Selangkah ke masa depan: Panduan pemula terhadap Web3
Anda mungkin telah mendengar cerita-cerita mengenai Web3, yang dikhabarkan ia akan menjadi masa depan internet. Tapi, apa sebenarnya Web3? Dalam panduan mesra pemula ini, kami akan menerangkan konsep Web3 dengan lebih mudah, teroka bagaimana ia berbeza dari Web1 dan Web2, dan memahami sebab utama kewujudan Web3.
Fokus Web3 ialah pencarian internet yang lebih saksama dan tidak berpusat. Dalam model Web2 sedia ada, pengguna dianggap terdedah. Mereka menyediakan data yang berharga, tetapi biasanya mereka hanya mempunyai kawalan yang terhad terhadap data mereka sendiri dan syarikat-syarikat teknologi gergasi pula mendapat keuntungan daripadanya. Pengguna mencipta karya seni dan muzik, namun dipaksa untuk menyerahkan pemilikan mereka untuk mengelakkan cetak rompak. Oleh itu, karya-karya seni dan muzik ini tidak menerima nilai dan terdedah kepada penapisan.
Web3 bermatlamat untuk menguasakan pengguna dengan menyahpusatkan pemilikan data dan kawalan menggunakan teknologi rantaian blok. Kaedah ini bukan sahaja meningkatkan privasi pengguna, namun ia juga membolehkan interaksi peer-to-peer, kontrak pintar dan tahap baru kedaulatan digital. Web3 adalah mengenai menyamaratakan industri digital, di mana individu dalam Web3 mempunyai ‘suara’ yang lebih kuat dalam pengalaman atas talian mereka.
Web1, Web2, dan Web3: Satu bandingan
Web1 (Web terawal) | Web2 (Web sosial) | Web3 (Web tidak berpusat) | |
Pemilikan Data | Dikawal secara berpusat oleh beberapa entiti. | Konten dijana oleh pengguna, platform berpusat. | Tidak berpusat, data dikawal oleh pengguna. |
Interaksi | Laman web statik, interaksi pengguna terhad. | Konten dinamik, media sosial, penglibatan pengguna. | Interaksi peer-to-peer, kontrak pintar, aplikasi tidak berpusat. |
Model kepercayaan | Kepercayaan diletakkan di penguatkuasa pusat (institusi, laman-laman web). | Kepercayaan terhadap konten yang dijana oleh pengguna, komuniti atas talian. | Tiada kepercayaan, pengesahan kriptografi, algoritma konsensus. |
Hak Pemilikan | Pengguna biasanya tidak memiliki data mereka. | Pengguna mempunyai hak pemilikan yang terhad. | Pengguna mempunyai pemilikan yang lebih besar, dan kawalan terhadap data dan aset digital mereka. |
Contoh | Laman web awal, direktori atas talian. | Platform media sosial, pasaran atas talian. | Aplikasi berasaskan rantaian blok, kewangan tidak berpusat (DeFi), pasaran NFT. |
Web3: Bukan sekadar matawang kripto
Web3 bukan sahaja meliputi matawang kripto, walaupun matawang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum adalah asas dalam pembinaannya. Web3 merangkumi satu spektrum teknologi tidak berpusat dan konsepnya bermatlamat untuk membentuk semula bagaimana kita berinteraksi dengan dunia digital.
Komponen utama Web3
Aplikasi tidak berpusat (DApps)
DApps merupakan aplikasi yang bergerak di rangkaian tidak berpusat seperti Ethereum. DApps menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuklah kewangan, permainan, media sosial tanpa memerlukan penguatkuasa pusat.
Dalam rangkaian berpusat, penguatkuasa pusat seperti bank atau kerajaan, mengekalkan dan mengawal matawang, transaksi dan rekod-rekod yang wujud. Manakala rangkaian tidak berpusat pula seperti Ethereum, beroperasi tanpa penguatkuasa pusat dan bergantung pada rantaian blok serta keseluruhan rangkaian pengesah untuk mengesahkan transaksi. Pengguna mempercayai konsensus rangkaian berbanding penguatkuasa pusat, dan kaedah ini menawarkan ketelusan, keselamatan dan autonomi.
Kontrak pintar
Kontrak yang dilaksanakan sendiri dengan peraturan yang telah ditetapkan, serta penguatkuasaan secara automatik. Kontrak pintar memotong keperluan pihak tengah dalam pelbagai perjanjian, dari transaksi kewangan, hingga ke kontrak rasmi.
Pelayar Web3
Pelayar web khas yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi tidak berpusat, menguruskan aset digital dan mengekalkan kawalan pengguna terhadap data mereka.
Kewangan tidak berpusat (DeFi)
Ekosistem kewangan yang dibina pada teknologi rantaian blok. Ia menawarkan perkhidmatan seperti pinjaman dan dagangan tanpa penggunaan pihak tengah.
Token tidak sepiawai (NFT)
Aset digital unik yang mewakili pemilikan karya seni, koleksi dan banyak lagi. Pemilikan ini direkodkan pada rantaian blok. NFT membolehkan pengesahan pemilikan dilakukan dengan jelas.
Identiti tidak berpusat
Sistem yang membolehkan pengguna untuk mengawal identiti atas talian dan data peribadi mereka tanpa perlu bergantung pada penyedia identiti berpusat.
Web3 mewakili satu anjakan dalam cara kita melihat dan berinteraksi dengan internet. Ia merupakan visi dunia digital tidak berpusat, di mana pengguna mendapat semula kawalan data mereka, berinteraksi secara peer-to-peer, dan menyertai ekosistem tanpa kepercayaan.
Transisi dari Web1 ke Web2 adalah satu proses perlahan yang mengambil masa beberapa tahun. Web2 atau “Laman Web Sosial” mula muncul pada pertengahan tahun 2000-an. Pembangunan utama dalam transisi ini termasuklah kebangkitan platform media sosial, peningkatan konten yang dijana oleh pengguna, dan perkembangan komuniti atas talian. Adakah kita sedang melihat batu bata Web3 sedang dibina?
*Maklumat ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan untuk melabur. Semua pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain disediakan sebagai komentari pasaran am untuk tujuan maklumat dan bukan sebagai nasihat pelaburan atau cadangan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas anda sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.