Memahami fungsi Layer-1

Memahami Layer-1

Layer 1 (L1) ialah rangkaian desentralisasi untuk transaksi matawang kripto dilakukan dan data transaksi diproses serta disimpan – sama ada transaksi itu dilakukan oleh pengguna rangkaian Layer 1 atau dari aplikasi kripto lain yang dibina di atasnya. L1 biasanya merangkumi rantaian blok, namun boleh digunakan oleh struktur-struktur pangkalan data agihan lain seperti graf asiklik (DAG). 

Melalui artikel ini, kita akan menyelami lagi perihal Layer-1, bagaimana ia berfungsi dan perbezaan di antara Layer-2 dan Layer-2.

Apa itu Layer-1?

Layer-1, yang juga dikenali sebagai lapisan protokol atau lapisan rantaian blok, berperanan sebagai lapisan asas bagi matawang kripto – kerana ia menyediakan infrastruktur bagi aplikasi kripto dan protokol-protokol lain dengan memproses semua transaksi dan peristiwa yang dilakukan dalam ruangan aplikasi desentralisasi. Fungsi Layer-1 adalah hampir sama seperti sistem pengoperasian iOS, iaitu sistem yang menempatkan pelbagai aplikasi. Ethereum ialah salah satu contoh fungsi Layer-1 yang mempunyai peranan utama sebagai sistem pengoperasian untuk aplikasi desentralisasi yang dibina di atasnya.

Fungsi Layer-1 juga, dalam sesetengah kes, bukan sahaja berperanan sebagai lapisan asas, namun satu-satunya lapisan dalam sistem. Sebagai contoh, Layer-1 pada matawang kripto Bitcoin direka khas untuk transaksi matawang kripto Bitcoin dan hanya memproses transaksi yang dibuat menggunakan rangkaiannya sendiri.

Pusat rangkaian Layer-1 ialah protokol mekanisme konsensus yang bertanggungjawab untuk mengesahkan dan merekod transaksi. Proses ini memastikan keselamatan rekod-rekod transaksi dan tidak boleh diubah agar ia boleh dipercayai oleh semua peserta rangkaian. Mekanisme konsensus paling terkenal ialah mekanisme Proof-of-Work (PoW) dan Proof-of-Stake (PoS).

Berperanan sama seperti asas pembinaan kukuh yang menyokong struktur sesebuah rumah, rangkaian Layer-1 menyediakan rangka kerja asas yang kukuh, dan tiada apa-apa yang dapat dibina tanpa kewujudannya.

Layer-1 vs Layer-2: Memahami Perbezaan Asas

Layer-1 dan Layer-2 mewakili lapisan-lapisan berbeza dalam rangkaian matawang kripto, dan setiap satunya mempunyai peranan yang unik.

Layer-1 berperanan sebagai lapisan asas kripto – tempat untuk protokol konsensus diproses dan menyimpan transaksi. Ia menyokong matawang-matawang kriptonya sendiri, aplikasi desentralisasi (dApps) dan kontrak pintar.

Protokol Layer-2 pula wujud untuk menyokong operasi seharian Layer-1 dan membolehkan ia diskalakan. Layer-2 direka untuk meningkatkan kecekapan dan keselamatan rangkaian Layer-1.

Dalam sesetengah kes, rangkaian Layer-1 menghadapi kesukaran pembolehskalaan yang menjadikannya tidak sesuai untuk penggunaan spesifik. Sebagai contoh, sistem pengurusan rantaian bekalan global mungkin menghadapi kesukaran untuk beroperasi dengan cekap pada rangkaian Bitcoin disebabkan oleh masa transaksi yang lama; dan ia juga menghadapi cabaran untuk beroperasi pada rangkaian Ethereum disebabkan oleh caj yang tidak bertepatan. 

Sebagai contoh, Rangkaian Lightning, solusi Layer-2 bagi Bitcoin; meningkatkan kelajuan transaksi dan mengurangkan kos dengan membuat proses transaksi di luar rangkaian utama Bitcoin sebelum membawanya kembali ke rangkaian utama. Pendekatan ini bukan sahaja telah menyelesaikan masalah-masalah kebolehskalaan, namun turut menggunakan fungsi keselamatan dan desentralisasi pada rantaian blok Layer-1 dalam menyediakan solusi komprehensif bagi pelbagai aplikasi kripto.

Elemen Asas bagi Rantaian Blok Layer-1

Penciptaan blok

Pada rantaian blok Layer-1, pelombong atau pengesah bertanggungjawab untuk mengesahkan dan meluluskan transaksi. Contohnya, bagi mengesahkan transaksi, para pelombong biasanya akan bersaing untuk memberi solusi persoalan matematik kompleks, kemudian mengumpulkannya ke dalam satu ‘batch’ dan dimasukkan ke dalam rantaian blok. Bagi para pengesah pula, mereka akan mengesahkan kesahihan transaksi dan mencadangkan blok-blok baru untuk ditambah ke rantaian, berdasarkan peraturan konsensus yang telah ditetapkan sebelumnya.

Bayangkan setiap blok ialah satu halaman dalam sebuah lejar transaksi. Para pelombong ialah cop pada setiap halaman, dan setiap halaman dilaminasikan agar tiada bahagian yang boleh disunting. Blok-blok ini mengandungi maklumat mengenai transaksi-transaksi baharu dan akan merujuk kepada blok-blok sebelumnya, mewujudkan rekod transaksi yang selamat dan tidak boleh diubah.

Finaliti transaksi

Finaliti transaksi memastikan transaksi yang direkodkan pada rantaian blok tidak boleh disunting atau diundur. Tempoh yang diambil untuk finaliti atau pengesahan mungkin berbeza, namun transaksi hanya dianggap selesai sepenuhnya apabila ia disahkan pada rantaian blok Layer-1.

Matawang natif

Rantaian blok Layer-1 mempunyai matawang natif tersendiri. Ia digunakan untuk membayar caj-caj transaksi dan sebagai ganjaran kepada pelombong/pengesah serta disebut sebagai ‘koin’. Contoh koin-koin ialah BTC, ETH, SOL dan ADA. Sebaliknya, matawang kripto yang memperkasakan rangkaian desentralisasi serta dibina di atas rantaian blok Layer-1 dipanggil sebagai ‘token’; iaitu UNI, LINK, GRT.

KeselamatanRantaian blok Layer-1 menetapkan peraturan dan mekanisme untuk memastikan keselamatan rangkaian. Ini termasuklah membuat keputusan terhadap mekanisme konsensus seperti Proof-of-Work atau Proof-of-Stake, serta membina peraturan terhadap interaksi para pengesah. Walaupun lapisan-lapisan lain mungkin menyediakan fungsi-fungi keselamatan tertentu, rantaian blok Layer-1 mempunyai tanggunjawab utama untuk mengekalkan keselamatan ekosistem.

Adakah artikel ini berguna?

0
0