Apa itu Bitcoin?

Apa itu Bitcoin dan dari mana ia datang?
Bitcoin secara asalnya dicipta pada tahun 2009 sebagai wang versi digital. Walaupun Bitcoin bukanlah cubaan pertama dalam penciptaan wang digital, Bitcoin pastinya dianggap wang digital paling berjaya kerana ia berjaya kekal dengan lama dan mendapat penerimaan yang meluas berbanding wang-wang digital lain. Kini, Bitcoin digunakan oleh berjuta-juga individu di seluruh dunia.
Sebab utama kejayaan Bitcoin berbanding wang digital lain yang gagal adalah kerana Bitcoin sukar untuk dipalsukan. Sebab terbesar adalah tiada entiti tunggal yang mengawalnya – seperti bank atau kerajaan – yang mengawasi matawang tersebut. Oleh itu, Bitcoin sering dirujuk sebagai “matawang tidak berpusat”
Sebaliknya, Bitcoin diuruskan dan dikawal oleh rangkaian komputer global yang bekerjasama untuk mengesahkan dan meluluskan semua transaksi. Sistem yang bersambung ini meluluskan sebarang perubahan terhadap peraturan-peraturan Bitcoin. Komputer-komputer ini boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja – termasuklah anda.
Bagaimana Bitcoin berfungsi?
Apabila transaksi disahkan, ia akan direkodkan dan disimpan pada bahagian yang dicipta khas untuk Bitcoin, yang dipanggil rantaian blok. Anda boleh menganggapnya sebagai lejar bank tradisional yang digunakan untuk merekodkan transaksi wang tradisional.
Namun begitu, tidak seperti lejar bank tradisional, rantaian blok tidak mempunyai pemilik dah sesiapa sahaja boleh melihat maklumat transaksi yang telah dianonimkan. Secara asasnya, rantaian blok Bitcoin ialah rekod kekal setiap kali pemilikan Bitcoin dipindahkan kepada individu lain.
Bitcoin kini tidak lagi dianggap hanya sebagai wang digital kerana fungsinya kini semakin difahami. Oleh sebab itu, ramai yang melihatnya sebagai nilai penyimpanan sama seperti emas. Sebab utamanya ialah bekalan Bitcoin bersifat terhad. Tambahan lagi, Bitcoin juga boleh dipecahkan ke unit yang lebih kecil dipanggil Satoshi (dinamakan sempena pencipta Bitcoin). Baca lagi mengenai penciptanya di sini.