Adakah kripto satu pelaburan ‘risk-on’ atau ‘risk-off’?

Shooting Star Candle, kenali dan pahami cara memanfaatkannya dalam trading kripto

Tujuan utama pelaburan ialah untuk meningkatkan pulangan dan mengurangkan risiko. Untuk menjana kekayaan sambil mengekalkannya, atau dari sudut pandang lain, pelaburan merupakan satu permainan tarik tali di antara dua perkara ini.

Jika keadaan ekonomi meningkat naik, pelabur akan bermatlamat untuk memaksimakan pulangan dengan melabur dalam pelaburan lebih berisiko, yang biasanya akan memberikan pulangan lebih tinggi. Sebaliknya, jika keadaan ekonomi kurang baik, para pelabur mungkin akan memindahkan modal mereka ke pelaburan yang kurang terkesan dengan keadaan ekonomi yang naik turun — dengan matlamat untuk mengekalkan kekayaan mereka. Tempoh ini dipanggil sebagai keadaan risk-off.

Pelaburan, atau aset yang digemari oleh pelabur ketika keadaan ekonomi yang baik dipanggil pelaburan risk-on. Manakala pelaburan dalam keadaan ekonomi yang dilihat volatil dipanggil sebagai risk-off. Tiada garis pemisah yang jelas untuk mengasingkan kedua-duanya, dan mungkin terdapat sedikit tindihan, bergantung pada keadaan pasaran. Namun asasnya, ia bergantung pada pilihan risiko pelabur dalam tahap tahap kitaran pasaran yang berbeza.

Pelaburan apakah yang bersifat risk-on dan risk-off

Risk-off

  • Emas 
  • Pelaburan dan bon-bon lain 
  • Tunai 

Risk-on

  • Saham 
  • Matawang kripto dan aset digital 
  • Sesetengah komoditi

Mengapa sesetengah pelaburan lebih stabil berbanding pelaburan lain? 

Kecenderungan pelabur terhadap kekuatan pasaran boleh berpunca dari ciri-ciri yang wujud dalam pelaburan tersebut. Pelaburan dalam bon, contohnya, akan membayar sejumlah amaun kepada pelabur seperti yang dijanjikan dalam kontrak, manakala saham atau matawang kripto pula bergantung pada kekuatan bebas pasaran – jumlah pelabur yang membeli berbanding jumlah pelabur yang menjual.

Pelaburan dipacu oleh spekulasi, hype atau trend pasaran yang lebih kemungkinan untuk mengalami volatiliti lebih tinggi apabila berlaku perubahan sentimen. Sebaliknya, pelaburan yang berasaskan aset-aset bersifat asas dan bernilai jangka panjang, biasanya akan mengalami perubahan harga lebih licin.

Salah satu faktor lain juga ialah kecairan pasaran. Jika terdapat jumlah pembeli dan penjual yang besar dalam pasaran, dinamik permintaan dan bekalan akan menjadi lebih seimbang. Ini akan mengurangkan potensi perubahan harga yang ekstrem.

Sama juga seperti saiz pasaran. Pelaburan yang beroperasi dalam pasaran yang lebih besar dengan jumlah peserta yang lebih banyak, biasanya kurang bersifat volatil.

Apakah yang menyebabkan perubahan sentimen pasaran? 

Pelbagai faktor, seperti peristiwa ekonomi tempatan dan global, adalah saling berhubungkait dan biasanya menunjukkan kesan terus di antara satu sama lain. Contohnya, pandemik dan respons kerajaan, sering dipetik oleh pakar ekonomi sebagai punca utama inflasi yang dilihat hari ini. Kadar faedah tinggi di AS dan di seluruh dunia pada masa kini ialah kesan terus dari kenaikan inflasi. 

Adakah kita kini berada dalam keadaan pelaburan risk-on atau risk-off

Ramai pakar penganalisis percaya yang kita kini berada dalam keadaan pelaburan risk-off, berdasarkan petunjuk terkini dari bank-bank pusat di seluruh dunia, ketinggian kadar faedah, ketidaktentuan politik, dan impak dari semua faktor ini terhadap ekonomi global.

JP Morgan explains, “It probably isn’t a bull market yet, and we expect volatility through the second half of the year,” and adds that most investors are currently leaning towards safer investments, anticipating stock prices to “move lower”. A risk-off environment, in other words. 

Menurut JP Morgan, “Mungkin pasaran bull belum lagi bermula, namun kami menjangkakan volatiliti sepajang separuh kedua tahun ini,” dan menambah bahawa kebanyakan pelabur kini lebih cenderung terhadap pelaburan yang selamat dan mengharapkan harga saham untuk “lebih murah”, iaitu keadaan risk-off.

**Maklumat ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan untuk melabur. Semua pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain disediakan sebagai komentari pasaran am untuk tujuan maklumat dan bukan sebagai nasihat pelaburan atau cadangan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas anda sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.

Did you find this useful?

0
0