Adakah kemaskini Shanghai akan memberi kesan terhadap harga Ethereum?

Apakah upgrade Shanghai akan berpengaruh pada harga Ethereum?

Kemaskini Shanghai akan membenarkan para pengesah rangkaian yang mempunyai pertaruhan Ethereum untuk mengambil semula dana pertaruhan mereka, yang telah dikunci sejak pertukaran mekanisme konsensus proof-of-work kepada proof-of-stake (PoS) pada Disember 2020.

Soalan terbesar dalam kalangan pelabur ialah berapa banyakkah tekanan jualan kepada harga Ethereum (ETH), kesan daripada peristiwa ini?

Penganalisis sedang melihat berapa ramai pentaruh yang akan mengeluarkan Ethereum mereka. Berapa ramai pentaruh mengeluarkan ganjaran mereka berbanding pentaruh yang mengeluarkan ganjaran dan jumlah asas yang ditaruhkan. Dan berapa ramai pelabur baru yang akan bertaruh Ethereum, memandangkan tiada lagi ketidaktentuan terhadap koin yang dikunci.

Berapa besar tekanan jualan yang akan berlaku?

Kemungkinan kurang daripada jangkaan ramai, menurut individu-individu yang telah berpengalaman dan menganalisis Ethereum untuk jangka masa yang lama. Bagi pemula, terdapat proses yang sedia ada untuk memastikan penarikan penaruhan berlaku sedikit demi sedikit, disebabkan keselamatan rangkaian itu bergantung pada pentaruh.

Pentaruh yang ingin mengeluarkan Ethereum akan menggunakan “dynamic withdrawal queue” atau barisan pengeluaran dinamik. Rich Falk-Wallace, CEO dan pengasas firma penyelidikan Arcana, menerangkan mekanisme pengeluaran perlahan bagi barisan pengeluaran dalam kicauan di bawah. Ianya kompleks, tetapi secara ringkasnya, adalah mustahil untuk semua Ethereum yang ditaruh dikeluarkan pada satu masa yang sama, kerana ia akan memberikan kesan negatif terhadap rangkaian.

https://twitter.com/richfalkwallace/status/1630570841221079040

Pengeluaran penuh dan separuh

Penting untuk mengetahui perbezaan di antara pengeluaran-pengeluaran yang boleh dilakukan oleh pengesah selepas kemaskini berlaku.

Pengeluaran separuh membolehkan pengeluaran sebarang ETH di atas nilai minimum ETH yang telah ditaruhkan (32 ETH) – ini bermaksud pengeluaran hanya boleh dilakukan pada ganjaran yang diterima.

Pengeluaran penuh ialah pentaruh boleh mengeluarkan ganjaran dan 32 ETH yang ditaruhkan.

Kedua-dua jenis pengeluaran ini akan melalui proses barisan pengeluaran, tetapi pengeluaran penuh juga perlu menunggu giliran pada barisan (queue) keluar untuk memastikan keselamatan rangkaian tidak terjejas. Pengeluaran separuh boleh melintasi barisan keluar dan terus ke pengeluaran. Baca lagi penerangan penuh daripada Juan Pellicer daripada Into The Block mengenai bagaimana queue ini berfungsi dalam proses pengeluaran.

Nick Hotz, naib presiden bagi firma pelaburan kripto Arca, menjangkakan “pengeluaran dan aliran masuk daripada pentaruh baru akan mengimbangi satu sama lain.” Dalam erti kata lain, pentaruh baru dan pentaruh yang keluar akan mengimbangi impak harga Ethereum.

Lachlan Feeney, CEO bagi agensi pembangunan rantaian blok di Australia, Labrys, membuat kenyataan kepada Blockworks yang beliau menjangkakan kenaikan jumlah pentaruh selepas ini. “Kami menjangkakan lebih ETH akan ditaruhkan untuk jangka masa medium ke panjang.”

JP Morgan juga ada mengatakan pentaruhan Etherum berikutan dari kemaskini Shanghai berkemungkinan besar akan menarik minat pelabur kripto, “mereka ingin mengejar potensi pendapatan pelaburan yang dijana melalui taruhan.”

Risiko? Pastinya terdapat risiko

Ethereum ialah satu ekosistem yang kompleks dan kemaskini dari segi saiz ini akan memberi kesan terhadap pelbagai tahap dan dinamik yang ada dalam sistem Ethereum.

Salah satunya ialah peningkatan ganjaran apabila jumlah pengesah di Ethereum berkurang. Kurangnya jumlah pengesah bermaksud lebih besar bahagian ganjaran untuk semua pengesah. Bayangkan jika ada tiga individu yang berkongsi satu kek hari jadi, berbanding 10 individu yang perlu berkongsi kek yang sama.

“Menarik untuk melihat bagaimana dinamik ini berfungsi,” kata Christine Kim, naib presiden bagi penyelidikan di Galaxy Digital kepada podcast Unchained. Jika fungsi ini tidak berfungsi seperti yang dirancang, akan muncul risiko keselamatan. Tetapi berdasarkan kemaskini the Merge pada September tahun lepas, pembangun Ethereum telah menjalankan banyak ujian similasi sebelum kemaskini dijalankan untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik.

Bagi jumlah pengesah yang ingin membuat pengeluaran penuh, Kim menyatakan yang tidak ramai pengesah akan melakukan jenis pengeluaran ini, melihat yang jika mereka memerlukan akses terhadap dana mereka, mereka boleh mendapatkan likuidasi dalam bentuk stETH, iaitu replika token bagi Ethereum yang telah ditaruhkan, tanpa perlu mengeluarkan pertaruhan mereka. Agak tidak logik juga untuk mereka menjual semua ETH mereka buat masa sekarang – kerana mereka akan rugi daripada penjualan tersebut.

Keadaan harga yang menurun dalam pasaran, kesan daripada peristiwa kripto tahun lepas, mungkin akan memberi kesan terhadap harga Ethereum.

Firma penyelidikan kripto berasaskan komuniti, CryptoQuant menyatakan yang kebanyakkan Ethereum yang dikunci dalam dompet taruhan ialah kurang bernilai daripada yang asalnya ditaruh. Ini mungkin bermaksud yang pelabur sedang menyimpan ETH mereka sehingga keuntungan boleh diperolehi daripada penjualannya. “Biasanya, tekanan jualan muncul apabila peserta pasaran mendapat profit ekstrem, dan ini bukanlah perkara yang akan berlaku bagi Ethereum yang ditaruh,” menurut firma tersebut dalam penerangannya mengenai kemaskini yang akan berlaku kelak.

Nisbah pertaruhan

Operasi penuh rantaian blok PoS bagi Ethereum dilihat masih lagi muda, oleh sebab itulah nisbah koin yang ditaruh berbanding koin yang berada dalam aliran adalah kurang berbanding rantaian blok yang menggunakan PoS lain.

Jika dibandingkan dengan nisbah taruhan Cardano dan Solana yang lebih kurang 70%, nisbah Ethereum hanyalah 14%. Tetapi Falk-Wallace menjangkakan jumlah taruhan Ethereum akan terus meningkat, selari dengan rangkaian matawang kripto lain. “Kami merasakan taruhan ETH akan meningkat secara sekular dari 14% hari ini ke 30% – 50% dalam tempoh 18 bulan seterusnya, agar setara dengan rantaian blok PoS lain,” menurutnya kepada CoinDesk. 

Data di atas kelihatan menarik. Jumlah ETH yang ditaruhkan adalah lebih kurang 17.4 juta, dan ia telah meningkat 4 juta sejak kemaskini the Merge pada tahun lepas. Lido, penyedia perkhidmatan pertaruhan, telah merekodkan aliran masuk tertinggi Ethereum yang ditaruh pada bulan Februari tahun lepas.

Apakah maksud pertaruhan matawang kripto?

Apabila anda mentaruhkan matawang kripto, anda akan menjadi pengesah. Untuk melayakkan diri anda menjadi pengesah pada rangkaian matawang kripto yang menggunakan mekanisme proof-of-stake (PoS), pengesah perlu bertaruh sejumlah matawang kripto yang ditetapkan sebagai cagaran.

Apa itu derivatif pertaruhan yang dicairkan atau liquidised staking derivatives (LSD)?

Derivatif pertaruhan cair (LSD) ialah koin yang ditaruhkan versi token. stETH ialah LSD yang mewakili 1:1 bagi Ethereum yang ditaruhkan. Ini membolehkan pelabur menggunakan stETH, namun ETH asalnya masih lagi dikunci dalam pertaruhan.

Apa itu the Merge?

The Merge ialah satu kemaskini rangkaian Ethereum yang menukar mekanisme konsensusnya daripada proof-of-work (PoW) kepada proof-of-stake (PoS).

Baca lagi mengenai the Merge di SINI.

Berapa Ethereum yang diperlukan untuk ditaruh?

Setiap rangkaian matawang kripto telah menetapkan jumlah minimum untuk melayakkan pengguna sebagai pengesah. Bagi Ethereum, pengguna perlu meletakkan minimum 32 ETH untuk layak menjadi pengesah.

Seeing that not many people have this kind of money, some cryptocurrency platforms offer staking pools, in which they pool customer funds and stake crypto on their behalf. As a reward, customers earn interest on the amount staked. 

Oleh kerana tidak ramai yang mempunyai jumlah ETH ini, beberapa platform matawang kripto menawarkan kolam pertaruhan, yang mana mereka akan mengumpul dana pelanggan, kemudian mempertaruhkan kripto bagi pihak mereka. Sebagai ganjaran, pelanggan boleh mendapatkan faedah daripada jumlah yang ditaruhkan.

Did you find this useful?

0
0