Ringkasan Minggu Lepas: BTC naik lebih dari $28k, krisis perbankan di AS berterusan dan kajian mengenai ritma dagangan telah didedahkan.

Kami menampilkan sorotan-sorotan menarik dalam industri kripto yang berlaku pada minggu lepas dalam bentuk yang senang difahami.

Berita menarik minggu ini

🟠 Bitcoin meningkat seperti Jun tahun lepas

  • Bitcoin kali ini memberikan satu lagi minggu terbaik dalam sejarah, ditutup pada harga lebih dari 35.8% pada minggu ini menurut Glassnode. Keadaan seperti ini hanya berlaku sebanyak 124 kali dalam sejarah Bitcoin, dan selepas tahun 2015, kenaikan harga ini hanya berlaku sebanyak 16 kali.
  • Kenaikan harga Bitcoin serta pasaran kripto lain adalah disebabkan AS sedang mengalami kesukaran menghadapi kesan daripada penutupan dua bank pada minggu-minggu sebelumnya.
  • Beberapa pakar penganalisis melihat perubahan harga Bitcoin sekarang adalah perubahan wang bank pusat ke Bitcoin, disebabkan oleh ketidaktentuan yang berterusan dalam sektor perbankan.
  • “Momentum ini dipacu oleh kecairan, dan Bitcoin dilihat sebagai medium kecairan alternatif,” menurut Markus Thielson kepada Reuters, ketua penyelidikan dan strategi bagi perkhidmatan kewangan aset digital di Matrixport. Thielson melihat ada aliran kecairan berterusan daripada bank pusat ke aset kripto.
  • “Majoriti daripada aliran ini adalah dana lindung nilai dan pemain pasaran lain yang besar. Mereka lebih bimbang akan persediaan untuk menyelamatkan diri berbanding benar-benar pergi menyelamatkan diri,” menurut Kurt Grumelart, salah seorang pedagang di Zerocap, berkongsi dengan Blockworks.

🇺🇲 Kucar kacir dalam sektor perbankan global dan AS kian berterusan

  • First Republic Bank telah menerima talian hayat sebanyak $30 bilion daripada satu konsortium bank-bank besar AS pada minggu lepas, tidak lama selepas penutupan Silicon Valley Bank dan Signature Bank.
  • Manakala di Eropah, Credit Suisse di Sweden kini diperoleh oleh bank pesaing, UBS, selepas menerima suntikan tunai sebanyak $54 bilion oleh bank pusat Sweden, awal minggu ini.
  • Menurut pakar penganalisis, langkah-langkah ini telah mengembalikan keyakinan terhadap sektor perbankan, tetapi ramai lagi yang mempunyai soalan: apakah kesannya terhadap ekonomi AS di masa depan?

📱Peningkatan muat turun aplikasi kripto di AS walaupun ketidaktentuan dalam sektor perbankan

  • Apptopia, penyedia data aplikasi masa-nyata, melaporkan yang terdapat kenaikan sebanyak 15% bagi muat turun aplikasi kripto terbaik pada minggu lepas.
  • Muat turun bagi aplikasi perbankan top 10 pula telah menurun sebanyak 5% pada tempoh yang sama.
Source: Apptopia
  • “Perbezaan ini menunjukkan kebimbangan orang awam di AS mengenai krisis perbankan yang berlaku baru-baru ini,” lapor TechCrunch.

🌅 Ritma sirkadian kripto didedahkan dalam satu kajian terbaru

  • Secara amnya, pasaran kripto paling aktif, atau paling volatil pada 9 pagi di seluruh Asia dan AS, menurut penyelidik dari The Risk Protocol (TRP), sebuah syarikat perdagangan dan pengurusan risiko.
  • “Jika anda melihat pada corak volatiliti di pasaran kewangan AS, ia biasanya berbentuk U. Lebih tinggi ketika pasaran dibuka dan ditutup, serta rendah di tengah-tengah,” kata CEO TRP, Karamvir Gosal kepada Blockworks. “Penemuan ini tidaklah mengejutkan, memandangkan ia merupakan waktu bekerja di seluruh dunia,” menurut TRP.
  • Kajian ini juga mendapati pasaran kripto lebih volatil pada hari Jumaat, dan menunjukkan penurunan tajap pada hujung minggu.

Tambah pengetahuan anda

5 perkara untuk dipertimbangan apabila melabur dalam matawang kripto

  • Melabur sebenarnya lebih kepada membuat strategi bangaimana untuk mencapai matlamat anda dan masih kekal waras.
  • Semak di SINI untuk berapa pertimbangan dalam perancangan perjalanan pelaburan kripto anda.

Rangkuman prestasi dan angka

18.5% – Peratusan kenaikan harga Bitcoin pada minggu lepas.

$300 billion – Jumlah wang yang dipinjam oleh bank AS daripada kerajaan AS pada minggu lepas.

16 – Jumlah hari dagangan di antara 2015, yang melangkaui prestasi kenaikan harga 7 hari lepas, salah satu kenaikan paling signifikan dalam sejarah Bitcoin.

– 0.45% – Kadar inflasi negatif Ethereum semasa, selepas Merge. Ini bermaksud lebih banyak Ethereum dibakar berbanding dicipta, menyebabkan ia mengalami deflasi dan kemungkinan akan menjadi lebih bernilai di masa depan.

14.7% – Peratusan Ethereum yang ditaruh, berdasarkan semua Etherum dalam edaran. Penganalisis menjangkakan angka ini akan menaik dan selari dengan rangkaian proof-of-stake lain selepas Kemaskini Shanghai, yang dijadualkan pada 12 April. Ethereum yang ditaruh tidak akan lagi dikunci pada rangkaian selepas kemaskini.


Kapsul masa kripto


Trivia kripto

Panjang, dan pendek

Apakah maksunya jika pelabur mengambil posisi pendek dalam Bitcoin? Dan apa akan terjadi pada harga Bitcoin jika ia tidak menaik seperti yang dijangkakan?

Ketahui lagi DI SINI.

Adakah artikel ini berguna?

7
2