Ethereum Merge pada hari ini dan masa depan

Ethereum

Kemaskini the Merge Ethereum ialah salah satu peristiwa yang paling dinantikan dalam sejarah matawang kripto. Kemaskini ini telah diusahakan selama enam tahun dan telah ditunda berkali-kali, dikenakan pelbagai ujikaji dan lebih ujikaji. Tetapi pada 15 September, kemaskini the Merge akhirnya berlaku tanpa sebarang gangguan.

Perubahan utama dalam Ethereum ialah cara transaksi disahkan pada rangkaiannya. Kemaskini the Merge ialah langkah terakhir dalam perubahan Ethereum dari mekanisma konsensus proof-of-work (POW), dimana pelombong akan mengesahkan transaksi, kepada proof-of-stake (POS), dimana staker akan mengesahkan transaksi tersebut.

Kemaskini ini merupakan era baru bagi matawang kripto terbesar di dunia bagi, dan memberi ruang kepada tiga perkara utama untuk diimplementasikan pada rangkaian.

Berikut adalah tiga kaedah bagaimana kemaskini the Merge akan memberi kesan kepada Ethereum secara segera atau memberi penambahbaikan pada masa depan.

Kebolehskalaan

The switch to POS enables developers to update how the network stores data, through a process called sharding. This is planned for sometime in the near future and won’t happen right away. 

Sharding ialah proses yang ‘memecahkan’ rangkaian Ethereum kepada pelbagai rangkaian kecil berbeza yang bebas. Ini bermaksud setiap komputer pada rangkaian Ethereum tidak perlu memproses setiap transaksi, tetapi ia hanya perlu memproses transaksi yang ada pada shard. Melalui proses ini, secara teori, ia akan meningkatkan jumlah transaksi Ethereum per saat, dan akan meningkatkan kelajuan pemprosesan transaksi.

Keselamatan 

Jika terdapat lebih pengesah dan lebih banyak Ethereum dipertaruhkan, keselamatan rangkaian akan meningkat – menurut pengasas bersama Ethereum, Vitalik Buterin.

Kebanyakkan perlombongan Ethereum pada model POW diuruskan oleh tiga syarikat perlombongan terbesar. Jika salah satu syarikat ini membuat keputusan untuk berpakat, mereka boleh melancarkan serangan kepada rangkaian. Namun begitu, model POS boleh menyelesaikan perkara ini.

Pengkritik-pengkritik POS mengatakan yang kaedah baru dalam mengesahkan transaksi ini adalah kurang selamat berbanding POW, tetapi dalam model POS, sesiapa yang bertindak bertentangan dari apa yang digariskan dalam rangkaian, akan kehilangan wang yang telah dilaburkan. Ini menjadikan sistem tersebut kelihatan seperti membayar sejumlah wang yang besar, ibarat deposit atau sewa. Sistem baru ini mengenakan penalti terhadap sesiapa yang melanggar peraturan.

Kemampanan 

Penambahbaikan ini telah menjadi bualan semua pengguna, dan penyelidik telah mencapai konklusi dimana the Merge telah mengurangkan permintaan penggunaan tenaga sebanyak 99%.

Sumber: Digiconomist

Carta di atas diambil dari kajian yang menggunakan kaedah untuk mengetahui berapakah amaun tenaga yang digunakan apabila POW digunakan.

  • Penyelidik mengira jumlah keuntungan perlombongan dalam Dollar
  • Mereka kemudian mengira kos yang digunakan untuk elektrik dari keuntungan yang diterima
  • Kemudian mereka menukar jumlah ini ke kilowatt-jam dengan membahagikan purata harga per kilowatt-jam

Pengiraan untuk mengetahui berapakah jumlah elektrik yang digunakan oleh pengesah pada model POS boleh disemak di sini. Kedua-dua kaedah adalah berdasarkan anggaran kasar. Tetapi, tidak kira berapa banyak anda mengganggarkan jumlah pada bahagian POS, hasilnya tetap menunjukkan yang POS menggunakan 99% kurang tenaga dari POW.

Apa yang sebenarnya berlaku ketika the Merge?

Bayangkan rantaian blok Ethereum ialah landasan keretapi. Sebelum kemaskini the Merge berlaku, semua aktiviti di atas landasan ini direkodkan dengan menggunakan kaedah proof-of-work. Kemudian, idea baru muncul untuk menukar kepada kaedah yang lebih cekap, yang dipanggil proof-of-stake.

Untuk memulakan proses ini, landasan lain yang menggunakan kaedah POS telah ditambah, dan bergerak selari dengan landasan yang asal.

Landasan asal dipanggil Mainnet, yang telah digunakan oleh rangkaian Ethereum sejak permulaannya lagi. Manakala landasan baru yang bergerak selari dengan landasan asal dipanggil sebagai Rantaian Beacon.

The Merge telah menggabungkan kedua-dua rantaian blok ini, atau kedua-dua landasan ini menjadi rantaian blok yang menggunakan kaedah proof-of-stake. The Merge ialah ‘stesyen’ terakhir bagi POW, dan selepas itu, hanya POS sahaja akan digunakan.

Sumber: Ethereum.org

Kemaskini ini bukanlah penghabisan bagi Ethereum, tetapi salah satu siri kemaskini yang membolehkan rangkaian tersebut diskalakan dan membincangkan masalah-masalah yang berkaitan dengan kos dan kecekapan rangkaian.

Apa yang berlaku pada Ethereum selepas kemaskini the Merge?

Jika anda bukan seorang pelombong atau pembangun Ethereum, perubahan pada Ethereum bukanlah boleh dilihat dengan segera.

Ethereum terus berfungsi sebagai Ethereum, tetapi di sebalik tabir rangkaian itu kini menggunakan 99% kurang tenaga dalam mengesahkan transaksi.

Baca lagi mengenai Ethereum

Garis masa the Merge

Dan paparan lebih mendalam:

Apa itu testnet?

Testnet digunakan dalam kejuruteraan rantaian blok dan secara asasnya ia adalah replika rangkaian untuk kemaskini perisian dikeluarkan. Dalam kes ini, testnet adalah replika bagi rangkaian Ethereum.

Adakah anda tahu?

Semua testnet Etherum – Kovan, Rinkeby, Sokol, Görli and Ropsten – dinamakan sempena stesen keretapi di seluruh dunia.

Adakah the Merge akan memberi kesan terhadap nilai Ethereum untuk jangka masa panjang?

Sebelum berlakunya kemaskini the Merge, pelombong mengutip caj sebanyak 5 juta ETH setiap tahun, tetapi jumlah yang akan dibayar kepada pempetaruh (staker) pada rangkaian POS baru dijangkakan akan berkurangan ke anggaran jumlah 1 juta. Ini bermaksud bekalan ETH mungkin akan berkurangan di masa depan, tetapi sama ada ia akan mengalami deflasi adalah bergantung pada kadar pembakaran.

Ethereum membakar sebahagian dari caj transaksi yang dibayar dalam Ether setiap hari. Lebih sibuk rangkaian, lebih banyak ETH akan dibakar.

Jika bekalan terus melebihi kadar pembakaran – lebih perlahan semasa pasaran menjatuh, jumlah NFT yang dicipta pada Ethereum akan berkurangan – koin akan kekal menjadi inflasi.

Adakah kemaskini the Merge telah mencipta koin Ethereum POW baru?

Beberapa peminat tegar Ethereum POW telah membuat cubaan ‘fork’ pada rantaian blok lama tetapi permulaannya agak tidak stabil. Rangkaian baru ini telah mengalami pelbagai isu teknikal, termasuklah pernah digodam.

Rantaian blok yang di’fork’ perlu mendapatkan sokongan yang mencukupi dari pelombong, pelabur dan pembangun untuk terus hidup. Pada masa ini, masih tiada aktiviti signifikan pada rantaian blok lama dan keadaannya sama seperti kereta yang telah diambil semua bahagian-bahagiannya.

Bagaimana hard fork ini akan berfungsi?

Mari kembali ke contoh landasan keretapi tadi. Landasan POS terus berfungsi sebagai Ethereum, dengan semua aktiviti telah dipindahkan ke landasan (rantaian blok) ini, dan landasan lama telah di’tempa’ untuk membina rantaian blok ETH POW – yang dilihat telah mendapat sedikit sokongan dari beberapa pelombong. Rantaian blok, atau landasan lama ini akan terus wujud dan tidak mempunyai sebarang kena mengena dengan Ethereum rasmi.

Terdapat banyak sebab mengapa mekanisma konsensus POW masih lagi dikekalkan. Penyokong proof-of-work mengatakan yang proof-of-stake tidak diuji berdasarkan masa, tidak bersifat tidak berpusat dan keselamatannya tidak kuat. Bagi pelombong Ethereum pula, mereka mempunyai kepentingan kewangan dalam mengekalkan ‘landasan lama’ Ethereum terus berfungsi, kerana rantaian blok baru POS telah menjadikan pelombong ini kehilangan punca kewangan secara serta merta.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

1
0