Apakah perbezaan di antara Polygon dan Ethereum?

Difference between Polygon and Ethereum

Ethereum ialah platform kontrak pintar bagi aplikasi tidak berpusat (dApps), sementara Polygon pula ialah solusi perskalaan yang bermatlamat untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh jumlah transaksi pada rangkaian Ethereum. Polygon tidak boleh wujud tanpa Ethereum.

Isu kelajuan dan kos pada Ethereum disokong oleh pemprosesan yang pantas dan murah dari rantaian sisi Polygon, sementara Ethereum menawarkan keselamatan dan jumlah pengguna kepada Polygon.

Jadi, tidak adil jika kita membandingkan kedua-dua rangkaian ini namun, mari lihat bagaimana kedua-dua rangkaian ini boleh menjadi sepadan.

Mekanisme konsensus  

Ethereum dan Polygon mencapai konsensus dan mengesahkan transaksi menggunakan mekanisma konsensus proof-of-stake.

Kelajuan transaksi

Pada tahap ini, rangkaian Ethereum memproses sekitar 10-30 transaksi per saat (TPS). Manakala Polygon, seperti yang dilaporkan, output yang diteorikan ialah 7,200 transaksi per saat pada rantaian sisi. Pengasas bersama Ethereum, Vitalik Buterin, ada mengatakan pada tahun 2021 yang Ethereum mungkin boleh memproses sehingga 100,000 TPS selepas kemaskini Ethereum 2.0 selesai pada satu masa nanti.

Rantaian sisi seperti yang digunakan oleh Polygon, dibina dengan tujuan kos rendah dan pengeluaran yang tinggi.

Tokenomi 

Bukan semua koin MATIC akan dimasukkan dalam edaran dan akan ada had bekalan sehingga 10 billion koin sahaja. Rangkaian ini akan mula ‘membakar’ sebahagian dari caj sebelum memberi ganjaran kepada para Staker, yang mungkin akan menjadikan koin itu dilihat sebagai terhad di masa hadapan.

Sementara itu, tiada had pengeluaran diletakkan pada Ethereum, tetapi kemaskini rangkaian kepada mekanisme proof-of-stake telah menjadikan lebih banyak ETH ‘dibakar’ berbanding dicipta apabila pengesah menerima ganjaran. Ia bergantung pada kesibukan rangkaian.

Rekabentuk

Ethereum terdiri daripada satu Mainnet dan satu rantaian blok. Polygon pula ialah rangkaian pelbagai tahap yang terdiri daripada pelbagai rantaian sisi yang dihubungkan dengan Ethereum.

Tidak berpusat vs. berpusat 

Apabila komuniti mula bersembang mengenai pengawasan berpusat atau tidak berpusat dalam ruangan kripto, apa yang mereka maksudkan ialah siapa yang mempunyai hak mengundi terhadap kemaskini dan hala tuju am rangkaian tersebut.

Pengasas kripto akan membuat keputusan pada hari pelancaran mengenai jumlah koin yang akan diberikan kepada pembangun, pelabur awal dan saiz pegangan yang disimpan untuk diri sendiri. Kesemua ini akan memberikan kesan besar terhadap pengagihan kuasa dalam rangkaian. Pengasas Ethereum menyimpan 16% dari semua Ether yang diagihkan pada hari pelancaran, dan pengasas Polygon membuat keputusan untuk menyimpan pada amaun yang sama.

Tahap ketidakberpusatan juga bergantung pada pengagihan hak pengesah. Jumlah pengesah di Polygon kini terhad pada 100 pengesah, dan pengesah-pengesah yang berpotensi perlu membuat permohonan sebelum dibenarkan untuk mengesahkan transaksi. Manakala Ethereum pula sesiapa sahaja yang mempunyai jumlah Ether mencukupi boleh menjadikannya sebagai Stake dan menjadi pengesah. Ketika artikel ini ditulis, Ethereum mempunyai lebih dari 800,000 pengesah.

*Maklumat ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan untuk melabur. Semua pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain disediakan sebagai komentari pasaran am untuk tujuan maklumat dan bukan sebagai nasihat pelaburan atau cadangan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas anda sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.

Did you find this useful?

3
0