Apa itu kontrak pintar?

Kontrak pintar adalah sama dengan kontrak lain, yang fungsinya mengikat dua atau lebih pihak ke dalam satu perjanjian. Tetapi perbezaan yang ketara ialah sistem kontrak ini tidak memerlukan peguam atau sebarang pihak di tengah-tengah untuk memastikan perkara-perkara yang ditulis dalam kontrak tersebut dipenuhi. Kontrak pintar dilaksanakan dan disahkan secara automatik serta segera oleh program komputer berdasarkan rantaian blok. Semua individu yang terlibat di dalam kontrak pintar terus dapat memastikan hasilnya dan tidak boleh diundurkan semula.
Contoh kontrak pintar
Kontrak pintar boleh digunakan dalam apa-apa perjanjian. Jika anda membeli atau menjual rumah, sebagai contoh, banyak kos-kos tambahan yang perlu ditanggung seperti kos orang tengah, kos pengesahan pemindahan pemilikan rumah dan banyak lagi. Banyak daripada proses-proses ini boleh diautomatikkan menggunakan kontrak pintar.
Peminjam seperti bank, sebagai contoh, boleh menyediakan perjanjian hartanah kontrak pintar yang akan dibayar sebaik sahaja syarat-syarat pra-wujud telah dipenuhi oleh pemohon pinjaman, seperti situasi Alice dalam contoh di bawah.
Kontrak pintar boleh memproses dan mengesahkan bukti pendapatan dan aset, bersama-sama dengan semak dan imbang yang biasanya memerlukan peguam atau pihak ketiga untuk pengesahan. Apabila selesai, pinjaman akan dibayar kepada Alice.

Rantaian blok mengeluarkan keperluan orang tengah kerana sistem ini memadam terus elemen kepercayaan dalam proses ini kerana semua maklumat disimpan dalam rantaian blok yang tidak boleh diubah dan kod komputer akan melaksanakan kontrak tersebut.
Sementara kontrak pintar dalam melaksanakan fungsi-fungsi tertentu, aplikasi tidak berpusat (dApps) akan menggabungkan banyak kontrak pintar untuk melaksanakan tindakan canggih dengan satu aplikasi tunggal.
Kesimpulannya
Kontrak pintar adalah sama seperti kontrak lain, tetapi syarat dan perjanjiannya disahkan oleh program komputer.
Di mana kontrak pintar dibina?
Kontrak pintar dibina di rantaian blok – teknologi yang menguasakan matawang kripto seperti Ethereum — yang dicipta khas untuk menempatkan program-program seperti ini. Rantaian blok yang boleh diprogram juga mampu menempatkan maklumat transaksi dan program komputer yang menggerakkan kontrak pintar.
NFT sebagai kontrak pintar
NTF di-mint-kan pada rantaian blok menggunakan kontrak pintar. Setiap kali seseorang memuatkan satu NFT ke dalam rantaian blok matawang kripto (atau mint), satu kontrak pintar akan dicipta. Konsepnya sama seperti mesin layan diri (vending machine) untuk NFT. Masukkan duit, pilih minuman dan mesin akan hantar pesanan anda.
Kontrak pintar juga akan merekodkan maklumat bagi setiap transaksi, melantik pemilik dan memastikan kripto akan didebitkan dan dikreditkan daripada dompet-dompet yang berkenaan secara automatik. Semua ini akan diproses tanpa melibatkan James, Hamdan, Sabariah, Kelly, Wei Chen, broker, Sotheby, atau bank, untuk melaksanakannya.
Matawang kripto dan rantaian blok apakah yang mempunyai fungsi kontrak pintar?
Ethereum ialah rantaian blok asal untuk fungsi kontrak pintar dan telah memberi inspirasi terhadap rantaian blok boleh diprogramkan seperti Solana, Polygon dan Cardano.