Apa itu Synthetix

Synthetix adalah ekosistem dagangan desentralisasi yang dibina pada rantaian blok Ethereum. Synthetix membolehkan pengguna mengakses pelbagai aset-aset berbeza seperti stok, komoditi, matawang fiat dan matawang kripto lain tanpa perlu memiliki aset dasar. Synthetix merealisasikannya dengan penciptaan ‘synth’, ataupun versi digital sintetik aset dunia nyata yang boleh diniagakan pada rangkaian Synthetix.

Token SNX digunakan sebagai cagaran bagi aset-aset sintetik yang ditokenkan. Setiap kali synth dikeluarkan, token SNX akan dikunci dalam kontrak pintar.

Ringkasnya, Synthetix menukar aset dunia nyata menjadi bentuk digital.

Memahami aset sintetik

‘Synth’ secara asasnya ialah derivatif – satu instrumen kewangan dengan nilai yang berasaskan prestasi aset asas, indeks atau kadar rujukan. Nilai synth diterbitkan dari pergerakan harga aset-aset asas ini. Derivatif ditawarkan dalam pelbagai bentuk seperti kontrak masa depan, opsyen, swap dan forward. Para pelabur menggunakan derivatif untuk tujuan melindungi pelaburan mereka dari risiko, spekulasi pergerakan harga, atau mendapatkan pendedahan terhadap pasaran tanpa perlu memiliki aset tersebut secara terus.

Synth dipanggil sebagai derivatif kerana nilainya diteribitkan dari nilai aset lain seperti saham, komoditi atau matawang. Ini bermaksud harga derivatif berkaitan terus dengan perubahan harga aset asas, menjadikannya sebagai kontrak kewangan yang terbit dari prestasi aset lain.

SNX, token natif protokol Synthetix yang tersedia di Luno adalah bukan derivatif.

Bagaimana Synthetix berfungsi? 

Pengguna boleh mencipta USD sintetik (sUSD) dengan mengunci token SNX sebagai cagaran. Token sUSD akan menjejak nilai Dolar AS dan membolehkan pengguna untuk meniagakannya pada bursa Synthetix seperti matawang-matawang lain. Pengguna juga boleh mencipta synth Bitcoin (sBTC), emas (xXAU) atau saham Apple (sAAPL).

Meniagakan aset-aset sintetik ini membolehkan pengguna untuk mendapatkan pendedahan terhadap pelbagai pasaran tanpa perlu memiliki aset tersebut secara terus. Synthetix juga membolehkan pengguna untuk terlibat dalam strategi dagangan derivatif seperti long atau short, melindungi nilai dari turun naik harga dan mengakses pasaran yang sukar untuk diakses.

Elemen penting bagi protokol Synthetix ialah rangkaian oracle. Kontrak pintar ini direka untuk mengawasi harga aset-aset dunia nyata dan menyediakan data ini kepada rangkaian rantaian blok. Oracle membolehkan synth untuk memaparkan harga aset asas dengan tepat.

Protokol Synthetix menggunakan Chainlink sebagai rangkaian oracle utama untuk mendapatkan harga aset-aset dunia nyata dan menyediakan data ini kepada kontrak pintar. Dengan menyepadukan rangkaian oracle desentralisasi Chainlin, Synthetix dapat memastikan kebolehan dan keselamatan suapan harga terhadap aset-aset sintetik.

Apakah matawang kripto natif bagi Synthetix?

Matawang kripto natif bagi rantaian blok Synthetix ialah SNX (Synthetix Network Token). SNX mempunyai beberapa peranan dalam ekosistem Synthetix seperti cagaran terhadap nilai aset-aset sintetik yang dicipta pada platform ini. Pemegang SNX boleh menjadikan token mereka sebagai Stake (cagaran), dan menerima ganjaran dari aktiviti dagangan yang dibuat pada platform ini.

Pemegang SNX juga boleh menyertai tadbir urus protokol Synthetix, membolehkan mereka mengundi perubahan dan kemaskini sistem.

Pekakas berguna

Laman web Synthetix 
Blog Synthetix Synthetix pada aplikasi X

Adakah artikel ini berguna?

0
0