Ringkasan Minggu Lepas: Perlumbaan ETF ETH & BTC kini bermula

Berita Kripto Mingguan: PayPal luncurkan stablecoin dan X sediakan layanan trading?

Kami menampilkan sorotan-sorotan padat dan ringkas, mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam industri kripto.

Berita menarik minggu lepas

🟠 Harga Bitcoin naik tertinggi bagi bulan lepas

  • Harga Bitcoin melepasi tahap $28,000 pada awal pagi Isnin, seiring dengan harga matawang kripto lain, menjadikannya harga tertinggi bagi BTC bagi bulan ini.
  • Kenaikan tiba-tiba ini menjadikan pakar penganalisis keliru akan sebab kenaikannya yang melebihi 4%.
  • Momentum pasaran menurun pada kadar yang sama ia bermula, dengan harga Bitcoin berkurangan sebanyak 2.7% pada hari seterusnya.

😶‍🌫️ SEC menunda keputusan pengesahan ETF BTC

  • Securities and Exchange Commission (SEC) menunda keputusannya untuk sama ada ingin meluluskan beberapa permohonan dana dagangan bursa (ETF) Bitcoin.
  • “Berlawanan dengan jangkaan pasaran, penundaan terkini oleh SEC terjadi dua minggu lebih awal berbanding tarikh akhir yang dijadualkan pada 16 sehingga 19 Oktober,” lapor Forbes.
  • “Keputusan pengawal selia kelihatan dipengaruhi oleh penutupan oleh kerajaan AS, yang boleh menganggu kawal selia kewangan dan operasi persekutuan lain,” menurut syarikat penerbitan tersebut.

📣 Keadaan semakin teruja bagi Futures ETF ETH pertama

  • “Keterujaan bermula selepas Valkyrie mengumumkan mereka membeli futures Ether untuk $BTF hari ini (sebelum penukaran nama rasmi pada hari Selasa),” menurut Eric Balchunas, penganalisis ETF kepada Bloomberg, dalam satu hantaran di laman X.
  • Van Eck, pengurus aset juga mengesahkan pelancaran futures Ethereum ETF.
  • “Seperti yang diperkatakan mengenai futures ETH, terutamanya spot Bitcoin, ia akan menjadi perang pemasaran yang tidak pernah dilihat, disebabkan semuanya dilancarkan pada hari yang sama,” menurut Balchunas dalam hantaran lain.
  • Aktiviti dagangan yang perlahan pada futures ETH dalam pasaran ETH pada hari Isnin gagal untuk mencapai keterujaan, menurut seorang pakar penganalisis. “Keseluruhannya, aliran cetek menunjukkan pasaran yang berlubang dan kekurangan pendedahan bagi ETH,” menurut Vetle Lunde, pakar penganalisis di K33 Research, di X.

🇺🇲  Pengurusi SEC menjawab soalan di hadapan kongres

  • Pengurusi SEC, Gary Gensler menjawab soalan daripada kongres mengenai pelbagai perkara, termasuklah bagaimana SEC menguruskan kawal selia kripto.
  • Dalam salah satu jawapannya, Gensler menjawab yang SEC masih belum membuat keputusan maklumbalas mengenai keputusan mahkamah agar SEC patut melihat semula pendirian mereka terhadap permohonan dana dagangan bursa (ETF).
  • “Suruhanjaya ini masih aktif mempertimbangkan maklumbalas terhadap perkara tersebut,” menurut Gensler dalam testimoninya. “Kami amat menghormati mahkamah.”

Bacaan panjang

Apakah jenis pelabur kripto dalam diri anda?


Rangkuman prestasi dan angka

🧐 $1.96 juta – Volum dagangan hari pertama bagi ETF futures ETH. 

🙄 $1.01 bilion – Volum dagangan hari pertama oleh BITO, ETF futures Bitcoin ProShare yang dilancarkan pada Oktober 2021. Ia merupakan perbandingan tidak adil terhadap volum ETF ETH, memandangkan BITO dilancarkan pada puncak kitaran bull lepas.

⏱️ 240 – Jumlah baki hari untuk SEC membuat keputusan sama ada mereka ingin meluluskan pemfailan pelbagai ETF spot BTC. Menurut SEC, mereka bermatlamat untuk mencapai keputusan sebelum 10 Januari.


Trivia kripto

Apa itu kontrak pintar?


Lindungi kripto anda

Langkah pertama untuk melindungi diri anda terhadap scam ialah kekal peka terhadap kaedah-kaedah baru penjenayah ini melakukan kerja jenayah mereka. Kami di sini sedia membantu anda.

🕸️ Apakah petunjuk yang anda perlu ketahui?

*Maklumat ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan untuk melabur. Semua pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain disediakan sebagai komentari pasaran am untuk tujuan maklumat dan bukan sebagai nasihat pelaburan atau cadangan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas anda sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.

Adakah artikel ini berguna?

9
0