Dari mana datangnya Polygon?

Where did Polygon come from?

Pembangun Ethereum, Jaynti Kanani, Sandeep Naiwal, Anurag Arjun dan Mihailo Bjelic telah mengasaskan rangkaian Polyhon pada tahun 2017. Pembangun–pembangun ini ingin menyelesaikan masalah kelembapan masa transaksi dan caj yang tinggi pada rangkaian Ethereum. Sebelum ia dijenamakan semula menjadi Polygon pada tahun 2021, protokol ini awalnya dipanggil sebagai Rangkaian Matic.

Polygon telah menjadi salah satu solusi perskalaan Ethereum termaju, dengan dana dari pelabur-pelabur terhebat; termasuklah Mark Cuban dan Sequoia Capital. Kerjasama rapat dengan komuniti Ethereum telah menjadikan Polygon hari ini – solusi perskalaan layer-2, yang membolehkan transaksi pada Ethereum dilakukan dengan cepat dan mudah, sambil mengekalkan keselamatan dan kebolehoperasian rangkaian.

Rangkaian ini telah melalui kemaskini pada permulaan tahun 2023 untuk mengurangkan lagi kenaikan caj dan menjadikan pemprosesan transaksi lebih cekap. Pada masa ini, Polygon hanya memfokuskan pada Ethereum, namun pasukan ini ada menyatakan rancangan mereka untuk melebarkan solusi mereka ke rangkaian matawang kripto lain.

*Maklumat ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan untuk melabur. Semua pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain disediakan sebagai komentari pasaran am untuk tujuan maklumat dan bukan sebagai nasihat pelaburan atau cadangan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas anda sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.

Did you find this useful?

3
0