Ringkasan Minggu Lepas: Bitcoin mencapai $23,000 dan wain terbaik Afrika Selatan dijual dalam NFT

Bitcoin

Kami menampilkan sorotan-sorotan menarik dalam industri kripto yang berlaku pada minggu lepas dalam bentuk yang senang difahami.

Berita menarik

🟠  Harga Bitcoin terus mencapai $23,000  

  • Bitcoin mencapai $23,000 untuk kali pertama pada tahun ini dan kekal turun naik pada nilai ini.
  • Harga Bitcoin terakhir dilihat meningkat pada bulan Ogos 2022, sebelum peristiwa industri kripto dipenuhi dengan ketidakyakinan pelabur dan menyebabkan kejatuhan harga selama berbulan-bulan. 
  • Pakar penganalisis mengatakan yang pelabur kini lebih terbuka terhadap aset-aset yang berisiko seperti saham dan matawang kripto disebabkan oleh terdapat petunjuk yang inflasi akan mula menurun.

🔌 Cardano akhirnya pulih dari ‘glitch’

  • Pada 22 Januari, satu glitch yang tidak diketahui pada rangkaian Cardano telah menyebabkan 50% daripada nodnya terputus rangkaian dan mengalami restart.
  • Rangkaian tersebut berjaya pulih tanpa sebarang campurtangan, seperti yang apa yang telah dirancangkan dalam pembinaannya, menurut jurutera-jurutera Cardano.
  • Impak dari glitch ini adalah minima, selain dari menyebabkan sedikit kelewatan.

“Hujung minggu tadi telah menunjukkan nilai pemulihan sendiri pada rangkaian tidak berpusat sepenuhnya. Masalah pada nod boleh dipulihkan dan terus beroperasi tanpa gangguan yang besar. Sistem ini amatlah boleh memulihkan sendiri dan ia akan terus berevolusi dan maju pada masa depan” – Charles Hoskinson, @IOHK_Charles

🚘 NFT Porsche terus menderum komuniti kripto 

  • PPorsche baru-baru ini telah memeriahkan komuniti kripto dengan pelancaran koleksi NFT mahalnya yang terbaru, dengan setiap NFT bernilai 0.911 – lebih kurang $1,500 untuk di-mint.
  • Koleksi NFT ini menampilkan 7,500 jenis Porsche 911 yang boleh disesuaikan – sepadan dengan harganya sebanya 0.911 Eth. Pengumpul boleh mencipta versi unik 911 mereka dan mint pada harga lebih tinggi.

“@eth_porsche kegagalan ialah peringatan berguna jika gergasi web2 ingin berjaya dalam web3, mereka perlu menepikan ego mereka dan ikut nasihat orang yang memang bekerja dalam ruangan ini. Jika tidak, apa tujuan mereka mempunyai penasihat?” – Pandaone, @pandaone34

  • Koleksi NFT ini nampaknya tidak bergerak selepas 1,345 NFT telah di-mint, menurut CryptoSlate.

🍷 Wain terbaik dalam bentuk NFT?  

  • Nampaknya NFT kni lebih dari sekadar ‘monyet kacak’ dan sebenarnya mempunyai kegunaan di dunia nyata. Sebuah syarikat di Afrika Selatan, Vaulted Wine, membolehkan pengumpul membeli dan memiliki wain sendiri tanpa perlu bergerak dan menyimpan koleksi mereka.   
  • Wain versi token ini boleh dibeli dan didagangkan sebagai NFT di pasaran-pasaran digital seperti OpenSea. Setiap NFT akan mewakili kes yang spesifik, wain atau botol-botol yang sukar ditemui. Pengumpul boleh membeli dan mendagangkan NFT mereka tanpa perlu menyentuh wain mereka yang disimpan. Wain-wain tersebut hanya boleh ditebus oleh pemilik NFT. 
  • Teknologi yang menggerakkan perniagaan ini dibina oleh Fanfire, syarikat penyedia solusi web3 yang merupakan sebagai daripada Kumpulan Syarikat Alphawave di Afrika Selatan.

Tambah pengetahuan anda

Apa itu Solana?

Dianggap sebagai rangkaian matawang kripto paling laju, Solana ialah platform kripto generasi seterusnya yang mencabar dominasi Ethereum dalam industri ini. Baca lagi sebabnya di sini.


Prestasi angka kripto

50% – Rangkaian Cardano kehilangan separuh dari nodnya disebabkan oleh gangguan singkat pada minggu lepas. Ia kemudian pulih dengan sendiri dan terus beroperasi seperti biasa. 

$1,500 – Harga lantai untuk mint NFT Porsche. 

39% – Harga Bitcoin meningkat sehingga 40% berbanding bulan lepas, pada masa artikel ini ditulis.

10 – Ethereum mengalami deflasi selama 10 hari berturut-turut pada bulan Januari minggu lepas.


Kapsul masa kripto

Kini berlaku.


Trivia kripto

Anda mengenal bursa kripto daripada firma pelaburan anda? Hubungkan titik-titik minda dalam fikiran anda dengan mengetahui landskap kripto dan syarikat-syarikat yang terus menggerakkannya. BACA DI SINI.


Berbaloi untuk ditonton

Pelombong Bitcoin yang dikuasakan oleh kuasa gunung berapi.

“Bitcoin dikuasakan oleh gunung berapi

Gunung berapi Tecapa di El Salvador menghasilkan lebih tenaga geothermal mampan berbanding dari apa yang boleh digunakan oleh komuniti tempatan. Melombong #bitcoin dengan tenaga lebihan ini membantu mengurangkan kos dan baki pada grid elektrik” – Documenting Bitcoin, @DocumentingBTC

https://twitter.com/DocumentingBTC/status/1617881936642600962

Did you find this useful?

0
0