Bagaimana kami memastikan keselamatan data peribadi anda di Luno

Lebih 3 juta pelanggan di seluruh dunia mempercayai kami dalam memastikan matawang kripto dan maklumat mereka selamat.

Luno mengambil tanggungjawab tersebut dengan amat serius.

Bagi kami, halaman polisi privasi pada laman web sahaja tidak cukup untuk meyakinkan anda yang maklumat anda selamat bersama kami. Selain itu, kami juga pasti yang Cambridge Analytica dan Exactis juga mempunyai ‘polisi privasi’ di laman web mereka. Oleh sebab itulah kami mengawal sendiri dan mengikuti maklumat undang-undang dan rekomendasi keselamatan dan privasi antarabangsa yang terkini.

Maklumat yang kami perlukan bukan sekadar untuk kami mengetahui bila hari jadi anda. Maklumat seperti alamat emel yang disahkan, dokumen identiti, atau selfie akan membantu kami mengetahui sama ada anda ialah.. anda. Kami perlu melakukannya kerana kita, iaitu anda dan kami, wujud pada satu masa yang mana keselamatan siber adalah sama dengan keselamatan dunia nyata, dan kami sentiasa mahu memastikan yang anda kekal selamat.

Maklumat peribadi

Maklumat peribadi yang kami lindungi ialah nombor kad pengenalan atau pasport, nama penuh dan salinan dokumen identiti anda. Semua maklumat peribadi yang boleh dikenali, seperti alamat emel, nombor telefon, alamat rumah dan pejabat juga dinyahsulitkan dan disimpan dengan selamat. Untuk lebih melindungi anda, semua akses ke maklumat ini dilogkan dan dikawal dengan ketat dengan syarat hanya untuk keperluan, dan hanya kakitangan Luno yang terlibat sahaja boleh mendapat akses.

Laman web, servis & kakitangan

Apabila anda berhubung dengan kami, semua perbualan di antara anda dan pasukan Sokongan Pelanggan kami berlaku pada siaran SSL yang dilindungi. Jadi, apabila anda melihat “https” pada bar URL, ia merupakan petunjuk baik yang anda selamat untuk memberikan maklumat sensitif kepada kami. Perisian nyahsulit kami memastikan kami menyimpan semua data perbualan secara peribadi. Tiada sesiapa yang mempunyai akses terus kepada wang milik pelanggan dan proses audit berkala – bagi kewangan dan keselamatan – memastikan yang wang anda sentiasa selamat

Kesemua kakitangan kami perlu lulus semakan latarbelakang, menerima latihan keselamatan dan perlu mematuhi polisi keselamatan syarikat.

Mengapa kami mengumpul maklumat dan melindunginya

Proses ini dikenali sebagai KYC atau Know Your Customer. Oleh kerana kami menggunakan langkah keselamatan bertaraf global, kami perlu mengumpul, menyimpan dan melindungi maklumat peribadi daripada semua pelanggan kami. Maklumat ini termasuklah nama, emel, tarikh lahir, alamat rumah, nombor akaun bank, nombor kad pengenalan atau pasport dan juga satu gambar swafoto. Swafoto yang biasa sahaja sudah mencukupi untuk memperlihatkan wajah anda. Kami telah melihat beberapa gambar yang….

Apabila anda menyediakan kepada kami maklumat-maklumat ini, kami akan menggunakannya untuk menyemak adakah itu benar-benar anda. Apabila disahkan, maklumat anda akan disimpan, seperti yang digariskan dalam undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dan Know Your Customer (KYC).

Kami sentiasa menyemak dan melaksanakan langkah keselamatan teknikal dan organisasi apabila menyemak data peribadai anda untuk memastikan yang ia kekal selamat dan tidak diubah.

Beberapa bahagian dalam proses kami adalah automatik, manakala bakinya diproses secara manual. Namun begitu, maklumat-maklumat anda sentiasa diuruskan dengan penuh hormat dan disimpan dengan selamat. Kami juga biasanya tidak akan mengakses data peribadi ini selepas ia disahkan. Dan pastinya, kami mematuhi undang-undang perlindungan data tempatan pada setiap masa.

Janji kami kepada anda

Kami menghargai kepercayaan anda dan berusaha keras untuk memastikan yang maklumat anda selamat. Pasukan kami telah dilatih untuk menguruskan data peribadi dengan selamat dan dengan penuh hormat.

Kami tidak akan berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga, kecuali pada situasi terhad yang dijelaskan Polisi Privasi kami, termasuklah dimana anda telah memberikan kebenaran anda atau kami perlu melakukannya atas sebab undang-undang.

Jika anda ingin mengetahui lagi bagaimana kami menguruskan maklumat peribadi anda, sila hubungi kami dengan menghantar tiket kepada pasukan Sokongan Pelanggan kami.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0