Dari mana datangnya XRP?

Asal usul Ripple bermula pada tahun 2004 sebagai RipplePay. Tujuan RipplePay pada masa itu adalah untuk menyediakan perkhidmatan transaksi kewangan yang selamat, pantas dan murah di seluruh dunia berbanding rangkaian pembayaran sedia ada termasuk SWIFT.

Pada asalnya, RipplePay hanya membolehkan seseorang individu untuk memberi barisan kredit kepada rakan dan keluarga mereka selain membenarkan pembayaran tradisional secara dalam talian atau mata wang digital. Pada 2012, sebuah syarikat teknologi yang dikenali sebagai RippleLabs telah mengambil alih RipplePay dan membuat penstrukturan semula terhadap protokol tersebut. Sistem baharu ini mengandungi ciri-ciri seperti sistem wang digital melalui integrasi dengan matawang XRP. 

Evolusi ini terus berkembang menjelang awal tahun 2011 apabila Arthur Britto, Jed McCaleb dan David Schwartz berganding untuk menubuhkan sebuah pasukan yang kini dikenali sebagai lejar XRP. Lejar ini merupakan rangkaian blok yang merangkumi token XRP. 

XRP merupakan mata wang digital yang bebas tanpa dimiliki atau dikawal atau mana-mana entiti atau individu. Sebaliknya ia menjadi sumber terbuka kripto yang boleh diguna pakai oleh setiap orang termasuk Ripple. Lejar XRP adalah bersifat komuniti di mana hanya para pengguna terlibat yang boleh menentukan kejayaan dan kegagalannya.

Pada Ogos 2012, Chris Larsen telah menyertai pasukan XRP dan kemudiannya  mendekati Ryan Fugger untuk menggunakan mata wang digital mereka dengan rangkaian kredit tersendiri iaitu Ripple. Fugger bersetuju untuk menyokong usaha mereka dan hasilnya sebuah syarikat baharu bernama OpenCoin ditubuhkan dan diberi kawalan penuh terhadap syarikat yang dahulunya dikenali sebagai RipplePay.

Did you find this useful?

1
0