Apa itu Cardano?

Cardano kini bersaing untuk menjadi platform terkemuka untuk pembinaan dan pengurusan aplikasi tidak berpusat (dApps). Cardano mempunyai matawang natif yang juga dikenali sebagai ADA, digunakan sebagai insentif dalam menggerakkan Cardano dan juga sebagai salah satu kaedah pelaburan.
Bekalan ADA terhad sehingga 45 billion sahaja. Ini bermaksud, apabila jumlah ADA yang dikeluarkan mencapai had yang ditetapkan dan dalam edaran, tiada lagi ADA yang akan baru dicipta. Faktor ini menambah elemen ‘sukar ditemui’ pada ADA, menjadikan ADA dijangkakan akan menjadi nilai simpanan yang baik.
Apakah yang menjadikan Cardano unik?
Cardano kadangkala dikatakan sebagai Ethereum generasi seterusnya, kerana ia menggunakan kaedah baru untuk mengesahkan transaksi dan aktiviti yang dikenali sebagai proof-of-stake. Ethereum juga telah menukar mekanismanya ke proof-of-stake baru-baru ini.
Penggunaan mekanisma proof-of-stake ini bermaksud ‘peserta’ perlu bersaing untuk mengesahkan transaksi. Pemenang yang telah memberikan ‘stake’ ADA mereka akan dipilih secara rawak dan pemenang yang dipilih akan diberi peluang untuk mengesahkan transaksi dan diberikan ganjaran koin ADA. Penyokong-penyokong ADA mengatakan bahawa kaedah ini menjadikan Cardano lebih pantas dan bersifat lestari, kerana ia tidak perlu menggunakan kuasa pengkomputeran yang besar untuk mencipta koin ADA.
Cardano dikenali terhadap pendekatannya yang berasaskan akademik dan kajian apabila mengeluarkan projek pada rantaian blok Cardano. Walaupun pendekatan ini memastikan ketepatan saintifik pada setiap bahagian Cardano, ia menerima banyak kritikan selama beberapa tahun kerana pembangunan servis dan produknya yang perlahan.