Adakah XBT dan BTC sama?

Apa Itu Bitcoin Core? Cara Menggunakan Bitcoin Core

XBT dan BTC adalah singkatan dan ticker yang diiktiraf untuk Bitcoin. XBT diberi oleh Organisasi Piawaian Antarabangsa (ISO), yang menjejaki semua matawang yang diiktiraf antarabangsa dalam edaran.

Ticker ialah kombinasi unik huruf yang mewakili saham atau matawang. USD ialah ticker untuk Dollar AS, ZAR mewakili Rand Afrika Selatan, manakala MYR mewakli Ringgit Malaysia. Ticker BTC selari dengan amalan asas dalam perdagangan, dimana tiga atau empat huruf dari saham atau matawang tersebut digunakan untuk membentuk ticker. Menurut ISO, ticker untuk matawang yang tidak melibatkan mana-mana negara perlu bermula dengan huruf X, oleh itu XBT (X, B-i-T-coin) dipilih sebagai ticker bagi Bitcoin (BTC). Ticker bagi emas pula ialah XAU (X, AU-rum) dan seperti yang kita tahu, emas tidak berkait dengan mana-mana negara.

*aurum ialah istilah bagi emas

Kebanyakkan bursa matawang kripto menggunakan BTC untuk mewakili Bitcoin, manakala ticker XBT biasa digunakan dalam pelaburan institusi. Pengiktirafan oleh ISO terhadap Bitcoin sebagai matawang kripto dilihat sebagai satu langkah baik terhadap kesahihannya sebagai matawang global.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

4
0