Apa itu faedah kompaun?

Konsep faedah kompaun merujuk kepada faedah yang diterima hasil daripada simpanan atau pinjaman asal yang dikumpul setiap tahun.
Melalui kaedah ini apabila anda membuat simpanan, selain menerima faedah ke atas simpanan tersebut, anda turut menerima faedah ke atas faedah asal tersebut. Dengan melaburkan semula faedah yang diterima berbanding pengeluaran segera, amaun simpanan anda dapat terus mencatatkan pertumbuhan pada kadar yang lebih pantas bergantung kepada tempoh masa yang anda sanggup memberi kepadanya dan ruang untuk terus berkembang.
Sebagai contoh, jika anda mendepositkan £2000 pada kadar 10%, anda bakal memiliki £2200 pada penghujung tahun pertama, iaitu bersamaan £200 faedah yang diterima. Manakala anda bakal menerima faedah sebanyak £220 pada tahun berikutnya – 10% daripada modal asal dan 10% lagi faedah tahun pertama. Begitu juga dengan tahun hadapan iaitu £222 dan seterusnya. Amaun faedah kompaun yang diterima akan berubah bergantung kepada kekerapan pembayaran faedah seperti secara tahunan (sekali setahun) atau tahunan separa (lebih daripada satu).