Bagaimana teknologi kripto mengubah industri muzik?

Matawang kripto dan teknologi rantaian blok kini digunakan untuk menambah nilai dan meningkatkan pelbagai aspek dalam industri muzik. Kombinasi ini telah membuka pelbagai kemungkinan, daripada memberikan rekod telus terhadap hak pemilikan oleh artis tersebut, atau memberikan kaedah baru untuk artis-artis ini berkomunikasi dan berinteraksi dengan peminat mereka.

Semua terlibat, tiada yang terkecuali 

Hak pemilikan dan royalti terus menjadi isu bagi para pemuzik, dengan anggaran lebih kurang 50% daripada royalti yang perlu dibayar kepada artis, tidak pernah dibayar oleh platform streaming.

Pemenang anugerah Grammy, Imogen Heap baru-baru ini ada menjelaskan yang setiap kali para artis cuba untuk menuntut bayaran mereka, maklumat terhadap tuntutan itu tidak boleh diakses. “Di mana, dan bagaimana kami tahu ia betul atau salah? Kami tidak mempunyai apa-apa cara untuk menyemak.” Menurutnya lagi, “Apabila bayaran di buat, mereka [syarikat royalti] mempunyai set data mereka sendiri dan setiasa tidak sepadan dengan individu lain. Jadi, lebih kurang 50% daripada semua royalti akan hilang, atau diberikan kepada individu yang salah.”

Heap juga mengatakan yang para artis sekarang sedang berjuang untuk satu platform terbuka, dimana maklumatnya senang diakses dan pecahan-pecahan pemilikan muzik merentasi pelbagai organisasi mungkin boleh diselesaikan dengan platform yang menggunakan teknologi rantaian blok.

Bagaimana platform ini berfungsi?

Imogen Help bekerjasama dengan platform berasaskan rantaian blok, UjoMusic dengan menerbitkan lagunya “Tiny Human” bersama-sama maklumat lesennya.

Melalui platform UjoMusic, peminat boleh memuat turun lagu tersebut dengan Ether sebagai tukaran, matawang natif bagi rangkaian Ethereum, untuk penggunaan komersial atau bukan komersial. Dalam erti kata lain, jika pengguna menggunakan lagu tersebut secara peribadi, teknologi kontrak pintar tidak akan mengenakan bayaran, tetapi, jika ia digunakan secara komersial, sebagai contoh, digunakan di dalam iklan, syarat dalam kontrak pintar akan dipenuhi menyebabkan pembayaran akan dikenakan secara automatik. Dengan itu, semua individu yang terlibat dalam penciptaan lagu tersebut akan dibayar segera.

Heap juga bersama-sama dengan para artis lain dan beberapa institusi kajian turut mencipta “the creative passport“, iaitu ID digital untuk pencipta muzik yang membolehkan mereka mengakses, mengemaskini dan menguruskan maklumat mengenai mereka sendiri dan berkongsi dengan individu lain.

Tujuan utama bagi projek ini adalah untuk menjadi satu entiti yang tidak berkait atau terikat dengan apa-apa dan mana-mana pihak ketiga.

Bagaimana platform rantaian blok berbeza daripada platform streaming muzik biasa?

Semuanya mengenai tahap kawalan artis tersebut terhadap karya mereka. Sebelum rantaian blok menjadi pilihan, para artis terikat dengan pelbagai pihak ketiga seperti syarikat rakaman dan perkhidmatan streaming. Oleh itu, hampir semua inovasi difokuskan terhadap memastikan muzik-muzik tersebut sampai ke tangan pengguna secepat mungkin dengan cara paling mudah, tanpa mengira masalah-masalah yang perlu dihadapi oleh pemuzik dan individu-individu lain di belakang tabir.

Sifat teknologi rantaian blok yang telus dan tidak boleh disembunyikan membolehkan para pemuzik dan artis mendapatkan kembalik pemilikan inovasi mereka, membina semula cara muzik mereka dicipta, dibeli, dijual, digunakan dan diuruskan secara adil dan telus.

Artis berpengaruh yang memperjuangkan teknologi rantaian blok:

Wang NFT

Artis juga kini turut mempertimbangkan NFT sebagai pendapatan tambahan.

NFT boleh membantu artis membina komuniti mereka dan membina konten yang lebih kemas. Artis seperti Snoop Dogg, 3LAU dan Nas adalah beberapa penyokong penggunaan token untuk melancarkan muzik mereka dan menyediakan kelebihan tambahan kepada peminat mereka, termasuklah diskaun terhadap royalti penstriman kepada individu yang membeli NFT mereka.

Justin Blau, CEO Royal, sebuah platform perlesenan muzik, mengatakan yang NFT merupakan perkakas yang hebat kerana ia boleh mengesahkan pelbagai jenis aset yang berbeza. Sebaik sahaja token-token ini muncul pada rantaian blok, ia boleh menyediakan maklumat kepada peminat yang memilikinya, dan membolehkan artis menghubungi mereka secara terus tanpa keperluan orang tengah.

Daripada royalti hinggalah intraksi, matawang kripto dan rantaian blok mencipta kaedah baru untuk mengembangkan dan mengubah industri muzik untuk memberi manfaat kepada kedua-dua artis dan peminat. Teknologi rantaian blok ini memberikan harapan untuk memulangkan hak kepada pencipta.

Did you find this useful?

0
0