Apa itu Ekuiti?

Ekuiti merupakan sebuah terma yang luas dan mempunyai beberapa aplikasi dalam konteks kewangan. Pada dasarnya, ekuiti merujuk kepada saiz pemilikan pemegang saham dalam sebuah syarikat dan nilai syer terbabit sekiranya mereka dijual sejurus selepas hutang telah dilunaskan. Ekuiti juga boleh dirujuk kepada saham yang dipegang oleh para pelabur, serta nisbah peratus pemilikan kediaman oleh seorang pemilik berbanding penyedia gadai janji mereka.
Harga ekuiti bagi syarikat yang disenarai awam adalah ditentukan oleh pasaran saham, tetapi bagi syarikat yang belum disenaraikan, terdapat kaedah lain yang digunakan bagi tujuan penilaian harga saham syarikat. Kaedah ini dikenali sebagai ekuiti sulit yang beroperasi berdasarkan pendapatan, aset, pertumbuhan dan paras hutang syarikat. Misalnya, apabila perundingan masih berjalan untuk tujuan pengumpulan dana, ia menjadi amalan lazim untuk para pelabur membuat penilaian secara lebih terperinci dalam konteks syarikat bagi menentukan sama ada harga ekuiti yang diapungkan oleh para penjual adalah adil. Proses ini dianggap sebagai penilaian wajar atau due diligence.