Apa itu Solana

Ringkasan Solana

  • Matawang Kripto – SOL
  • Kes penggunaan – Aplikasi tidak berpusat (dApps); kontrak pintar
  • Apa yang menjadikan Solana unik? – Kelajuan pemprosesan amat laju, kos transaksi yang rendah
  • Pengasas – Anatoly Yakovenko, Raj Gokal
  • Tarikh dilancarkan – Mac 2020
  • Mekanisma konsensus – Proof-of-history (POH)

Apa itu Solana? 

Solana ialah platform untuk membina dan menjalankan aplikasi tidak berpusat (dApps) dan kontrak pintar. Rangkaian Solana sebenarnya sama dengan platform kontrak pintar yang lain seperti Ethereum dan Cardano, tetapi Solana mengutamakan kelajuan transaksi. 

Rangkaian Solana mampu memproses 50,000 transaksi per saat. Sebagai perbandingan, rangkaian pembayaran tradisional Visa, memproses lebih kurang 1,700 transaksi per saat. Untuk perbandingan matawang kripto, Ethereum boleh memproses 15 transaksi per saat tetapi bakal ditingkatkan dengan signifikan pada masa depan, manakala Cardano pula memproses lebih kurang 250 transaksi dalam setiap saat.

Apakah matawang kripto bagi Solana?  

SOL ialah matawang kripto natif bagi ekosistem Solana dan digunakan untuk membayar perkhidmatan yang dijalankan pada rangkaiannya. SOL juga disenaraikan di pelbagai platform pelaburan dan dagangan untuk pelabur membeli dan menjual koin tersebut.

Apakah yang menjadikan Solana unik? 

Rangkaian Solana direka untuk kelajuan, kelebaran dan mengekalkan kos transaksi pada tahap minimum.

Untuk menampung jumlah transaksi yang tinggi, rangkaian-rangkaian lain seperti Bitcoin perlu menambah lapisan kedua seperti Rangkaian Lightning. Manakala bagi Ethereum, ia bakal memecahkan rangkaiannya melalui proses yang dipanggil sharding. Untuk Solana, ia mampu membuang permasalahan ini dengan menampung jumlah transaksinya pada rantaian blok lapisan-1 (layer-1).

Solana mampu melakukannya disebabkan kaedah unik untuk mengesahkan transaksi yang dipanggil proof-of-history (POH).

Bagaimana PoH berfungsi? 

Banyak rantaian blok yang boleh diprogramkan seperti Ethereum menghadapi masalah dalam menentukan masa yang tepat bila transaksi dilakukan dan perlu bergantung pada program luar untuk menambah cap masa – menambah satu lagi langkah dalam proses pengesahan transaksi.

Kaedah proof-of-history menyelesaikan permasalahan ini dengan meletakkan mekanisme secara built-in terhadap transaksi cap masa pada rangkaian apabila ia diterima. Konsepnya hampir serupa dengan kaedah pandu-lalu di restoran makanan segera. Pesanan anda diletakkan cap masa untuk memastikan setiap hidangan diproses dengan urutan yang betul dan semua pelanggan yang beratur dapat apa yang dibayar apabila giliran mereka tiba. Jika cap masa tidak digunakan, pekerja perlu bergerak ke sana-sini untuk mengesahkan pesanan setiap pelanggan.

Kelebihan ini meletakkan rangkaian Solana sebagai rangkaian yang dibina untuk kelebaran, tetapi terdapat beberapa kelemahan apabila rantaian blok digerakkan pada kelajuan sebegini.

Sifat rangkaian Solana yang bergerak pantas telah menyebabkan banyak gangguan rangkaian terjadi, yang selalunya disebabkan oleh serangan penafian perkhidmatan atau denial-of-service attack. Pengasas Solana, Anatoly Yakovenko, telah mengenalpasti gangguan ini sebagai cabaran terbesar rangkaian Solana. Anda boleh ketahui lagi mengenainya di sini.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

6
0