Apa itu Polygon?
Polygon (MATIC) bermatlamat untuk menjadikan Ethereum lebih laju dan pantas untuk digunakan, membolehkannya berfungsi dengan lebih cekap, seiring dengan kenaikan jumlah pengguna.
Polygon (MATIC) melakukannya dengan mengeluarkan transaksi keluar dari rangkaian Ethereum utama untuk diproses pada rantaian blok Polygon, bertindak sebagai lapisan kedua pada rantaian blok Ethereum. Oleh sebab itu, Polygon digelar sebagai solusi layer-2 dan ia seperti menambah satu laluan ekspress pada lebuhraya yang sibuk. Laluan ekspress ini membantu mengurangkan kesesakan dan memendekkan masa perjalanan – jadi ia menjadikan pemprosesan transaksi lebih cepat dan efisyen bagi pengguna.
Ringkasan
Solusi layer-2 ialah seperti menambah laluan ekspres pada lebuhraya yang sibuk.
Apakah matawang kripto bagi Polygon?
Matawang kripto natif bagi rangkaian Polygon ialah MATIC (disebut mat-tik), yang juga nama kepada rangkaian tersebut sebelum ia dijenamakan semula pada tahun 2021 kepada Polygon. Pengasas-pengasas Polygon membuat keputusan untuk mengekalkan nama matawang kriptonya.
MATIC digunakan untuk membayar kos transaksi, melindungi rangkaian dan kaedah untuk melabur dalam protokol. Bukan semua koin MATIC dilepaskan ke dalam edaran, tetapi bekalannya terhad pada 10 billion koin sahaja. Polygon akan mula ‘membakar’ sebahagian dari caj sebelum memberi ganjaran kepada para Staker, yang akan menjadikan Polygon dilihat sebagai terhad di masa hadapan.
Mengapa orang melabur dalam Polygon?
Polygon telah menjadi salah satu solusi perskalaan Ethereum terkemuka. Ia menerima dana daripada pelabur berprofil tinggi, termasuklah Mark Cuban dan Sequoia Capital.
Polygon juga telah membantu banyak syarikat di seluruh dunia memasuki ruangan web3, seperti Mastercard, Starbucks, Disney dan Meta. Syarikat penerbangan German, Lufthansa baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama dengan Polygon ketika pelancaran platform kesetiaannya.
Bagaimana Polygon berfungsi?
Polygon menggelarkan dirinya sebagai ‘Ethereum’s internet of blockchain’, ataupun internet rantaian blok Ethereum. Ia bergerak selari dengan Ethereum, memproses transaksi yang dihantar dari rangkaian Ethereum ke rantaian sisi, dan kemudian menghantarnya kembali dalam satu kumpulan besar. Ini menjadikan kos pembinaan di Polygon lebih murah, dan juga memberikan lebih banyak ruang terhadap kuasa pengkomputeran pada rangkaian Ethereum.
Rantaian sisi POS
Rantaian sisi proof-of-stake (POS) Polygon ialah Ethereum versi lebih kecil yang bergerak di samping rangkaian layer-1. Rantaian sisi ini membolehkan para pembangun membina dApps yang bersesuaian dengan Ethereum pada rangkaian Polygon dengan kos yang lebih murah. Melalui kaedah ini, rantaian sisi POS akan mengurangkan banyak kesesakan yang berlaku pada rangkaian Ethereum.
Rantaian Plasma
Rantaian plasma disambungkan ke Ethereum tetapi ia memproses transaksi di luar rantaian blok dengan memecahkannya menjadi beberapa bahagian yang boleh diuruskan, melalui proses yang dikenali sebagai sharding. Setiap bahagian transaksi akan diproses secara berasingan, menjadikan pemprosesannya lebih pantas.
Zk Rollups dan Optimistic Rollups
Zk Rollups, atau zero-knowledge rollups, dibina di atas rangkaian layer-1 dan mengumpulkan (atau roll-up) pelbagai transaksi menjadi satu kumpulan, dan kemudian memprosesnya di luar rantaian. Ini menjadikan transaksi lebih pantas dan murah.
Optimistic Rollups mengandaikan transaksi adalah sah melainkan ia dibuktikan tidak. Ini mengurangkan kuasa pengkomputeran yang diperlukan untuk memproses transaksi.
Setiap solusi perskalaan Polygon ini secara asasnya melakukan perkara yang sama, tetapi ia menguruskan, mengesahkan dan menghantar data dengan kaedah berbeza.
*Maklumat ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan untuk melabur. Semua pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain disediakan sebagai komentari pasaran am untuk tujuan maklumat dan bukan sebagai nasihat pelaburan atau cadangan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas anda sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.