Apa itu aset digital dan mengapa masyarakat kini melabur dengannya?

Secara asalnya, Bitcoin dicipta sebagai jenis wang digital yang baru. Salah satu sebab utama bagi kejayaan Bitcoin adalah ia menyelesaikan masalah kepercayaan dalam situasi digital – cabaran yang penting untuk diselesaikan sebelum wang digital boleh digunapakai. Wang digital kini boleh digunakan atas sebab satu teknologi baru yang menjadi asas kepada Bitcoin dan matawang kripto yang lain: Rantaian blok.

Namun begitu, penggunaan rantaian blok tidak hanya tamat pada wang digital. Akhirnya, matawang kripto adalah lebih daripada sekadar matawang – ia juga merupakan satu teknologi yang boleh menukar aplikasi digital dan perkhidmatan yang digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Bagaimana rantaian blok menyelesaikan masalah kepercayaan terhadap kelulusan digital?

Rantaian blok ialah ciptaan Bitcoin yang terbesar. Rantaian blok ini telah menyelesaikan masalah kepercayaan di antara individu yang tidak mempunyai sebarang hubungan. Masalah kepercayaan ini amat kerap berlaku dalam situasi digital.

Cuba anda fikirkan, bilakah transaksi terakhir anda dengan seseorang yang anda tidak kenali – mungkin anda ingin menyewa bilik atau membeli sesuatu daripada individu tersebut. Pastinya anda akan menggunakan ‘orang tengah’ dalam transaksi tersebut agar anda merasa yakin yang anda tidak akan dimanipulasi atau ditipu. Sebagai contoh, jika anda ingin menyewa bilik untuk kegunaan percutiaan, kemungkinan besar anda akan menggunakan aplikasi AirBnB yang menggunakan perkhidmatan bank untuk menguruskan transaksi anda.

Rantaian blok menggantikan keperluan ‘orang tengah’ ini dengan meletakkan undang-undang pada transaksi dan memastikan ia dipatuhi. Penggunaan pertama teknologi rantaian blok ini adalah untuk wang digital, tetapi paling penting sekali, kepercayaan digital adalah berjaya membuka pintu peluang penggunaan lain.

Untuk memahami konsep kepercayaan ini, mari kita fokus pada bagaimana Bitcoin berfungsi. Setiap kali terdapat perubahan terhadap pemilik dalam sebarang amaun Bitcoin, maklumat ini akan masukkan ke pangkalan data Bitcoin – di sini semua maklumat transaksi Bitcoin direkodkan. Semua perubahan yang hendak dilakukan hendaklah disahkan oleh pelbagai komputer dalam rangkaian. Jika transaksi itu dianggap meragukan, sebahagian besar rangkaian tidak akan mengesahkannya.

Pernahkah anda mendengar yang Bitcoin dianggap sebagai ‘tidak berpusat’? Istilah ini bermaksud pengesahan bergantung pada pihak-pihak dalam rangkaian terlibat berbanding daripada satu pihak berpusat sahaja. Kewujudan proses pengesahan ini memberi maksud yang Bitcoin boleh dipercayai oleh semua individu yang menggunakannya.

Mengambil serius isu kepercayaan dalam pengesahan digital

Secara asasnya, rantaian blok berfungsi sebagai pembukti dan pengesah bagi perkara yang semua individu boleh mempercayainya, tanpa perlu ada sebarang hubungan dan penggunaan ‘orang tengah’. Terdapat tiga kunci utama bagi penggunaan teknologi yang telah menyelesaikan isu kepercayaan pengesahan digital ini.

Kunci idea pertama adalah matawang. Oleh itu, ‘matawang kripto’ digunapakai. Kadang-kala, idea ini dirujuk sebagai matawang digital. Bitcoin adalah contoh terbesar dan tertua di sini.

Kunci idea kedua bagi kegunaan teknologi ini ialah ia telah menyelesaikan isu kepercayaan bagi pengesahan digital — penciptaan kontrak. Dalam konteks kripto, kontrak ini dipanggil sebagai “kontrak pintar”. Tidak jauh beza daripada kontrak fizikal yang menggunakan kertas dan tandatangan tradisional, cuma kontrak ini ditulis pada rantaian blok dan disahkan secara digital sama seperti cara transaksi Bitcoin disahkan. Kontrak pintar ini juga telah diprogramkan untuk dilaksanakan secara automatik apabila terma-terma dalam kontrak telah dipenuhi. Terdapat sebahagian besar dalam industri kripto hari ini berfokus pada pembinaan platform kontrak pintar. Ethereum ialah contoh tertua dan terbesar, manakala Solana dan Cardano turut berada dalam kumpulan yang sama.

Kunci ketiga dalam idea penggunaan teknologi ini adalah semua aplikasi kripto yang dibina pada platform kontrak pintar. Cuba anda fikirkan semua aplikasi dalam telefon anda: Kesemuanya melaksanakan perkara yang berbeza tetapi semuanya dibina pada satu teknologi asas yang sama (sistem operasi seperti Apple iOS atau Google Android). Sama seperti kripto. Platform kontrak pintar adalah lapisan asas kepada kripto (seperti sistem operasi) dan semua aplikasi matawang kripto lain dibina di atasnya. Terdapat beribu-ribu aplikasi baru dalam ruang ini, dari permainan hinggalah ke perkhidmatan kewangan.

Aset digital: Apa itu aset digital dan kenapa masyarakat melabur terhadapnya?

Dari sudut kewangan, aset adalah apa-apa sahaja yang anda miliki dan mempunyai nilai ekonomi. Wang tunai, bangunan dan seni lukisan. Semua ini dianggap sebagai aset. Anda mempunyainya, dan ia mempunyai nilai terhadap ekonomi.

Aset ‘digital’ bermaksud apa-apa sahaja yang anda miliki, mempunyai nilai ekonomi dan hanya wujud secara digital. Dalam konteks matawang kripto, aset digital digunakan sebagai salah satu cara untuk melabur dalam segala aplikasi yang menggunakan teknologi matawang kripto – sama ada matawang digital, platform kontrak pintar atau aplikasi yang dibina di atas platform kontrak pintar. Aset digital ini juga sering digunakan sebagai satu peranan penting dalam ekosistem sesebuah aplikasi, selalunya berfungsi sebagai insentif bagi setiap tugasan yang telah dilaksanakan.

1. Melabur dalam matawang digital

Pelabur yang melabur dalam aset digital mempunyai sebab yang sama jika mereka ingin memiliki dan melabur dalam matawang fiat seperti Dollar atau Euro: ia berguna untuk transaksi, atau mereka percaya yang nilai matawang ini akan meningkat apabila dibandingkan dengan matawang lain.

2. Melabur dalam platform kontrak pintar

Nilai aset digital pada ruang platform kontrak pintar adalah sedikit berbeza. Nilai mereka adalah lebih kurang sama seperti saham dalam pembinaan asas teknologi baru. Contoh mudah untuk anda fikirkan adalah individu yang melabur dalam platform kontrak pintar adalah lebih kurang sama dengan individu yang melabur terhadap syarikat startup yang membina sistem operasi baru untuk telefon pintar. Jika ia berjaya, nilai pelaburan akan bertambah.

3. Melabur dalam aplikasi kripto, juga dikenali sebagai dApps

Ciri khas dalam teknologi kripto ialah ianya tidak berpusat. Sebab itulah aplikasi kripto dikenali sebagai dApp (decentralised application) ataupun ‘Aplikasi Tidak Berpusat’. Istilah ini digunakan bagi aplikasi yang dibina di atas teknologi rantaian blok, dan seperti yang kita tahu, ianya tidak berpusat.

Untuk memberi gambaran mudah mengapa ada masyarakat yang memilih untuk melabur pada dApps – ianya sama seperti melabur pada syarikat startup yang membina aplikasi baru. Syarikat dan pelabur-pelabur ini percaya dApps boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu keperluan atau menambah baik servis yang sedia ada; sama seperti syarikat Grab menambah baik servis teksi atau AirBnB, yang menambah baik perkhidmatan tempahan hotel.

Pembinaan dApp pada masa kini amatlah pesat pada ruang perkhidmatan kewangan, permainan dan seni, tetapi masih lagi terdapat banyak ruang bagi pereka dan pembangun untuk berinovasi kerana teknologi ini masih lagi pada tahap awal dan sedang berkembang dengan laju.

Melabur dalam potensi teknologi kripto 

Adakah anda masih ingat tentang apa yang berlaku dengan teknologi telefon pintar?

Apa yang berlaku dengan teknologi telefon pintar dan teknologi kripto adalah hampir sama. Beberapa lapisan asas teknologi kontrak pintar sedang bersaing untuk mendominasi industri teknologi kripto, sama seperti Nokia, Blackberry dan Apple yang bersaing untuk menjadi sistem operasi pilihan dunia (dan kemudian Google muncul bersama Android). Pada masa yang sama, jumlah dan jenis aplikasi yang dibina semakin bertambah – ada beberapa aplikasi mengubah cara kehidupan kita setiap hari, dan ada beberapa aplikasi yang tidak langsung berfungsi atau memberi apa-apa impak.

Banyak pelabur percaya yang potensi impak teknologi kripto hari ini adalah sama dengan apa yang kita telah alami pada teknologi telefon pintar. Mungkin ini adalah permulaan bagi fasa nilai penciptaan, tapi apa yang penting adalah tiada siapa tahu apa yang akan terjadi pada masa depan.

Ada beberapa teknologi telefon pintar yang terawal telah mencapai kejayaan besar, namun banyak projek-projek awal yang gagal. Teknologi tahap awal ini membawa peluang dan risiko yang sama banyak, oleh itu jangan sesekali anda melabur lebih daripada nilai yang anda mampu untuk rugi.

Terus belajar dan buat keputusan untuk diri sendiri

Dalam artikel ini, kami telah menyatakan tiga ruang utama untuk anda pertimbangkan bagi strategi pelaburan kripto anda: wang digital, platform kontrak pintar dan dApps yang dibina di atas platform kontrak pintar. Kami telah memberikan ada sedikit penerangan, tetapi anda perlu mendalami lebih lagi sebelum anda boleh membuat sebarang keputusan untuk diri anda.

Baca lagi konten dalam portal Discover kami untuk lebih maklumat.

Did you find this useful?
0
0