Apakah itu Bitcoin ETF dan kegunaannya?

B

Dana Dagangan Saham atau lebih dikenali sebagai exchange-traded fund (ETF) merupakan salah satu jenis dana pelaburan yang memantau indeks-indeks utama, aset atau bakul aset yang didagangkan di dalam platform perdagangan. Sebagai contoh, SP500 ETF menjejaki prestasi semasa 500 buah syarikat tersenarai yang terbesar di Amerika Syarikat.

Para pelabur pada kebiasaannya akan membeli atau menjual saham ETF mereka seperti mana komoditi perdagangan yang lain. Begitu juga dalam konteks Bitcoin ETF yang didagangkan dengan cara yang sama. 

Bitcoin ETF wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz sama ada pelan dana yang melabur secara langsung dalam Bitcoin mahupun Bitcoin ETF berasaskan pasaran niaga hadapan (futures-based) yang memantau prestasi kontrak masa depan. Dalam hal ini, terdapat perbezaan ketara antara Bitcoin ETF berasaskan pasaran hadapan serta Bitcoin ETF yang disokong oleh Bitcoin sebenar atau dikenali spot BTC ETF.

Kontrak masa depan BTC atau futures merujuk kepada perjanjian antara pembeli dan penjual untuk membeli serta menjual BTC dengan harga yang dipersetujui pada tarikh yang ditetapkan. Perjanjian (kontrak) yang terbabit adalah perdagangan komoditi dan bukannya aset pendasar sebenar (Bitcoin). Situasi ini seterusnya memberi peluang kepada para pelabur dalam mata wang Bitcoin tanpa keperluan untuk memegang mata wang kripto yang sebenar.

Siapakah yang membeli ETF?

Pendek kata ETF boleh dibeli oleh mana-mana individu. Aspek kawal selia terhadap BTC ETF berasaskan pasaran niaga hadapan dapat memberi pendedahan secara lebih meluas dalam BTC tanpa memegang sebarang kripto walaupun ketika ini masih wujud kekurangan dari segi perundangan kawal selia. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0