Apa yang berlaku dan apa yang perlu dilakukan dalam kripto?

Industri kripto ialah satu ekosistem yang besar – yang memerlukan kerjasama ramai pihak yang semuanya penting untuk memastikan ekosistemnya bergerak lancar dan terus maju ke hadapan. Para pelombong gigih mencipta koin baru, tukaran-tukaran dan platform menyediakan ruang niaga dan dompet, manakala dana pelaburan mencari keuntungan dengan melaburkan koin klein-klien mereka. Sebenarnya terdapat banyak lagi perkara yang berlaku di belakang tabir untuk memastikan ekosistem matawang kripto bergerak dengan lancar.

Rumitnya? Ya, sebenarnya ramai pihak yang terlibat tetapi bagi pelabur kripto, penting untuk anda mengetahui apa yang berlaku, siapa yang melakukannya dan apa yang dilakukan dengannya.

Berikut adalah senarai ‘pemain utama’ dalam sistem matawang kripto dan bagaimana mereka terlibat.

‘Apa yang berlaku’  

Sebelum kita mendalami mengenai penyedia perkhidmatan (service provider), senarai di bawah adalah keperluan atau checklist yang perlu ada dalam sistem matawang kripto.

  • Melombong – kripto memerlukan pelombong. Tanpa pelombong, tiadalah matawang kripto
  • Tempat simpanan – pengguna dan institusi memerlukan tempat yang selamat untuk menyimpan kripto mereka. Di sinilah Luno terlibat sebagai penyedia platform kripto
  • Pembayaran – aktiviti yang membenarkan penghantaran Bitcoin terus ke rakan anda dan juga apabila kedai-kedai dan peruncit lain mahu membuat transaksi dengan kripto Syarikat kripto seperti Square dan Stripe membina teknologi yang membenarkan pembayaran ini dilakukan
  • Pelaburan – pelabur institusi – beberapa bank, pengurus aset dan peminjam yang melabur dalam kripto bagi pihak klien mereka 
  • Dagang – pedagang dan pelabur membeli dan menjual aset kripto mereka di tukaran digital 
  • Kajian – Syarikat perundingan menyediakan analisis teliti mengenai perkara-perkara di atas 

Individu yang Terlibat 

OK, sekarang kita sudah mengetahui checklist dalam kripto, mari kita lihat siapa yang akan melaksanakan keperluan di tersebut.

Tukaran / Bursa 

Kebanyakkan aset perlu didagangkan. Oleh kerana dagangan dilakukan melalui permintaan dan bekalan, aktiviti dagangan ini seterusnya akan menetapkan harga aset yang sedang didagangkan. Apa-apa sahaja yang mempunyai nilai boleh didagangkan. Jika lebih ramai pembeli, harga aset akan menjadi lebih tinggi; manakala jika terdapat lebih penjual, harga akan lebih rendah. 

Tukaran kripto adalah ruang niaga digital dimana koin boleh didagangkan pada setiap masa sepanjang hari. Ada beberapa syarikat menawarkan tukaran berpusat tetapi pelabur juga boleh berdagang di tukaran tidak berpusat – aplikasi yang memudahkan pelaburan terus di antara pihak-pihak terlibat. Semua ini bergantung pada jenis dagangan dan jenis pelabur.

Pelaburan sentiasa hadir dengan risiko dan merupakan ‘permainan’ yang rumit. Pemain memerlukan maklumat dan ilmu untuk memahami pasaran. Walaupun ramai pelabur mempunyai maklumat yang terperinci dan hampir lengkap, ramai juga pelabur yang masih mengalami kerugian. Oleh sebab itulah mengapa ramai pelabur yang baru dengan kripto memilih untuk membeli Bitcoin dan menyimpannya di dompet dengan penyedia dompet yang dipercayai.

Sumber: Chainalysis

Penyedia dompet

Anda boleh menyimpan koin anda pada hard wallet atau dompet jagaan (custodial wallet) yang disediakan oleh syarikat. Konsep ‘dompet’ ini adalah sama seperti membuka akaun bank bagi matawang kripto anda. Majoriti pelabur kripto memilih dompet jagaan kerana penyimpanan menggunakan hard wallet adalah lebih berisiko untuk kehilangan ‘kunci’, iaitu kata laluan untuk membuka dompet matawang kripto tersebut. Kehilangan kata laluan ini bermakna ucapan selamat tinggal kepada kripto tersebut, selamanya. 

Terdapat perbezaan besar di antara penyedia dompet seperti Luno dan firma pelaburan. Firma pelaburan melaburkan dana klien ke projek-projek lain dengan jangkaan keuntungan.

Jika anda membeli Bitcoin dan menyimpan koin anda pada dompet Luno, kami tidak mempunyai sebarang niat untuk menggunakannya dalam menjana keuntungan. Harga Bitcoin bergantung sepenuhnya pada bekalan dan permintaan, iaitu berapa ramai yang ingin membeli Bitcoin berbanding berapa ramai yang ingin menjualnya. Tiada sesiapa mempunyai sebarang pengaruh terhadap nilai Bitcoin anda dan matawang kripto lain selain dari pasaran.

Pelombong

Sepuluh tahun dahulu, komputer dan sambungan internet ialah satu-satunya kuasa pengkomputeran yang diperlukan untuk melombong Bitcoin. Persaingan dalam pasaran menambah kerumitan perlombongan kripto dan kini ia banyak dilombong oleh syarikat-syarikat perlombongan. Syarikat perlombongan ini biasanya menggunakan beribu-ribu rig melombong yang disusun dari lantai ke siling di gudang-gudang besar, beroperasi siang dan malam mengesahkan transaksi pelbagai rantaian blok.

Beberapa syarikat juga menawarkan kolam perlombongan atau mining pool, dimana mereka berkongsi kuasa perkomputeran untuk meningkatkan peluang mendapatkan blok untuk dilombong.

Kajian 

Kewangan tradisional disertai oleh banyak syarikat-syarikat perunding yang menyediakan kajian terperinci kepada klien mengenai pasaran. Dalam masa yang sama, syarikat seperti Chainalysis merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sama dalam sistem matawang kripto. Jenis syarikat ini menyediakan pecahan-pecahan data yang diambil dari pelbagai rantaian blok bersama maklumat-maklumat ke dalam industri kripto. Syarikat pelaburan lain memfokuskan maklumat mereka pada aktiviti pelaburan dalam ruang niaga kripto.

Merchants 

Syarikat-syarikat ini memudahkan syarikat tradisional untuk memasukkan matawang kripto ke aktiviti perniagaan. Konsepnya sama seperti Visa atau Mastercard, tetapi untuk matawang kripto.

Peminjam 

Peminjam dalam industri kripto tidaklah jauh berbeza dengan bank tradisional. Klien biasanya meminjamkan kripto kepada peminjam dan menerima interest dari amaun yang dipinjamkan. Peminjam kemudiannya menggunakan dana ini untuk melabur dalam projek atau menawarkan pinjaman ke individu atau syarikat lain dengan kadar faedah yang lebih tinggi.Langkah pertama dalam perjalanan pelaburan anda perlu sentiasa disandarkan dengan kajian yang menyeluruh mengenai apa yang dilaburkan dan dengan siapa anda melabur. Pelabur yang lebih memahami landskap kripto adalah lebih bersedia untuk melakukan pelaburan yang bijak. Oleh sebab itulah kami ingin mendidik pelabur, terutamanya yang baru dengan kripto. Lawati portal pembelajaran Luno untuk belajar lagi mengenai matawang kripto dan pelaburan.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

3
0