Ringkasan Minggu Lepas: Jepun mula berdagang hartanah ditokenisasim dan adakah kenaikan kadar faedah telah berhenti?

Berita Kripto Mingguan: Pengurangan suku bunga tidak tercantum dalam notulen rapat FOMC

Kami menampilkan sorotan-sorotan padat dan ringkas, mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam industri kripto.

Berita menarik minggu lepas

Tiada kenyataan mengenai kenaikan kadar faedah dalam minit mesyuarat FOMC terbaru

  • “Dalam membincangkan tinjauan dasar, ahli mesyuarat terus menilai bahawa adalah kritikal untuk pendirian dasar monetari dikekalkan dengan cukup ketat untuk mengembalikan inflasi kepada objektif Jawatankuasa sebanyak 2% sepanjang masa,” menurut mesyuarat tersebut.
  • Dalam erti kata lain, ahli jawatankuasa tidak menetapkan kenaikan kadar faedah dalam rancangan mereka.
  • “Kenyataan ini dikeluarkan dalam keadaan sentimen hebat pada Wall Street yang Rizab Persekutuan telah menghentikan kenaikan kadar faedah,” lapor CNBC.

Harga Worldcoin meningkat apabila Sam Altman kembali ke OpenAI

  • Minggu yang sibuk di OpenAI, iaitu salah satu pembangun AI terkemuka di dunia. Beberapa minggu lepas, OpenAI mengumumkan keputusan untuk memecat pengasas bersama, Sam Altman, yang juga wajah kepada syarikat tersebut. Beberapa hari kemudian, banyak perkara yang berlaku dan Altman dilantik semula sebagai CEO, dan kali ini dengan ahli lembaga baru.
  • Altman juga salah seorang pengasas Worldcoin, projek kripto yang bermatlamat untuk mengesahkan manusia di internet berbanding bots dengan menggunakan teknologi biometrik.
  • Harga Worldcoin turut mengikuti naik turun Altman, menaik sebanyak 13% selepas perlantikan semula, menurut beincrypto.com.

Bursa digital Jepun memulakan dagangan token hartanah

  • Osaka Digital Exchange (ODX) akan membuka dagangan pada platform dagangan sekuriti digital pada bulan Disember, menurut syarikat tersebut.
  • “Anggaran 3 bilion yen ($20 juta) sekuriti yang ditokenkan akan dikeluarkan oleh firma hartanah, Ichigo Owners,” menurut CoinDesk. Ichigo Residence Token akan dilaburkan dalam bentuk enam perumahan sewa.

Bacaan panjang

Apa itu kontrak pintar?


Rangkuman prestasi dan angka

50 juta – Jumlah dompet Bitcoin dengan baki yang melebihi kosong  

5% – Peratus kenaikan kesukaran perlombongan Bitcoin pada tujuh hari terakhir, yang merupakan kenaikan tertinggi pada minggu lepas. Ia berkemungkinan menunjukkan kenaikan dalam kalangan pelombong yang mencari cara untuk memanfaat pergerakan harga Bitcoin. 

 $96.8 juta – Jumlah keseluruhan Bitcoin di bawah pengurusan dana dagangan bursa (ETF) di Brazil. Jenis dagangan ini telah didagangkan selama dua tahun. 


Trivia kripto

7 kegunaan Avalanche 

Pasukan Avalanche menjelaskan bagaimana protokol ini digunakan dalam insurans, kewangan dan aplikasi permainan. Baca lagi di sini.


Lindungi kripto anda

Langkah pertama untuk melindungi diri anda terhadap scam ialah kekal peka terhadap kaedah-kaedah baru penjenayah ini melakukan kerja jenayah mereka. Kami di sini sedia membantu anda.

Perlindungan akaun Luno anda: Panduan asas fungsi keselamatan

*Maklumat ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan untuk melabur. Semua pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain disediakan sebagai komentari pasaran am untuk tujuan maklumat dan bukan sebagai nasihat pelaburan atau cadangan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas anda sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.

Adakah artikel ini berguna?

0
0