Apa itu Dana Dagangan Saham (ETF)?

Anda mungkin pernah mendengar pepatah ‘jangan letakkan semua telur dalam bakul yang sama’ yang memberi isyarat tentang risiko terlebih melabur dalam sesuatu aset. Dalam hal ini, dana dagangan saham (ETF) mengandungi sebilangan sekuriti dalam satu pakej yang dapat didagang pada platform perdagangan seperti Bursa Saham.
ETF merangkumi pelbagai jenis pelaburan sama ada saham, bon ataupun komoditi dengan pegangan yang berkepelbagaian daripada Amerika Syarikat kepada tawaran di peringkat antarabangsa. SPDR S&P 500 atau lebih dikenali SPY merupakan antara ETF yang paling lama wujud dan terkenal dengan fungsinya untuk memantau indeks S&P 500.
Cetusan idea di sebalik ETF adalah anda mengurangkan tahap risiko yang ditanggung dengan mempelbagaikan pelaburan anda dalam aset yang berlainan. FTSE 100 untuk 100 buah syarikat berprestasi tinggi di negara United Kingdom misalnya, berjaya meraih pulangan melebihi 13% dalam tempoh setahun antara bulan Januari 2021 dan Januari 2022. Ini bermakna ETF yang melabur dalam 100 buah dana berkenaan mendatangkan keuntungan sebanyak 13%. Sebaliknya, jika anda hanya melabur dalam salah satu syarikat tersebut seperti Vodafone, maka pelaburan anda pada Januari 2022 mungkin hanya kekal lebih kurang sama seperti harga saham yang dimiliki pada Januari 2021.