Ringkasan Minggu Lepas: Kertas putih Bitcoin disembunyikan dalam Apple Mac, Ethereum merekodkan kenaikan selama 9 bulan
Kami menampilkan sorotan-sorotan menarik dalam industri kripto yang berlaku pada minggu lepas dalam bentuk yang senang difahami.
Berita menarik
🍏 Kertas Putih Bitcoin disembunyikan dalam peranti MacOS
- Salinan kertas putih Bitcoin telah disembunyikan dalam setiap peranti MacOS sejak 2017.
- Fail PDF tersebut disembunyikan di dalam fungsi Virtual Scanner II pada aplikasi Image Capture Utility, dan boleh diakses melalui aplikasi terminal.
- Tidak jelas mengapa kertas putih tersebut disembunyikan dan tidak pasti sama ada Apple akan memadam PDF tersebut dalam kemaskini terbarunya.
🟠 MicroStrategy membeli Bitcoin bernilai jutaan Dollar
- MicroStrategy telah membeli 1,045 Bitcoin yang bernilai $29.3 juta, dengan anggaran harga sebanyak $28,016.
- Syarikat itu kini memegang lebih kurang 140,000 unit Bitcoin dengan anggaran harga pembelian sebanyak $29,803.
- Pembelian tersebut dilakukan di antara 24 Mac hingga 4 April.
☝️Kemaskini Shanghai memberi kesan positif terhadap harga Ethereum
- Harga Ethereum meningkat melebih $1,900 dalam seminggu, melebih Bitcoin.
- Kemungkinan kenaikan ini berlaku adalah kerana pelabur sedang teruja dengan kemaskini Shanghai yang selepas ini pentaruh boleh mengeluarkan ETH yang ditaruhkan.
- Beberapa pengguna juga percaya yang kemaskini ini akan menyebabkan tekanan jualan, tetapi jangkaan ini mula merosot apabila pelabur mula memahami dengan jelas bagaimana penarikan taruhan dan pertaruhan pada Ethereum akan memberi kesan terhadap kripto itu sendiri.
🧀 Syarikat perkhidmatan kewangan di Switzerland memberikan akses kripto terhadap jutaan pelanggannya
- PostFinance, syarikat perkhidmatan kewangan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Switzerland, telah bekerjasama dengan Sygnum, bank aset digital, untuk menawarkan pelanggannya akses terhadap perkhidmatan matawang kripto yang dikawal selia. PostFinance ialah firma perkhidmatan kewangan kelima terbesar di Switzerland, dengan lebih dari 2.5 juta pelanggan.
- Pelanggan PostFinance akan boleh membeli, menyimpan dan menjual matawang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum, melalui platform perbankan B2B Sygnum.
- Langkah ini diwujudkan sebagai respon terhadap permintaan pelanggan mengenai keselamatan, kawal selia dan kepercayaan dalam pasaran kripto. Kawal selia di Switzerland terhadap matawang kripto menjadikan persekitaran pelaburan terhadap aset digital tersebut menjadi menarik, menurut Ketua Pegawai B2B Sygnum, Fritz Jost.
Rangkuman prestasi dan angka
📈 105% – Kenaikan dalam harga saham MicroStrategy sejak awal 2023. Sebagai syarikat awam, MicroStrategy ialah salah satu pemegang Bitcoin terbesar, dan kini memegang 1 dari setiap 150 koin yang akan dicipta.
🍰 17% – Saham stablecoin dalam keseluruhan pasaran modal kripto. Kenaikan dalam dominasi stablecoin bermaksud lebih besar saham stablecoin dalam pasaran, menandakan sentimen mengelak risiko apabila pelabur menebus stablecoin untuk dolar atau menjual kripto utama seperti BTC dan ETH.
⚖️ 12% – Dominasi stablecoin pada 25 Mac.
💪 45.76% – Pendominasian Bitcoin pada waktu artikel ini ditulis
💳 100,000 – Anggaran jumlah individu di India yang telah menggunakan matawang digital bank pusat (CBDC) sejak projek itu dimulakan pada bulan Disember.
Kapsul masa kripto
Adakah sejarah akan berulang pada kitaran halving seterusnya?
Trivia kripto
Banyak negara sedang sibuk merancang atau melancarkan stablecoin mereka sendiri. Klik di SINI untuk mengetahui apa, mengapa dan bagaimana stablecoin berfungsi.