Apa itu proof-of-stake?

Sementara rantaian blok Bitcoin berfungsi sebagai buku cek digital dan lejar yang memproses segala transaksi yang berlaku, Proof-of-Stake (PoS) merupakan salah satu jenis protokol konsensus. Protokol ini bergantung kepada rangkaian ‘pihak pengesah’ dengan peranan yang hampir serupa dengan para pelombong iaitu membuat pesanan transaksi serta mencipta blok baharu yang perlu dipersetujui oleh semua parti terbabit sebelum ia ditambah ke dalam rantaian blok. 

Antara perbezaan ketara adalah kriteria yang melibatkan pemilihan pencipta blok termasuk penilaian dari segi nilai kekayaan seperti amaun Ether yang dimiliki oleh pihak pengesah. Dalam konteks ini, pihak pengesah memberi sumbangan atau ‘mempertaruh’  atau ‘stake’ mata wang mereka sebagai pertukaran untuk mendapatkan peluang bagi pengesahan transaksi baharu, mengemas kini rantaian blok serta mendapatkan ganjaran yang sewajarnya. Memandangkan rangkaian bukti pemilikan adalah berdasarkan algoritma yang bertindak untuk memilih pihak pengesah, jadi semakin besar pertaruhan maka semakin tinggi kebarangkalian mereka untuk dipilih. 

Salah satu platform yang paling terkenal dengan protokol ini adalah Ethereum, di mana para pembangun program beranggapan bahawa protokol proof-of-work (PoW) bakal berdepan dengan isu-isu seperti kebolehskalaan serta kadar hash akibat kekangan seperti dari segi cabaran matematik yang semakin sukar untuk diselesaikan oleh para pelombong.

Perbezaan ketara antara proof-of-stake dan proof-of-work:

  • Amaun tenaga yang diperlukan untuk melombong blok adalah lebih rendah
  • Blok baharu dapat dicipta walaupun dengan teknologi yang kurang canggih 
  • Dokongan berterusan ke arah sistem tidak berpusat hasil kewujudan nod bebas dengan bilangan peserta nod yang ramai di dalam rangkaian
Did you find this useful?
0
0