Semua yang anda perlu tahu mengenai penyusutan nilai matawang (versi Rand)

Memahami pola-pola candlestick pada grafik harga kripto

Matawang Rand (ZAR) di Afrika Selatan kini didagangkan sekitar R18.9 untuk 1 Dolar AS, lebih kukuh berbanding bulan Mei tahun ini, apabila ia memuncak sehingga R19.7, tetapi masih lemah dari R16 pada bulan Ogos tahun lepas, dan sangat lemah berbanding R14.7 pada bulan yang sama tahun 2021. Dan jauh lebih, lebih rendah berbanding R7+- untuk 1 Dolar US pada 20 tahun dahulu.

Lebih teliti anda melihat graf ZAR/USD, anda akan nampak lebih jelas yang Rand kelihatan semakin lemah. Garisan pada graf semakin meningkat sepanjang tahun dan para pelabur memerlukan lebih Rand untuk membeli 1 Dolar AS.

Perkara ini selalui terjadi dengan matawang negara-negara membangun terhadap matawang rizab dunia seperti USD. Mengapa ini berlaku?

6 faktor yang akan memberi kesan terhadap nilai Rand

Seperti aset-aset lain yang boleh didagangkan, nilai Rand bergantung pada bekalan dan permintaan, dan menerima kesan dari pelbagai faktor yang berlaku secara tempatan dan dunia.

1. Kadar faedah 

Kaddar faedah yang ditetapkan oleh South African Reserve Bank (SARB) memberikan kesan signifikan terhadap nilai Rand. Kadar faedah yang lebih tinggi biasanya akan menarik pelaburan asing, kerana para pelabur boleh menerima lebih faedah dari pelaburan mereka. Peningkatan permintaan terhadap Rand boleh meningkatkan nilainya.

2. Prestasi ekonomi 

Keseluruhan kesihatan ekonomi Afrika Selatan memberi peranan dalam menentukan nilai Rand. Faktor-faktor seperti perkembangan keluaran dalam negara kasar (KDNK), tahap pekerjaan dan keseimbangan dagangan boleh memberi kesan terhadap keyakinan para pelabur dan mempengaruhi nilai matawang.

3. Kestabilan politik 

Kestabilan politik dan risiko yang dilihat terhadap sesebuah negara boleh memberi kesan terhadap keyakinan para pelabur asing. Ketidakstabilan politik, rasuah, atau ketidakselesaan sosial boleh menyebabkan keyakinan pelabur menjadi lemah terhadap Rand, menjadikan nilai matawang tersebut menurun.

4. Inflasi 

Inflasi yang tinggi boleh menghakis kuasa membeli sesuatu matawang. Inflasi dapat dilihat dalam pelbagai petunjuk, tetapi petunjuk paling jelas ialah kenaikan kos hidup dan penurunan kuasa membeli. Sebagai contoh, inflasi boleh menyebabkan kenaikan harga roti, dan pada masa yang sama, menghakis nilai matawang dalam poket anda.

Inflasi yang tinggi boleh memberi kesan buruk terhadap keyakinan para pelabur dalam negara dan tekanan terhadap matawangnya. Kaedah-kaedah bank pusat cuba untuk mengekang inflasi juga turut memberikan impak terhadap nilai matawang. Salah satunya meningkatkan kadar faedah untuk menghalang perbelanjaan dan pinjaman, tetapi ia juga boleh menarik para pelabur asing.

5. Keseimbangan dagangan 

Kesimbangan dagangan Afrika Selatan, yang mana perbezaannya ialah import dan eksport, boleh memberi kesan terhadap permintaan Rand. Lebihan dagangan – lebih eksport berbanding import – boleh meningkatkan permintaan terhadap Rand, kerana terdapat peningkatan permintaan bagi barang-barang dan juga matawang. Sebaliknya, defisit dagangan boleh memberi tekanan terhadap matawang.

6. Keadaan ekonomi global 

Trend ekonomi global dan peristiwa-peristiwa geopolitikal boleh memberi kesan terhadap sentimen para pelabur dan permintaan untuk matawang pasaran yang membangun seperti Rand. Biasanya perkara ini berlaku apabila kadar faedah yang tinggi di negara-negara ini menawarkan pulangan pada pelaburan.

Kadar faedah

Kadar faedah sering dipetik sebagai pemacu utama pergerakan harga dalam pasaran kewangan, terutamanya dalam beberapa tahun lepas apabila bank pusat di seluruh dunia lebih kerap menaikkan kadar faedah disebabkan kesukaran untuk mengekang inflasi.

Bank Rizab Persekutuan AS, telah menerajui kaedah menaikkan kadar faedah untuk mengekang inflasi dan diikuti oleh kerajaan-kerajaan lain. Tetapi bank seperti South African Reserve Bank (SARB) mungkin perlu lebih meneliti kaedah ini kerana penurunan kadar faedah boleh melembabkan penarikan para pelabur terhadap Rand.

Apabila SARB memutuskan untuk meningkatkan kadar faedah, ianya sama seperti memberikan satu suntikan adrenalin terhadap Rand kerana ketinggian kadar faedah menjadikan bon Afrika Selatan dan pelaburan hutang lain lebih menarik kepada pelabur asing kerana mereka boleh mendapatkan lebih faedah dari pelaburan mereka. Bagaimana ia berfungsi? Bayangkan jika anda mempunyai dua tempat untuk melabur wang anda. Salah satunya menawarkan kadar faedah lebih tinggi berbanding lagi satu. Pastinya anda akan memilih pelaburan yang memberikan lebih pulangan, bukan?

Contoh

Mari berkenalan dengan Bob. Bob mendapati baru-baru ini SARB meningkatkan kadar faedah selari dengan bank pusat lain di seluruh dunia untuk menghalang inflasi.

Jika kadar faedah semasa di Afrika Selatan lebih tinggi berbanding negara-negara lain, Bob menyedari yang bon kerajaan Afrika Selatan menawarkan pulangan yang lebih kompetitif dan menarik berbanding dari pelaburan pendapatan tetap di negara-negara lain.

Bob kemudian memutuskan untuk melabur dalam bon kerajaan Afrika Selatan, mengambil peluang kadar faedah yang tinggi. Oleh kerana Bob dan para pelabur lain membeli Rand sebagai pelaburan, peningkatan permintaan bagi matawang tersebut terhadap apresiasinya adalah relatif berbanding negara lain.

Dalam situasi ini, kadar faedah lebih tinggi di Afrika Selatan ialah satu insentif bagi Bob untuk melabur dalam bon Afrika Selatan dan mengambil peluang potensi pulangan lebih tinggi bagi pelaburannya.

Dalam situasi kenaikan kadar faedah, SARB sedang ‘menjinakkan’ inflasi, tetapi pada masa yang sama, mereka menggalakkan pelabur asing untuk melabur di negara mereka.

Apa akan berlaku jika kadar faedah menurun?

Kadar faedah yang lebih rendah mungkin tidak kelihatan menarik oleh pelabur asing. Pengurangan permintaan ini boleh memberikan tekanan terhadap harga Rand, dan juga boleh menyebabkan penyusutan nilainya berbanding matawang-matawang utama lain. Namun ia tidaklah semudah itu.

Impak kadar faedah terhadap nilai matawang ialah salah satu dari teka-teki yang perlu diselesaikan. Kadar tukaran dipengaruhi oleh perkaitan kompleks antara pelbagai faktor. Walaupun kadar faedah yang lebih tinggi boleh memberi impak positif terhadap nilai Rand untuk satu tempoh yang pendek, pergerakan matawang jangka panjang adalah tertakluk kepada kombinasi ekonomi, politik, dan faktor-faktor pasaran di Afrika Selatan dan global.

Lindung nilai terhadap penyusutan nilai matawang

Para pelabur melakukan tindakan lindung nilai terhadap penyusutan nilai matawang menggunakan pelbagai strategi, dan salah satunya ialah dengan melabur dalam matawang yang lebih stabil seperti Dolar AS — yang mana telah dibuktikan lebih stabil berbanding dengan negara-negara yang sedang membangun.

Pelabur boleh mendapatkan pendedahan terhadap Dolar AS secara terus atau tidak terus pada setiap hari. Dengan membuka akaun matawang asing dengan bank mereka, pelabur-pelabur ini boleh melabur secara terus dengan membeli Dolar AS menggunakan Rand, atau, mereka boleh melabur dalam dana tempatan yang mempunyai pendedahan terhadap pasaran AS. Pelaburan ini dikenali sebagai dana feeder.

Stablecoin juga merupakan salah satu cara untuk pelabur mengakses Dolar AS. Stablecoin ialah matawang kripto yang ditambat pada harga Dolar AS. USDC ialah salah satu stablecoin yang dikatakan mempunyai 100% sandaran dengan Dolar AS dan rizab-rizab tunai lain. USDT (Tether) pula disandarkan dengan lebih banyak jenis aset.

Dalam kes ini (USDT & USDC), oleh kerana kedua-duanya ditambat pada harga Dolar AS, penyusutan nilai Rand tidak akan kelihatan, sehinggalah anda menjual USDT anda. Sebaliknya, jika Rand terus menyusut, dan USDT terus ditambat pada Dolar AS, secara hipotetikalnya, anda boleh menerima lebih Rand berbanding nilai pelaburan awal.

Untuk lebih jelas, stablecoin adalah tidak sama seperti melabur dalam USD atau dana yang melabur dalam pasaran AS. Sebaliknya, USDT dan USDC adalah matawang kripto, yang didagangkan pada bursa kripto, yang mana matlamatnya ialah untuk memastikan harganya ditambat pada Dolar AS.

*Maklumat ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan untuk melabur. Semua pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain disediakan sebagai komentari pasaran am untuk tujuan maklumat dan bukan sebagai nasihat pelaburan atau cadangan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas anda sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.

Did you find this useful?

17
0