Ringkasan Minggu Lepas: Adakah jangkaan kenaikan harga pada April akan berlaku, dan ada anjing di Twitter?

Bitcoin makin sering & banyak digunakan untuk transaksi

Kami menampilkan sorotan-sorotan menarik dalam industri kripto yang berlaku pada minggu lepas dalam bentuk yang senang difahami.

Berita menarik

🧡 Bitcoin mencatat sejarah harga kukuh pada April

  • April kini menunjukkan satu bulan yang kukuh bagi Bitcoin dan saham-saham AS, dengan Bitcoin menunjukkan sejarah purata pulangan sebanyak 17% pada tahun ini.
  • Kenaikan terkini dalam saham AS dijangka akan memberi kesan positif terhadap matawang kripto, dengan penganalisis berasa optimis yang trend menaik ini akan berterusan sepanjang April.
  • Baca DI SINI untuk 5 tips memulakan pelaburan kripto.

💰 Kerajaan AS menjual Bitcoin yang dirampas

  • Kerajaan US menjual 9,861 daripada 50,000 Bitcoin yang dirampas dari pasaran Silk Road, bernilai lebih kurang $215.5 juta, seperti yang dilapurkan oleh Forbes.
  • Harga jual per-koin adalah $21,877, dan tidak nampak memberi kesan negatif terhadap harga Bitcoin, berikutan oleh kebimbangan oleh beberapa pelabur. Bitcoin meningkat 2.43% pada hari transaksi dilakukan.
  • Penjualan ini adalah sebahagian daripada kes berkaitan dengan James Zhong, yang telah menerima lebih 50,000 Bitcoin haram daripada pasaran Silk Road.

🐶 Tiada burung biru, kini Twitter berlogo shiba inu Dogecoin

  • Twitter menukar logo ikonik ‘burung biru’ ke logo Dogecoin.
Photo: Twitter screengrab
  • Elon Musk tidak memberikan sebarang kenyataan, tetapi ada beberapa yang menganggap ini merupakan jenaka April Fool.
  • Nilai Dogecoin meningkat dari $0.079 ke $0.094 sejak ia mula memenuhi ruangan berita, menjadikan nilainya adalah yang tertinggi sejak November tahun lepas.

🪲 Kemaskini Shanghai (Shapella) semakin dekat, Ethereum turut menggandakan ganjaran bug bounty

  • Ethereum Foundation telah menggandakan bug bounty ke tahap maksimum iaitu $500,000 jika ada pengguna yang berjaya mengesan sebarang masalah yang berkaitan dengan kemaskini rantaian blok Ethereum yang akan datang, Shapella – yang juga dikenali sebagai Shanghai-Capella.
  • Shapella dijadualkan akan dilaksanakan pada 12 April, yang akan membolehkan para pengesah mengeluarkan koin yang telah ditaruh.
  • Kenaikan ganjaran tersebut merupakan salah satu usaha terakhir sebelum kemaskini dijalankan. Program bug bounty ini menggalakkan pembangun untuk mengenalpasti dan melaporkan masalah berkaitan dengan keselamatan dalam sistem perisian.
  • You will soon be able to stake Ethereum with Luno. READ HERE for more. 

🇨🇳 China kini berubah hati? 

  • Bank-bank di China telah menunjukkan minat untuk menawarkan perkhidmatan kewangan kepada syarikat matawang digital di Hong Kong.
  • Beberapa institusi telah dilaporkan melawat pejabat firma-firma matawang digital untuk menawarkan perkhidmatan perbankan.
  • Rancangan ekstensif Hong Kong ialah untuk membolehkan firma kripto antarabangsa membuka pejabat rantau, dan ini telah menggalakkan industri kripto untuk melebarkan perkhidmatan mereka di rantau ini.

Rangkuman prestasi dan angka

🌶️ 10% – Saham “Hot money” yang disimpan dalam Bitcoin. Hot Money ialah satu terma bagi pelabur yang membeli dan menjual dalam tempoh masa singkat.

💥 128 – Tahun sejak Credit Suisse diasaskan. Bank Swiss tersebut baru-baru ini telah diambil alih oleh pesaing UBS, apabila bank tersebut hampir bankrup pada Mac. Para pemprotes telah berkumpul di luar bangunan ketika mesyuarat ahli lembaga terakhir dilakukan pada awal minggu ini.

💵 $500,000 – Ganjaran yang diberikan oleh Ethereum bagi pembangun jika mereka boleh mengenalpasti sebarang kelemahan pada kemaskini rantaian blok Ethereum akan datang.

📈 30% – Harga Dogecoin selepas Twitter menukar logo burung birunya dengan gambar mascot Dogecoin.


Kapsul masa kripto

Takkanlah…


Trivia kripto

Apa itu tokenisasi?

  • Token ialah perwakilan digital bagi satu aset digital dan ia direkodkan pada rantaian blok. Sama sahaja seperti anda memiliki perkara yang nyata, tetapi bukti pemilikan tersebut bukanlah disimpan di dalam peti besi, namun ia direkodkan pada rantaian blok.

Adakah artikel ini berguna?

2
0