Adakah saya terlambat untuk membeli Bitcoin?

Bitcoin kecoh dibualkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Dengan khabar mengenai harganya yang semakin meningkat, mudah untuk berasa seperti anda sudah terlepas peluang anda. Seolah-olah sebuah parti besar yang sedang diadakan, yang mana anda tidak dijemput, dan kini sudah penuh.
Berita baiknya? “Parti” itu tidak penuh, dan tidak akan penuh sampai bila-bila. Matawang kripto akan berkekalan dan kita semua akan menggunakannya pada tahun-tahun akan datang.
Bitcoin ialah “parti” yang mana anda sangat dijemput. Malah, mengikut banyak definisi, anda sebenarnya awal.
Inilah sebabnya anda masih belum terlambat untuk membeli Bitcoin
Bekalan Bitcoin yang tetap amat diketahui. Matawang ini dicipta supaya hanya 21 juta sahaja boleh dibuat. Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa anda tidak perlu membeli keseluruhan bitcoin? Sama seperti satu dolar yang boleh dipecahkan kepada sen, paun kepada pence, dan yen kepada sen, Bitcoin terdiri daripada satoshi.
Setiap bitcoin terdiri daripada 100 juta satoshi. Ini bermakna terdapat dua kuadrilion seratus trilion satoshi. Ini bermakna, terdapat 275,000 satoshi untuk setiap orang di planet ini. Jumlah yang banyak, bukan?
Nilai satoshi ini akan berbeza-beza selaras dengan harga bitcoin. Jadi, jika bitcoin bernilai $50,000, maknanya anda boleh membeli satu satoshi dengan hanya $0.0005. Orang ramai mungkin tidak akan mengehadkan diri mereka kepada 275,000 satoshi. Jadi, sebaik-sebaiknya dapatkan seberapa banyak yang anda boleh pada harga yang anda fikirkan berpatutan, kerana nilainya boleh meningkat lebih tinggi pada masa hadapan. Inilah yang dimaksudkan apabila orang berkata ‘mengumpul SAT’.
Seawal manakah saya?
Dari sudut pandangan teknologi, anda sememangnya masih awal dan kita masih belum mencapai penerimaan secara besar-besaran — namun begitu, nampaknya kita akan capai sasaran itu.
Bitcoin telah wujud selama lebih 12 tahun, jauh lebih lama berbanding mata wang kripto yang lain. Hampir semua teknologi baharu akan melalui kitaran gembar-gembur sebelum mendapat sambutan umum. Anda pasti telah melihat perkara ini berlaku dengan inovasi teknologi seperti Internet pada tahun 1990-an.
Kitaran gembar-gembur menentukan bahawa teknologi akan mula-mula berkembang dan menarik perhatian. Kemudian, seolah-olah semalaman, semua orang bercakap mengenainya. Namun gembar-gembur itu tidak berkekalan, dan selepas beberapa ketika, orang ramai akan kehilangan minat dan menjadi kecewa.
Namun, seiring dengan masa yang berlalu, teknologi itu akan mengatasi kekecewaan dan mencapai puncak produktiviti.
Akhirnya, ia akan tersembunyi di latar belakang dan menjadi ‘normal’ baharu – bahagian harian dalam kehidupan kita.
Apakah peringkat kitaran gembar-gembur Bitcoin pada masa ini?
Pada masa ini, sukar untuk dipastikan, tetapi Bitcoin boleh dikatakan telah mencapai kemuncak jangkaan sekitar tahun 2017 apabila harganya melonjak tinggi. Ketika itu, semua orang mahu melibatkan diri dan menunggang kenaikan itu.
Keadaan ini bermakna bahawa kita kini berada di cerun pencerahan, dengan Bitcoin yang sedang dalam perjalanan untuk digunakan secara meluas. Namun, masih belum sampai ke sana lagi. Ini boleh dilihat di mana-mana sahaja. Beberapa buah negara termasuk El Salvador menerima Bitcoin sebagai tender yang sah, penyedia pembayaran utama seperti PayPal membantu berjuta-juta peruncit menerima kripto, dan bilangan pelabur institusi semakin meningkat. Malah, bank-bank besar yang pada awalnya boleh dilihat menentang Bitcoin hanya setahun yang lalu, sedang memikirkan cara untuk mengintegrasikannya sekarang. Begitu juga dengan JP Morgan dan Goldman Sachs, yang pernah meluahkan rasa skeptisisme terhadap matawang kripto itu.
Apakah yang dibawa oleh Bitcoin ke parti itu?
Hakikatnya, “terlalu awal” atau “sudah terlambat” tidaklah begitu penting. Apa yang penting ialah masalah yang sedang diselesaikan oleh Bitcoin.
Bitcoin ialah cara baharu untuk melihat sistem kewangan kita; cara yang lebih telus, terbuka dan adil. Kripto ini menjadikan wang lebih berguna dan membantu mengekalkan nilainya, menyediakan perlindungan terhadap peningkatan inflasi dan penurunan nilai mata wang — polisi insurans terhadap kemerosotan wang anda. Bitcoin juga dianggap oleh orang ramai sebagai sistem pembayaran masa depan – inilah sebab utama kebanyakan pemegang Bitcoin melihatnya jangka panjang.
Mustahil untuk meramalkan masa hadapan, tetapi dalam beberapa bulan yang lalu, kami telah melihat penerimaan yang lebih baik.Keinginan untuk memahami dan melibatkan diri dengannya terus berkembang.
Akhirnya, matawang kripto baru sahaja hendak bermula. Adakah anda akan masuk dari tingkat bawah?