Ringkasan Minggu Lepas: Kenaikan XRP, pertaruhan Bitcoin Michael Saylor serta garisan hijau Wall Street

Berita Kripto Mingguan: XRP Rally dan investasi BTC Michael Saylor tembus US$1 miliar

Kami menampilkan sorotan-sorotan padat dan ringkas, mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam industri kripto.

Berita menarik minggu lepas

Pelaburan Bitcoin Michael Saylor melepasi keuntungan tidak direalisasi sebanyak $1 bilion

  • MicroStrategy, syarikat yang diasaskan oleh Michael Saylor, memiliki lebih kurang 158,000 Bitcoin dalam pegangan korporat
  • Pelaburan ini dianggarkan berjumlah $1.1 bilion dalam bentuk keuntungan yang tidak direalisasikan, 25% pulangan dari pelaburan beliau, lapor CoinDesk.
  • “Bitcoin menawarkan syarikat-syarikat korporat satu strategi inovatif untuk melindungi modal mereka dan mencipta nilai pemegang saham dengan memanfaatkan helaian baki dengan $BTC,” menurut Saylor menerusi platform X pada awal November.
  • Keuntungan tidak direalisasikan bermaksud keuntungan dari pelaburan yang masih lagi belum dijual, mewakili kenaikan nilai pada kertas sehinggalah aset tersebut dijual.

XRP kini boleh digunakan di Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai

  • Penguatkuasa Perkhidmatan Kewangan Dubai (DFSA) memberi kebenaran untuk penggunaan XRP di Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC) di bawah rangka kerja aset digital, menurut Investing.com.
  • Keputusan ini membenarkan syarikat yang berlesen dengan DIFC untuk mengintegerasikan XRP bersama perkhidmatan mereka.
  • XRP secara utama digunakan untuk memudahkan transaksi merentasi benua berkos rendah serta pantas melalui rangkaian Ripple. Nilai matawang kripto ini meningkat sebanyak 21% dalam tempoh 7 hari.

SP500 dan Nasdaq merekodkan kenaikan paling lama sejak November 2021

  • Minggu lepas indeks SP500 dan Nasdaq merekodkan kenaikan berterusan selama 7 hari, menjadikan rekod kenaikan paling lama sejak November 2021.
  • Pakar penganalisis melihat pergerakan pasaran tersebut dengan optimisitik namun berhati-hati, tidak mengira satu lagi peralihan dalam momentum.
  • Apa itu SP500 dan Nasdaq? SP500 ialah indeks pasaran saham yang mengira prestasi 500 syarikat dagangan awam terbesar di AS, mewakili keratas rentas ekonomi yang meluas. Nasdaq Composite ialah indeks yang menjejak prestasi lebih dari 3,000 syarikat, terutamanya dalam sektor teknologi dan bioteknologi, disenaraikan pada bursa saham Nasdaq.

Polygon dan Near Foundation bermatlamat untuk meningkatkan kebolehoperasian rantaian blok

  • Near Foundation, entiti di sebalik protokol Near, telah bekerjasama dengan Polygon, rangkaian rantaian blok yang saling beroperasi, untuk meningkatkan kebolehoperasian.
  • “Kerjasama ini mendekatkan lagi protokol Near dengan Ethereum, dan membolehkan rantaian blok dengan teknologi WebAssembly untuk menggunakan kecairan Ethereum,” menurut CoinDesk.

Rancangan BlackRock untuk Spot ETF Ethereum

  • Pemfailan yang dibuat oleh Nasdaq pada minggu lalu mendedahkan rancangan BlackRock untuk Spot ETF. BlackRock ialah pengurus aset terbesar di dunia.
  • ETF Ethereum adalah sama seperti permohonan Spot ETF BlackRock, iaitu dana terus digunakan untuk memegang aset kripto sebenar, berbanding future ETF yang berdasarkan perjanjian untuk membeli atau menjual aset-aset ini pada masa depan.
  • Pakar penganalisis mengatakan bahawa pemfailan spot BTC ETF pada bulan Jun ialah salah satu sebab mengapa terdapat momentum dalam pasaran kripto, kadangkala digelar sebagai pivot BlackRock.

Bacaan Panjang

Memahami horizon masa pelaburan anda


Rangkuman prestasi dan angka

15% – Pulangan SP500 dalam satu tahun. 

145% – Pulangan Bitcoin dalam satu tahun. 

5 – Baki bulan sebelum halving Bitcoin. 

12 – Jumlah permohonan BTC ETF Spot yang sedang menunggu keputusan oleh Securities and Exchange Commission

71 – Baki hari yang tinggal bagi SEC untuk membuat keputusan sama ada meluluskan permohonan BTC Spot ETF. Tarikh akhir ialah 10 Januari. 


Crypto trivia

Apa itu Bitcoin ETF dan kegunaannya?


Lindungi kripto anda

Langkah pertama untuk melindungi diri anda terhadap scam ialah kekal peka terhadap kaedah-kaedah baru penjenayah ini melakukan kerja jenayah mereka. Kami di sini sedia membantu anda.

Apa itu penipuan di media sosial?

*Maklumat ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan untuk melabur. Semua pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain disediakan sebagai komentari pasaran am untuk tujuan maklumat dan bukan sebagai nasihat pelaburan atau cadangan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas anda sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.

Adakah artikel ini berguna?

4
0