Fungsi Stake Ethereum kini tersedia di Luno

Anda kini boleh menjadikan Ethereum (ETH) anda sebagai Stake melalui aplikasi Luno dan menerima ganjaran ETH yang terus di bayar ke dompet Staking anda. Kaedah ini merupakan kaedah mudah dan selamat untuk menerima ganjaran dengan cara membantu memastikan integriti rangkaian Ethreum.

Apakah maksud anda boleh menjadikan Ethereum sebagai Stake? 

Apabila anda menjadikan sebarang kripto sebagai Stake, anda akan dianggap sebagai pengesah. Untuk melayakkan diri anda sebagai pengesah pada rangkaian matawang kripto yang menggunakan mekanisme Proof-of-Stake (POS), pengesah perlu ‘mengunci’, atau Stake, sejumlah matawang kripto sebagai cagaran. Anda juga memerlukan 32 ETH untuk melayakkan status anda sebagai pengesah, namun tiada keperluan minimum jika anda menyertai fungsi Stake melalui Luno.

Para pengesah merupakan salah satu perkara terpenting dalam rangkaian Ethereum. Jika terdapat lebih ramai pengesah dalam fungsi Stake, rangkaian akan menjadi lebih selamat kerana usaha untuk ‘memaksa’ transaksi yang tidak sah oleh pengesah tunggal akan menjadi lebih sukar. Anda boleh menyertai kumpulan pengesah ini dengan menjadikan kripto anda sebagai Stake di aplikasi Luno.

Bagaimana fungsi Stake di Luno berfungsi?

  • Cipta dompet Staking: Cipta dompet Staking pada aplikasi Luno
  • Masukkan kripto: Buat keputusan jumlah Stake anda
  • Terima ganjaran Stake: Dapatkan ganjaran ETH terus ke dompet anda dalam setiap lima hari.

Luno bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan fungsi Stake — Blockdaemon dalam menyediakan perkhidmatan dompet Staking Luno. Untuk mulakan, anda boleh memindahkan Ethereum terus ke dompet Staking anda.

Kripto yang ditambah ke dompet Staking akan dipindahkan ke alamat rantaian blok khas untuk mengesahkan transaksi. Ethereum anda mungkin akan mengambil beberapa hari untuk mula menerima ganjaran, namun apabila ianya aktif, ganjaran akan dibayar dalam setiap lima hari, serta ditambah pada jumlah prinsipal dalam dompet Staking anda.

Anda boleh menambah sebarang jumlah Ethereum ke dompet Staking dan meningkatkan ganjaran anda dengan melakukan sedemikian. Begitu juga bagi penarikan Stake. Anda boleh menarik Stake anda pada bila-bila masa, namun ia akan mengambil masa beberapa hari sebelum permintaan tersebut dilaksanakan. Ingat, kripto yang dijadikan Stake tidak boleh digunakan untuk transaksi sehinggalah anda menarik semula Stake.

Berapakah ganjaran bagi pengesah? 

Ganjaran adalah bergantung kepada jumlah para pengesah dalam rangkaian, namun anda boleh menerima ganjaran sehingga 4% setahun, berdasarkan jumlah ETH yang dijadikan Stake.

Adakah terdapat risiko yang terlibat dalam fungsi Stake?

Ethereum bergantung pada para pengesah bagi keselamatan rangkaiannya, oleh itu, adalah penting untuk para pengesah untuk menjaga amanah apabila dilantik menjadi pengesah. Jika tindakan yang betul dilakukan, mereka akan diberikan ganjaran Ethereum. Sebaliknya, jika mereka melakukan tindakan yang salah, seperti berada di luar talian, atau membuat kesalahan apabila mengesahkan transaksi, rangkaian Ethereum akan mengambil peratusan dari kripto yang dijadikan Stake sebagai penalti.

Blockdaemon, penyedia perkhidmatan fungsi Stake Luno, ialah salah satu penyedia perkhidmatan Stake yang paling dipercayai dalam industri, dengan rekod 99.9% masa berfungsi. Nod pengesah mereka diawasi 24/7 dengan nod sandaran sentiasa dalam mod sedia jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Oleh sebab demikian, slashing amat jarang berlaku. Namun jika ia berlaku, penyedia perkhidmatan Staking kami mempunyai proses untuk menyemak dan melihat semula penalti yang dikenakan, untuk menilai semula sama ada tindakan tersebut munasabah atau tidak. Kami akan berkomunikasi dengan anda jika situasi tersebut berlaku.

Kami mengambil setiap langkah keselamatan untuk mengurangkan risiko terhadap pengguna fungsi Stake di Luno, namun perlu dimaklumkan bahawa masa turun dan slashing boleh berlaku disebabkan oleh faktor di luar kawalan Luno. Hanya jadikan kripto anda sebagai Stake jika anda bersedia untuk menghadapi risiko-risiko ini.

Teruskan membaca 

Apa itu fungsi Stake?

Apa itu Ethereum?

Mengapa Ethereum memerlukan anda untuk menjadikkannya sebagai Stake?

*Baca lagi Terma & Syarat di: www.luno.com 

** Fungsi Stake masih belum dinilai dari sudut Syariah

Did you find this useful?

1
0