Apakah jenis pelabur kripto dalam diri anda?

Magnifying glass against coral background to indicate the mystery of finding out which crypto investor you might be.

Matawang kripto telah menarik pelbagai jenis pelabur, dengan pelbagai pendekatan dan sikap. Sama ada anda hanya mahu mencuba-cuba dalam kripto, atau telah berpengalaman mengendali dunia rantaian blok selama bertahun-tahun, mengetahui jenis pelaburan anda boleh membantu anda dalam menempuhi perjalanan yang menarik, namun penuh kejutan ini. Mari kita teroka apakah jenis-jenis pelabur kripto yang biasa dilihat dan cuba cari yang mana anda rasakan sesuai dengan anda.

7 jenis pelabur kripto yang biasa dilihat ialah:

The HODLer
The Trend Follower
The Diversifier
The Researcher
The Opportunist
The Technologist
The Cautious Player

1. HODLer: ‘Peram’ selagi boleh

HODLing ialah bukan sekadar typo – ia merupakan cara hidup bagi sesetengah pelabur kripto. Jika anda seorang HODLer, anda biasanya akan membeli matawang kripto pilihan dan terus pegang (atau ‘peram’) tanpa mengira ombak dan badai, hujan emas atau hujan batu. Sama ada pasaran menaik atau menurun, anda kekal percaya dengan potensi jangka panjang koin pilihan anda. Anda tidak mudah terpengaruh dengan naik turun jangka pendek, pandangan anda kekal pada satu titik masa depan dan matlamat anda adalah untuk kekal dengan strategi pelaburan anda, tidak kira apa pun yang berlaku.

2. Pengikut Trend: Menyusuri turun naik pasaran 

Jika anda seorang pengikut trend, anda biasanya akan memberi perhatian yang lebih terhadap trend pasaran dan cuba untuk mendapatkan untung dari pergerakan harga jangka pendek. Anda merupakan jenis pelabur yang sentiasa menjadi ‘paling hadapan’ dalam berita-berita terkini di internet, media sosial, dan mempunyai kefahaman mendalam mengenai analisis teknikal. Apabila satu-satu koin mula dilihat mempunyai potensi pacuan, anda melihatnya sebagai satu peluang cabaran baru. Namun perlu diingatkan yang strategi ini memerlukan keupayaan untuk membuat keputusan dengan pantas, dan lebih terbuka untuk menanggung risiko.

3. Kepelbagaian: Risiko disebarkan

Kepelbagaian ialah permainan anda. Pelabur jenis ini gemar menyebarkan risiko pelaburan mereka menerusi pelbagai matawang kripto. Anda percaya yang melabur dalam pelbagai koin boleh mengurangkan impak prestasi lemah satu-satu matawang kripto. Kepelbagaian pelaburan juga boleh menjadi sebagai net keselamatan, namun ia memerlukan kefahaman kukuh terhadap pelbagai projek berlainan dan teknologi kerana pendekatan ‘scattergun’ tidak semestinya akan menghasilkan profil risiko lebih rendah.

4. Pengkaji: Analisis mendalam

Bagi anda, jika anda merupakan jenis pelabur yang mengkaji, setiap keputusan pelaburan sentiasa disandarkan dengan analisis selama berjam-jam. Anda mengkaji kertas putih dan pasukan pembangun dengan teliti, menggali perbincangan-perbincangan komuniti dan mengakses trend pasaran dengan sudut pandang kritikal. Anda tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan, namun anda akan meluangkan masa untuk memahami 

5. Oppurtunis: Ambil semua peluang

Sebagai opportunis, pasaran volatiliti adalah permainan anda. Anda sentiasa mencari saat-saat harga menjatuh yang disebabkan oleh berita, peristiwa atau faktor-faktor lain. Anda bersedia untuk menanggung risiko terkawal berdasarkan peluang jangka pendek. Juga penting untuk diingatkan yang walaupun strategi ini boleh mendapat untung, ia juga boleh menjurus kepada kerugian jika tidak dilaksanakan dengan berhati-hati.

6. Pakar teknologi: Teknologi mesti menang

Pelabur kripto yang merupakan pakar teknologi bukan sahaja melakukannya demi keuntungan – anda merupakan seorang yang amat mempercayai teknologi yang memacu rantaian blok. Anda melabur dalam projek yang anda rasakan akan membentuk semula industri dan menyelesaikan masalah dunia nyata. Bagi anda, potensi impak teknologi ini terhadap orang awam adalah sama penting dengan potensi keuntungan anda dalam pelaburan. Anda dan para HODLer juga mempunyai banyak persamaan.

7. Pemain berhati-hati: Perlahan, namun kekal tenang

Pemain berhati-hati seperti anda akan membuat apa-apa keputusan kripto dengan amat berhati-hati dan sentiasa melihat dari perspektif jangka masa panjang. Anda bukan seseorang yang mudah terpengaruh dengan hype dan lebih gemar untuk melabur dalam matawang kripto yang mempunyai rekod terbaik. Mungkin anda akan ketinggalan beberapa peluang awal, namun anda juga berkemungkinan untuk tidak terjatuh dalam gaung pasaran volatil.

Cari siapa diri anda

Selepas anda membaca jenis-jenis pelabur kripto ini, anda mungkin merasakan yang anda merupakan salah satu, atau kombinasi jenis-jenis ini. Ingat, tiada pelabur yang sempurna dalam dunia pelaburan kripto. Personaliti, toleransi risiko dan matlamat kewangan akhirnya akan membentuk strategi pelaburan anda. 

Sebelum anda mula terjun dalam lautan kripto, ambil sedikit masa untuk mengingati kembali apakah motivasi anda, kaji koin-koin yang anda berminat, dan bina rancangan pelaburan yang jelas. Pasaran kripto boleh menjadi sesuatu yang tidak dijangka dan walaupun terdapat banyak cerita-cerita mengenai kejayaan, jangan lupa, terdapat juga banyak cerita-cerita kegagalan.

Jadi, adakah anda sudah mengetahui jenis pelabur anda? 

Adakah anda melabur untuk jangka panjang, atau mengejar trend terbaru, atau menggunakan pendekatan berhati-hati? Tidak kira apa pun jenis pelabur, perkara utama ialah terus kekal termaklum, terus sabar dan kekal dengan keputusan anda.

Teruskan membaca:

*Maklumat ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan untuk melabur. Semua pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain disediakan sebagai komentari pasaran am untuk tujuan maklumat dan bukan sebagai nasihat pelaburan atau cadangan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas anda sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.

Did you find this useful?

2
2