Apa itu inflasi?

Inflasi merujuk kepada penyusutan dari segi nilai atau kuasa beli dalam konteks mata wang tempatan (mata wang fiat). Dalam erti kata lain, inflasi bermakna para pengguna terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan barangan yang diingini oleh mereka. Misalnya, kos purata satu pint susu di negara United Kingdom pada tahun 1980 adalah 17 pence tetapi telah meningkat kepada 46 pence menjelang 2020. Ini bererti £1 hanya dapat membeli 2.1 pint pada tahun 2020 sedangkan ia dapat membeli sebanyak 5.8 pint susu pada 1980.
Kadar inflasi merupakan kayu ukur tentang sejauh manakah inflasi sedang berlaku di dalam negara. Indeks Harga Pengguna (CPI) menjadi metrik yang berguna bagi tujuan pemantauan harga barangan harian selain memantau kadar inflasi dari semasa ke semasa. Respon terhadap kadar inflasi sering kali dibalas melalui penggunaan penetapan kadar faedah. Dalam hal ini, kadar faedah lazimnya ditentukan oleh bank pusat dengan sejumlah caj levi dikenakan terhadap pinjaman. Secara ringkasnya, kadar faedah yang tinggi bererti pinjaman menjadi lebih mahal, dan situasi ini menyebabkan penurunan kadar pinjaman selain mengurangkan kitaran kewangan sedia ada dalam ekonomi yang sekali gus menyumbang kepada inflasi yang rendah.
Pada kebiasaannya, pihak kerajaan dan bank pusat memberi penekanan terhadap keadaan inflasi apabila sejumlah sumber dana adalah diperlukan untuk tujuan perbelanjaan awam. Negara Jerman misalnya mengambil tindakan agresif pada tahun 1920-an yang menyumbang kepada situasi inflasi sehingga warga tempatan terpaksa menggunakan kereta sorong yang dipenuhi wang tunai semata-mata untuk membayar barangan keperluan asas seperti roti. Kerajaan Jerman kemudiannya bertindak untuk mengabaikan mata wang sendiri dan memperkenalkan mata wang baharu dengan pengeluaran yang terhad. Mata wang tersebut mempunyai nilai yang lebih tetap dan membolehkan pembayaran barangan serta perkhidmatan secara lebih praktikal.
Istilah yang bertentangan dengan inflasi adalah deflasi di mana ia menunjukkan kuasa beli mata wang yang semakin meningkat. Terdapat sesetengah aset seperti mata wang Bitcoin dan emas yang dianggap sebagai ‘deflationary’ memandangkan mereka mempunyai tahap pengeluaran yang tetap atau terhad.