut. Kaedah ini masih memerlukan sumber dan ganjaran yang amat signifikan, tetapi lebih susah untuk orang biasa untuk menyediakannya.
Apakah matawang kripto yang menggunakan proof-of-stake?
Jawapan mudah ialah – banyak. Proof-of-stake ialah kaedah yang kedua paling banyak digunakan untuk mencapai persetujuan pada rangkaian matawang kripto.
Beberapa matawang kripto yang tersedia di Luno, yang menggunakan POS ialah:
Bagaimana untuk bertaruh matawang kripto?
Setiap rangkaian matawang kripto menetapkan satu amaun minimun sebagai kelayakan pengesah. Jumlah terkini bagi Ethereum ialah 32 Ether, lebih kurang $40,000 pada harga semasa. Oleh kerana tidak ramai yang mempunyai wang sebanyak ini, beberapa platform matawang kripto menawarkan kolam pertaruhan, yang mana mereka mengumpul dana pelanggan dan mempertaruhkan kripto bagi pihak mereka. Sebagai ganjaran, pelanggan boleh menerima faedah daripada amaun yang dipertaruhkan.
Apa akan jadi pada wang yang dipertaruhkan?
Koin yang dipertaruhkan dipegang pada dompet khas yang membantu melindungi dan mengesahkan transaksi dalam rangkaian matawang kripto. Anda boleh mempertaruhkan koin secara individu atau menyertai kolam pertaruhan, yang mana ramai pengguna akan menggabungkan koin untuk memberi impak yang lebih besar kepada rangkaian, dan mendapatkan lebih ganjaran. Ini bermaksud wang ini tidak tersedia untuk digunakan atau dihantar sehingga pengguna tersebut memutuskan untuk menarik pertaruhan atau sudah mencapai penghujung tempoh masa yang ditetapkan.