Apa itu rantaian blok?

Cara Mengatasi dan Meminimalisasi Defisit Anggaran

Rantaian blok sering digambarkan sebagai lembaran kerja atau spreadsheet digital yang mengesan atau memantau mana-mana data yang dimuat turun dan dimasukkan ke dalamnya. Antara kegunaan rantaian blok adalah seperti merekod dan mengesan sebarang transaksi, penjualan ataupun pangkalan undi. Rantaian blok memiliki kekuatan dari segi teknologi termasuk sifatnya yang berkekalan di mana segala informasi yang dimuat turun tidak dapat diubah di samping aspek tahap keselamatan dan ketelusan. 

Dalam dunia kripto, rantaian blok berfungsi sebagai tunjang kepada rangkaian kripto dengan merekodkan segala urusan transaksi yang terlibat untuk setiap mata wang kripto. Misalnya, rantaian blok Bitcoin adalah dalam bentuk lejar melibatkan lembaran kerja yang merekodkan setiap transaksi yang pernah dijalankan oleh Bitcoin. Dalam hal ini, setiap nod dalam rangkaian Bitcoin mempunyai salinan kepada keseluruhan rantaian blok Bitcoin.

Contoh rantaian blok?

Contoh terbaik rantaian blok ialah Bitcoin.

Lejar Bitcoin diagihkan merentasi keseluruhan rangkaian dan semua pengguna dalam rangkaian tersebut boleh melihatnya dan mempercayai kesahihannya. Transaksi kemudiannya direkodkan pada lejar rantaian blok Bitcoin dan dihantar merentasi keseluruhan rangkaian Bitcoin untuk paparan semua pengguna.

Lejar yang dikemaskini tersebut kemudiannya disalin berulang-ulang kali pada setiap jam, oleh pelbagai komputer untuk memastikan semua berada pada halaman yang betul. Pengguna akan mengesahkan transaksi telah dilaksanakan dan tiada perkara yang terlepas. Jika transaksi tersebut mendapat sekurang-kurangnya 51% pengesahan, ia akan ditambah secara kekal pada rantaian blok.

Oleh kerana rantaian blok perlu disemak berulang-ulang kali oleh komputer di seluruh dunia, anda sebenarnya boleh menjadikan komputer anda untuk menjadi salah satu rangkaian yang membantu mengesahkan dan melombong Bitcoin.

Ramai pengguna rantaian blok bukan sahaja menggunakan teknologi ini untuk matawang kripto. Secara teori, anda juga boleh menyimpan sebarang data pada rantaian blok dan syarikat dari pelbagai industri menggunakannya untuk pelbagai tugasan, seperti menjejaki barang-barang dalam rantaian bekalan.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

1
0