Kekal selamat daripada penipuan berkaitan kripto
Beroperasi di dunia digital datang dengan pelbagai kemudahan, namun begitu kita perlu menjadi lebih berhati-hati terhadap siapakah individu yang boleh dipercayai dan apakah yang boleh dipercayai. Di Luno, kami amat mementingkan keselamatan pelanggan dan dana simpanan mereka. Ciri-ciri keselamatan diletakkan di setiap bahagian perkhidmatan kami – dari cara aplikasi kami dibina hinggalah ke kaedah kami berkomunikasi dengan pelanggan.
Transaksi matawang digital telah dibina untuk tidak boleh dipulangkan, oleh itu ia menjadi sasaran popular bagi scammer dan phisher. Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh membantu anda untuk memastikan tiada individu lain mendapat akses ke akaun atau dana milik anda.
- Ketahui cara-cara untuk mengenali scammer matawang kripto
- Belajar cara-cara untuk melindungi diri anda daripada penipuan di media sosial
- Belajar cara-cara untuk melindungi wang anda daripada penipuan dagangan, Ponzi dan skim piramid
- Belajar cara-cara untuk melindungi diri anda daripada phishing
- Belajar cara-cara untuk memastikan matawang kripto anda selamat
Jika anda menerima sebarang komunikasi yang mencurigakan, sila laporkan kepada kami dengan melampirkan tangkap layar insiden berikut ke [email protected].
Peka dengan malware
Terdapat malware terbaru yang dipanggil Alien, dan ia mensasarkan khusus kepada pengguna Android.
Malware, ringkasan bagi malicious software atau perisian jahat, ialah sebarang perisian (virus, kuda trojan, rootkits, lain-lain) yang dibina secara sengaja untuk menyebabkan kepada komputer, server, klien atau rangkaian komputer. Penggodam mempunyai pelbagai cara untuk memperdayakan anda memasang malware, dan kaedah terbaik untuk menghentikan serangan ini adalah dengan mengelakkan terus daripada terlibat dengan sebarang perkara-perkara atau pautan yang mencurigakan.
Tip: Fikir semula sebelum menekan sebarang pautan atau muat turun, dan tidak sesekali memasang aplikasi daripada laman web yang mencurigakan serta memberikan admin right kepada aplikasi tersebut. Pastikan anda hanya memasang aplikasi daripada gedung aplikasi rasmi.
Elakkan penipuan di Telegram
Telegram merupakan platform yang amat meluas digunakan dalam komuniti kripto. Platform ini merupakan tempat terbaik bagi peminat dan syarikat-syarikat kripto untuk berbincang mengenai berita-berikat kripto, berkongsi trend dan maklumat-maklumat penting dengan para ahli komuniti lain. Namun begitu, disebabkan kemudahan inilah yang menjadikan Telegram sebagai ‘lubuk’ kepada scammer untuk menyamar sebagai individu yang berpengaruh, atau organisasi dengan cubaan untuk mendapatkan akses kepada akaun atau dana pemilik kripto.
Pastikan anda berinteraksi dengan akaun Telegram Luno yang sah
Luno South Africa
Luno France
Luno Nigeria
Luno Malaysia
Luno Indonesia
Luno Singapore
Luno Uganda
Jika anda menerima mesej daripada seseorang yang mengatakan yang beliau bekerja di, atau dengan Luno, kami meminta anda untuk menghentikan perbualan tersebut dan beritahu kami secepat mungkin dengan mengambil tangkap layar dan hantarkannya ke [email protected].
Buat masa ini, saluran Telegram Luno kami masih belum disahkan. Kami sedang berusaha untuk mendapatkan lencana pengesahan untuk memastikan anda dapat mengenali saluran Telegram Luno yang sah dengan lebih mudah.
Elakkan penipuan Facebook
Scammer pada Facebook biasanya mempunyai banyak cara untuk memperdayakan pengguna. Ambil langkah berjaga-jaga terhadap:
- Scammer akan cuba untuk menjawab/membalas komen ada pada Facebook Luno – kemudian mereka akan cuba mengajak anda untuk berbual di platform lain seperti Telegram atau WhatsApp
- Mereka biasanya menawarkan pulangan tinggi jika anda memberikan wang untuk melabur bagi pihak anda – jangan sesekali memberikan wang kepada mereka untuk melabur.
- Ingat, kaedah terbaik untuk mengelak daripada ditipu ialah elak daripada berinteraksi dengan individu yang tidak dikenali di media-media sosial termasuklah Facebook. Anda tidak boleh mengesahkan identiti mereka melalui platform-platform ini.
Elakkan penipuan Instagram
- Scammer biasanya akan cuba untuk menghantar direct message pada Instagram dan mula bersembang mengenai pelaburan atau “menjana pendapatan”
- Seperti yang dinyatakan, adalah terbaik jika anda tidak berinteraksi dengan individu yang tidak dikenali di media sosial
- Luno tidak akan menghubungi anda melalui Instagram
Platform media sosial rasmi
Facebook Global
Facebook South Africa
Facebook Nigeria
Facebook Malaysia
Facebook Malaysia Community Group
Facebook Singapore
Facebook France
Instagram Global
Instagram Indonesia
Twitter
Sokongan pengguna Twitter @LunoHelp
Luno Engineering Twitter
LinkedIn
Luno website
YouTube
Medium
Quora
Luno Expeditions Website
Luno Expeditions LinkedIn
Luno Expeditions Twitter
Emel phishing
Berikut merupakan beberapa tips untuk mengetahui kesahihan emel:
1. Kenalpasti pengirim
- Sentiasa semak alamat emel pada kotak “from:”
- Tanya diri anda sendiri, adakah anda menjangka akan menerima emel daripada pengirim ini?
2. Semak pautan
- Layangkan kursor anda pada sebarang link untuk melihat alamat laman web sebenar sebelum anda menekannya
- Gambar atau butang juga boleh diletakkan pautan yang membawa anda ke laman web mencurigakan
3. Jangan percaya pada lampiran
- Jangan buka sebarang lampiran jika emel yang diterima dirasa mencurigakan
- Lampiran dengan malware boleh disembunyikan sebagai dokumen, PDF atau zipped files
4. Berikut merupakan alamat emel rasmi Luno yang digunakan oleh kami bagi pelbagai jenis komunikasi dengan pelanggan:
- [email protected]
- [email protected]
- @engage.luno.com
- @announcement.luno.com
Peringatan
- Kami tidak memberi nasihat kewangan atau pelaburan. Sesiapa yang melakukannya dan mengaku beliau bekerja di Luno (atau bekerjasama dengan Luno) adalah berkemungkinan untuk menipu anda.
- Kami tidak akan sesekali meminta kata laluan, kod 2FA atau PIN sekali guna daripada anda. Jangan kongsikan maklumat ini pada orang lain – walaupun mereka mengatakan yang mereka bekerja dengan Luno.
- Kami tidak akan meminta anda membuat sebarang tindakan pada akaun Luno anda melalui SMS, selain daripada mengesahkan akaun anda bersama OTP – sila jangan klik sebarang pautan selain daripada mesej ini.
- Anda tidak boleh menghubungi pasukan sokongan pelanggan kami (atau menghubungi kami melalui WhatsApp atau Telegram). Jika ada sesiapa yang memberikan nombor telefon kepada anda untuk dihubungi, anda sedang ditipu.
- Scammer biasanya akan memberikan tekanan kepada mangsa untuk mengambil tindakan atau berkongsi maklumat dengan mereka – kami tidak akan melakukannya. Jika anda merasakan yang interaksi anda mencurigakan, sila tamatkan perbualan dan terus hubungi kami.
- Kami mengenakan caj amat rendah bagi pengeluaran, dan tiada kos lain yang dikenakan untuk mengeluarkan wang anda daripada Luno.
Luno tidak boleh memulangkan semula transaksi matawang kripto kerana ia telah direka untuk tidak boleh dilakukan sedemikian.